Salam ols. Ape khabar hari ni? Harapnya semua sihat sihat aje la hendaknya ya. Kalau tak sihat, sila sila la makan ubat dan rehat banyak banyak.
Hari ni aku nak cerita pasal D.A.P.U.R. Ada apa dengan dapur? Banyak cerita pasal dapur ni. Nak tau ape yang aku nak cerita? Klik la Terbang Lagi tu..
Kaum perempuan sering dikaitkan dengan dapur. Ada pepatah mengatakan, setinggi mana pun seorang wanita tu belajar, sudahnya ke ceruk dapur jugak (Lebih kurang camtu la bunyinya). Tapi dalam zaman sekarang ni dah tak kira laki ke pompuan, sumanya masuk gak dapur. Lagi hebat bila ramai chef chef ternama datang dari kalangan lelaki. Chop! Bukan bermakna takda chef wanita, adaaa. Cumanya aku rasa diorang tak di kedepankan je. Hehehehe..
Ok dah dah. Bukan aku nak story kat korang pasal chef golongan mana yang hebat dan terbaek yer. Nak story kat korang pasal dapur je.
Ada beberapa perkara yang aku nak tanya kat korang ni.
- Korang suka dapur besar dan luas ke atau yang biasa biasa je (normal houses kitchen)??
- Apa ciri ciri dapur yang korang suka?
- Apa pantang larang korang bila kat dapur? I mean perkara yang do's & dont's buat korang la.
- And apa dish yang paling korang suka masak bila masuk dapur?
Soalan soalan tu sila la jawab kat ruang komen di bawah yer.
Dan untuk jawapan aku bagi soalan soalan tu, sila la teruskan lagi pembacaan anda..
1. Aku suka kalau dapat dapur yang luas. Sebab apa? Tengok jawapan soalan 2.
2. Sebabnya, ciri ciri dapur yang aku suka mesti lah of course la luas. Supaya aku ada tempat nak buat someting cam gambar gambar di bawah ni. (Nilaikan sendiri ciri dapur yang aku nak, suma ada dalam gambar ni..hehehehe)
Orang panggil mende alah tetengah alam ni island.. |
Kalau dapat yang camni pun besttt.... |
Macam ni pun nak jugak..look simple |
Paling cekai pun camni la..hehehehe |
3. My do's & dont's :-
** Aku TAK suka kongsi dapur. Hahahaha. Yes! Aku nak aku sorang je yang FULLY in charge kat dapur.
** Aku suka kemaskan dapur sebelum mula memasak. Haaa. Macam pelik, tapi itulah dia. Aku nak suasana yang kemas dan bersih sebelum memasak.
** Tolong jangan sepahkan dapur aku. Memang aku boleh moha (moha = marah).
** Tau pakai, tau letak balik mana mana peralatan tu kat tempat dia.
** Peralatan memasak yang complete..:)
4. My Favorite dish:-
** Nasi Goreng Kampung RU (hehehehe)
Well, tak la bermakna tu je yang aku treti masak. Boleh masak yang lain lain tu. Cumanya keadaan dapur sekarang ni membuatkan aku tak suka nak ke dapur selalu. Ya, aku mengaku aku jarang masuk dapur semenjak dah bermenjak menjak ni. BUT, dont look down on me.
Semakin meningkat dewasa ni aku suka masak walaupun dulu kalau disuruh masuk dapur atau menolong di dapur punya la malas. Nak kene bebel dulu ngan Mem Besar baru la terhegeh hegeh tunjuk muka. Hahahahaha. Kelakar bila ingat zaman dolu dolu. Tapi yang kelakar tu la pengalaman kan.
Ok la. Malas dah nak celoteh panjang panjang ni. Layankan gambar dapur yang menarik perhatian dan minat aku. Hehehehe. Less is more!
Aku nak buat dapur umah aku suatu hari nanti color ni la.. Baru cun ngan tema RU kan..hahahahaha |
Amacam lepas tengok gambar tu? Hehehehe.. Thanks to Pak Gel bagi ihsan pinjam gambor gambo nih..:)
PS: Lepas keje ni ada men bowling ngan colleague kat Metro Point, Kajang. Akan ku balas kekecewaan (kecewa la sangat :p) yang lalu..