Sunday, February 27, 2011

Vincci Heels Purple

Salam Ahad ols. Pe cer weekend hari minggu camni? Tengah buat ape tuuu? Hari ni aku plan nak rehat je kat umah memandangkan dah dua hari aktiviti penuh je. Penat dan letih giler badan sampaikan terbabas tido pagi tadi dan terlepas nak g joging ngan My Sis. Sorry la sis. Betul betul tak sedar. Memang tido mati aku. Hahahahaha. 

Aku pun tak tau kenapa la terasa letih dan penat sangat. Hohoho. Adakan kerana aktiviti yang tak berhenti sehari dua ni.? Nak tau aktiviti apa yang aku dah buat sampai low bat camtu., jom terbang lagi.


Hujan rahmat di hari Jumaat. Kebetulan petang tu ada urusan kat MPN, sekali hujan, habis basah lencun. Nasib baik nek kete company. Hahahahaha


Nak dijadikan kisah, aktiviti aku bermula hari Jumaat sebaik habis waktu pejabat. Setiap bulan,  akan adakan permainan bowling at Ampang Superbowl, Kajang (Metro Point) antara staff. Its just a mini tournament dan bukanlah acara besar besaran. Saja dianjurkan so at least ada gak aktiviti antara staff kan. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara staff. Hehehe. Masuk kali ni, baru dua kali aku join. Yang first time ni


Aku suka join aktiviti camni. Cumanya peluang tu dah jarang ada. Huhuuh. So, bila dapat peluang camni memang tak lepas peluang la kan. Ok, game besanya start kol 6 petang. After working hours hari Jumaat tu. Bagi dak dak ofis Kajang tu dekat la. Tak sampai 15 minit dah bleh sampai. Aku dari Nilai take time jugak la nak sampai. Dalam 45 minit lebih kurang dengan nak tempuh jalan jam kan. Almaklumlah, time time orang baru keluar office kan. Hehehehe. Takpe, biar lambat asal sampai dengan selamat. 

Kali ni main 2 game official, and 1 game just for fun :). Untuk aku yang amatur lagi ni, ini je la pin yang berjaya aku jatuhkan. Hohohoho. 

Sikit je kan?? Huhuhu. Takpe, leh practice lagi ni. Ada sesapa nak join aku practice ? Hehehe

But overall, memang enjoy n fun la. Habis game dah dekat kol 10 malam. Sempat lagi melepak ngan diorang kat mapley depan Metro Point tu. Leka melepak, tak sedar jam dah kol 11 lebih. Itupun nasib diorang yang ingatkan aku kene balik jauh. Boleh? Hahaha. Sudahnya aku sampai umah dekat tengah malam. Time tu baru la agak terasa letih dan lenguh. Hohohoho. Papepun meh layan gambar sepanjang game tu sebelum aku teruskan cerita.



Ada banyak lagi gambar tapi suma dalam camera diorang. Kena mintak tu. Bleh simpan jadi kenang kenangan kan. :)

Ok, teruskan dengan aktiviti seterusnya. Aktivit hari Sabtu lebih kepada hmm, ape ye. Ah, baca je la.. Tak tau nak describe. Maybe bleh dikatakan 'Macam Macam Adaaaa'. 

Sabtu pulak akak aku dah ajak teman dia g majlis jemputan kahwin kawan dia kat Broga. Jom aje la. Hehehe. Lagipun memang takda plan lain lagi (Yang ada telah dibatalkan dan ditunda ke minggu seterusnya :p). Tengahari tu kitorang pun bertolak la ke Broga. Broga dari Nilai dekat jek. Dalam 30 minit. FYI, itu lah kali pertama aku sampai betul betul kat pekan Broga tu. Sebelum ni sampai jugak. Sampai ke simpang masuk tu jek. Huahuahua.. 

