Thursday, February 10, 2011

Oowwh, Absorber Mounting Rupanya..

Salam ols. Ape cer hari? Aku harap bagus2 saja hendaknya ya. Kesinambungan daripada entry NI, ni cerita selanjutnya pasal masalah Mr. Darling aku yang dok berbunyi tu kan. 

Semenjak dua menjak tiga menjak ni Mr. Darling tu asyik poblem je kan. Naik tensen jugak dibuatnya. Maka buat kesekian kalinya Mr. Darling dimasukkan sementara ke ward rawatan. 

Nak tau kisah selebih lebih dan selebihnya, silakan terbang lagi bersama aku..

Mende alah tu ialah absorber mounting.




Aku dah risik risik kat Perodua Nilai tu by phone few days ago pasal poblem bunyi ni. So depa suh aku datang sana biaq depa cek dulu. Sambil sambil aku riki riki la bila harinya yang depa agak free. Depa kata hari Khamis. Tapi aku tak set pun. Pagi tadik kol 8 baru aku set. Diorang kata bleh datang je dan diorang akan tengok kan ape masalahnya.

Dah settle set appointment, aku kene lak melalui lagi satu fasa which is ask consent from my boss la. Nak la  mintak izin kluar tu kan. Takkan la nak ilang ilang camtu je. Aku siap cakap apa tujuan aku nak kluar tu kan. Lucky he understand. Lagipun aku bajet memang takkan take time lama sangat. 

Dah dapat consent, menerjah la aku ke Perodua Nilai tu. Cek punya cek punya cek, sekali masalahnya tu kat mende alah ni ha. 


Mende alah ni namanya absorber mounting tak silap aku. (Yeay, betul. Aku dah google.. Hehehehe). Mende ni la yang dok berbunyi aje tu. Memang merisaukan woo. Lagi lagi bagi orang yang macam aku ni. Tau pakai je. Bunyi pulak bukannya reti perlahan. Hmm.

Dalam risau tak risau tu selamat jugak aku berulang alik ke Kajang Office dua hari ni. Tu berserah pada nasib je tu. Balik malam lagi tu. Alhamdulillah la tak jadi  pape ke kan. Cuak la juga mana la tau kot kot Mr Darling tu buat hal lak tetengah highway tu. Memang kes naya!! Dah la LEKAS Highway tu lengang aje. 




Kali ni , aku decide nak tunggu kat situ sampai siap. Bukannya apa, puas hati sket kan. Aku nak tau betul betul apa masalahnya kan ( at the same time aku bleh gak la paham n blaja sket sket). Takkan la aku nak berulang dua tiga kali ke sana atas masalah yang sama. Kalau masalah lain tu takda hal la jugak. Dan kerosakan kat absorber mounting tu kene tukar la. Nasiiib lagi sebab under warranty, so claim under warranty je la. Baik jugak kete aku ni tak minta fulus ngan aku. Hahahaa. 

Sebab nak claim under warranty, diorang kene cek buku servis tu and then kene cek pulak sparepart tu ade ke tak. Fuuh, lega. Ada. So tak payah la aku datang lain kali. Dalam tempoh sejam kete aku siap. (Walaupun hakikatnya aku dok sana dekat jugak la 2 jam. Dengan itu ini nya kan. Standard la tu.) 

Lepas je selesai, aku test drive untuk make sure kan bunyi tu dah takda la kan. Setelah berpuas hati, aku pun berangkat la pulang. Sempat lagi dak dak tu cakap 'Datang lagi'. Hahahaha. Memang nak datang lagi pun. Ada lagi beberapa perkara kecil yang perlu diselesaikan. For now, problem tu tak urgent. Not to say nak biarkan je benda tu melarat. Aku nak carik masa yang sesuai so that aku boleh settlekan masalah kete tu sekali harung jek. 

Pasal econ tu, they said paling cepat half day boleh settlekan. Next month la kot cuba carik one day yang aku boleh hantar. Hmmm. Sometimes, aku rasa macam malas nak pakai kete dah. Tapi kot takda kete aku nak pakai ape lak nak g keje. Dah la takda bas kat sini. Hehehe. Takpe la, kene blaja lagi banyak pasal kete ni. Prevention is better than cure rite. 

Ok la ols. See you tomorrow plak. Happy Friday.


CD dapat semalam (Rabu). Masa masuk LEKAS Highway dari Kajang Selatan entrance.

Sempat snap gambar bulan sabit masa sampai umah Rabu tu.  Cantik.
 Dah pakai camera murah je tu je hasil yang dapat. Hehehehe

Catatan Ringkas

---