Wednesday, February 23, 2011

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Salam ols. Pe cer hari ni? Sihat? Ni aku ada benda nak cita kat hangpa suma. KLIA atau lebih dikenali dengan nama penuhnya Kuala Lumpur International Airport. Terletak di Sepang, Selangor. Belakang rumah aku je tempat ni (Tak tipu wooii. Walaupun bukan la betul betul belakang umah aku, tapi consider dekat la jugak).

Apehal lak aku tetiba nak cerita pasal airport ni? Ada la halnya. Nak tau lebih lanjut, sila la terbang lagi bersama RU.






Alkisahnya, terjadilah sebuah kisah kesesatan menuju ke KLIA. Hahahaha. Cerita bermula bila ada kawan mintak tolong p hantar ke KLIA. Dia ada roadshow kat sana. But dia ingat ingat lupa jalan. So dari dia sesat, dia ajak la aku yang tak kurang pro (pro la sangat) ni kan. Kebetulan pulak aku tau jalan ke sana kan. Alah, tak susah mana pun sebenarnya. Sebab signboard bersepah kan (belagak la pulak..)

Jarak office aku ke KLIA ni tak la jauh mana pun. Dalam 15 minit jek. Dari rumah pun lebih kurang jugak la (macam aku kata la KLIA ni belakang umah aku jek kan.kehkehkeh). Pendek kata memang tak jauh la. Nak dijadikan cerita yang tak berapa nak ada ni, dalam agak agak 1km nak sampai buleh pulak aku sesat simpang and at last berpusing balik ke roundabout pertama. Agak agak 5km dari airport. Hahaaha. Aku ngan kawan aku bantai gelak sakan. Itu pun buleh salah. Konon nak elakkan kawan tu sesat, sekali dua dua pun sesat. Ape daa!!!

Bila bercerita pasal airport ni, berapa ramai antara korang yang tak penah pegi airport? Dan berapa ramai yang dah penah naik kapal terbang? Well, zaman sekarang ni bukan macam dulu. Senang senang leh merasa naik belon kan. Kalau 10 tahun dulu, gila la payah nak merasa. Bukan sebab apa, tambang mahal giler woooo!!! Memang kalau saja saja nak naik tu takda la kan. Melainkan ada hal hal tertentu.

Macam aku plak, pengalaman pertama naik belon dari kecik lagi. Cuma dulu kecik lagi tak pandai nak fikir dan tau rasa apa naik belon tu kan. Hehehehehe. Bila dah reti berfikir, kira first experience naik belon masa umur aku 10 tahun. Tu la masanya bila aku pindah ke Sarawak. Memang agak jakun la mula mula tu kan. Nak pasang seat belt tu pun menggigil tangan. Hahahaha. Bukan tu je. Masa nak jejak kaki dalam pesawat tu pun seram sejuk dah. Hahahahaha. Pengalaman....

Inila mende alah belon tu..hehehehe



But then, memang rezeki aku la agaknya dalam ramai ramai adik beradik aku, aku berpeluang naik belon setiap 3 atau 6 bulan sekali. Selamat lebih kurang 3 tahun. Hehehehehe. Kiranya time tu belon ni la transport paling penting untuk aku. 

Haaa, ada ke yang tertanya tanya pulak apehal jadi transport terpenting aku? Weeyh, mesti la. Kan dulu aku study kat Kota Kinabalu, Sabah. Dah tentu tentu belon tu jadi trasnport penting masa nak balik cuti semester kan. Kalau takda belon ni, memang tak dapat la merasa nak balik coti. Ada alternatif lain. Contohnya naik kapal laut. Tapi giler ngko nak naik kapal laut. Seminggu perjalanan! Takkan la nak bercoti atas kapal lak kan. Kalau kapal tu Star Cruise takpe la jugak. Merasa la nak bercoti coti atas kapal mewah kan. Tak balik cuti pun takpe. Hihihihihih

Suka tengok architecture bumbung KLIA ni..

Kalau ikutkan macam macam pengalaman aku masa naik belon ni. Ada yang manis dan tak kurang jugak yang pahit. Dah nama pun kehidupan kan. Mana la ada yang manis aja. But at least, dengan pengalaman yang aku ada tu aku tau la serba serbi apa yang boleh dan tak boleh semasa, sebelum dan selepas naik belon tu. Heehehehehe. And at least, ada jugak la pengalaman aku naik belon. 

Hmm, ok la. Kalau aku nak cerita satu persatu pengalaman aku naik belon ni memang tak habis la kan. Kot kot esok esok aku tersesat ke airport lagi buleh la aku ceritakan lebih lanjut. Hehehe


PS: Jauh perjalanan, luas permandangan dan banyak pengalaman... Hehehe

Catatan Ringkas

---