Perjalanan nak carik rumah pengantin memang mencabar jugak la. Sampai sesat sesat. Hehehe. Tersesat dan terbabas simpang je pun. Tapi perkara tu biasa kalau aku ngan akak aku ni. Tak penahnya la jalan tak sesat. Hahahaa. Macam dah jadi kewajipan kitorang untuk sesat bila pergi ke tempat yang baru. Sometime bukan nya sesat sangat pun, mungkin daripada jalan dekat, kitorang pusing ikut jalan jauh la ape la. But in the end jumpa jugak. Cabaran tu kan, dan aku memang suka kan cabaran. Ok la tu.

Akhirnya sampai jugak la ke rumah pengantin. Sampai sampai je kompang man dah get ready nak kelepak kelepak kelepuk kelepuk. Pengantin lelaki dah sampai. Wuaaah, good timing la kitorang. Sampai sampai leh tengok pengantin dan makan. Hehehehe.

Menu rumah pengantin memang maveles la. Sumanya sedap sedap. Walaupun sedap, aku tak lupa diri that I'm on diet. Hehehehe. Bese la kan, makanan rumah pengantin ni besenya yang bergulai, berlemak dan berminyak. Kebetulan lak menunya time tu rendang daging, masak lemak nangka, ayam masak merah dan acar. Huuiihh. Tergoda tu toksah kata la. Memangnya! Hehehe

Dah makan dan dah jumpa pengantin dan masa untuk balik. Destinasi seterusnya nak singgah la Tesco Semenyih tu. Tapi sebab dah SESAT lagi (walaupun punya la senang nak pegi, tepi jalan besar je!), routing ke Jusco Seremban 2 pulak. Hehehe. 

Kat Jusco S2, plan tengok wayang (TGV) la. Dah lama giler tak tengok wayang kan. Kitorang tengok citer ni. KEMBAR SIANG



Overall, okla citer ni. Ini pandangan aku yang amatur bab bab movie review ni kan. Jalan cerita agak confuse.  Macam ada certain part yang tergantung. But overall ok la. Just for fun kan. Memang gelak sakan la dalam panggung. 

Cuma aku agak terkejut bila terpaksa membayar RM14 untuk tiker wayang. Ke aku yang dah ketinggalan zaman pasal harga tiket ni? Almaklumlah kan, aku dah lama tak g tengok wayang. Last time aku pegi tengok wayang citer komedi jugak but for only RM11. Hmmm. Sumanya makin naik nampaknya.

Lepas layan movie, saja ronda ronda lagi. Sampai kat ruang legar Jusco tu ada lak mini ekspo anjuran LKIM. Sempat la beli beberapa jenis barang.

Seaweed cordial perisa lemon & serunding ikan bilis. 

Lepas tu kaki ni berjalan pulak masuk Vincci. Betul betul bertentangan ngan ruang legar tu. Sebab dah agak lama tak shopping kasut. Hehehehe. Lepas satu kedai ( dan beberapa kedai lagi ) aku pusing hati aku tetap terpaut kat heels ni. Hehehehe Agak agak korang kaler ape ni????



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*lagiiii...
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Yeaaay!! Kaler purple!! 
First time!!!! First time aku beli kasut/sandal/heel kaler pueple. Bleh caya tak? Percayalah. Memang betul punyaaa. 3" Heels. Hehehehe. Suka suka suka. 

Dah shopping kasut, masuk Watson jap nak carik apa yang patut. Then singgah makan sizzling mee seblum balik. Favorite My Sis tu. Aku ikutkan aje. Tapi sebab dah biasa tak makan heavy food malam malam, aku tak dapat habiskan makanan aku. Hohohoho. Kesiaaan makanan tu. Bukan habit aku meninggalkan makanan berbaki, tapi nak buat camana perut dah tak bleh nak terima. Jangan amalkan membazir makanan. Tak elok. 

Aku tiba di rumah tepat jam 9.12 malam. Awal sket la dari malam sebelumnya tu kan. Hehe. Tak la bermakna aku suka keluar malam pun. 



PS: Pandai pandai la jaga diri bila keluar tu. 




Catatan Ringkas

---