Salam bulan baru ols. Pe cer hari ni? Ada bagut ka? Hehehe. Well, dikesempatan yang kejap ni aku nak wish Happy Chinese New Year, The Year of Rabbit kepada rakan rakan yang berbangsa Cina dan seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya. Have a wonderful and prosperous new year ahead. Dan selamat bercuti jugak la pada semua yang bercuti yer.
Cakap pasal cuti ni, aku hanya akan bercuti untuk hari CNY tu je la. Malas nak hambik cuti extra. Sebab bukan ada nak g mana pun kan. Ada baiknya aku simpan lu cuti tu smpai la tiba masa memerlukan. Ngehngehngeh..
Ok la, stop la cite pasal cuti ni. Bila becakap pasal cuti ni buatkan aku tak senang hati. Sebabnya?? Sebabnya ialah kerana mood aku dah kelaut nak bekerja dah ni. Kahkahkah. Kepala otak berjambul aku ni dah tak pikir keje dah. Dah pikir cuti je. Fikiran ni dah menerawang ke mana mana ntah.
Nak tau ape plan aku cuti 4 hari di CNY ni? Ape lagi, jom la terbang lagi kan.
Ok, mengikut perancangan awal mungkin aku (kitorang) nak ke Sungai Congkak je. Tapi memandangkan cuaca sekarang ni tak menentu, kiranya plan terpaksa dibatalkan. Demi mengelakkan perkara perkara yang tak diingini berlaku la. Ok, main plan down. Its time for back up plan! Dah namanya aku kan, mana sah kalo takda back up plan. Almost everything yang aku buat mesti ada back up plan punya. Orang kata sediakan payung sebelum hujan kan. Hehehehehe
Daaaannn, backup plannya ialah: REJIM MENGURUSKAN BADAN!!! Amacam? Ada ok tak aktiviti tu? Hahahahaha. Well, takda la rejim sangat pun. Take it easy jek. Nak rejim rejim buat ape, menyusahkan badan sendiri jek kan. Tak payah paksa paksa diri kan. Buat sekadar yang termampu.
Seperti biasa la kan, time time cam ni la boleh nak berblogbrisk walking dan joging kat Taman Awam Nilai tu. Semenjak haritu, agak lama gak aku tak g sana dah. Bukannya apa, tak berkesempatan. Keje pun balik dah nak malam, so takda makna la nak terjah jugak. Luckily la, kerja kat sini tak meminta aku duduk sepanjang masa kat kerusi ni kan. Ada gak la jalan jalan makan angin kat dalam opis nih. Hehehehe. Ok gak tu.
Walking Tips etc. Cuba la terjah terjah sini untuk lebih info pasal eksesai berjalan ni. Banyak wo benefits yang kita kadang kadang tak nampak dan buat buat tak nampak. Tak semestinya eksesais kene g joging, buat cardio activity dll tu. Berjalan pun boleh menyihatkan kalau betul caranya kan. So, ape lagi. Jangan malas malas nak berjalan. hehehehe..
Ha sudah, nak berceramah plak aku kan. Sabar je la korang. Ok, Selain aktiviti tu yang lainnya belum dapat difikirkan lagi. Hehehehe. Mungkin g soping soping cuci mata ke, g menghauskan brake pad ke, g mana mana la yang dapat difikirkan nanti. Kalo tak pun melepak membuta je la kat umah. Eh tak buleh, nanti boooolat lak balik badan kan..Kahkahkah. Yang pastinya akan buat aktivit yang menyihatkan la eh.
Ok la ols. Dah lain macam je aku merapu nih.. Nak blogwalking jap sat. Jom la join aku. Heheheh
PS: Berhati hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang. :)