Salam 20 Ramadhan ols. Tinggal sepuluh hari nak raya. Weee.. Sebelum korang meneruskan pembacaan korang, nak dinasihati, semasa aku menulis entry ni kepala aku ada sikit tak centre. So, kalau ada tersalah kata dan perkataan tu harap maaf la yer.. Ngeeee..Kalau nak tau sebab apa tak centre jom la terbang lagi bersama aku.
Semalam. Eh bukan. Hari Sabtu aku keje la half day. Macam biasa lah kan. Kalau ikut kan perancangan awal, nak hantar kete g cek dulu pasal apa ada bunyi bunyi tu kan. Sudahnya nak tau apa kes? Tak pegi pun hantar. Hangin je kawan aku. Hahahaha...( Mintak tolong kawan yang cek kan). Sebabnya, aku terpaksa melakukan satu diversion atau detour. Ni suma makcik aku punya hal la.
Tetiba dia call aku kol 11.00 mintak teman dia g Jusco S2. Dia kata nak anta broadband g repair kat sana. Alasan ajak aku dia tak berani dan ingat ingat lupa jalan nak pegi sana. Adeeehai. Sabar je la den. Lagi bila dia kat dia drive sorang dari KL kan. Ok la. Aku ok je temankan dia sebab dalam perkiraan aku sekejap je tu. Sempat lagi nak anta kete tu kat kawan aku petang sket sebelum berbuka ni. Sekali korang tau apa.? Ada udang dalam mee rupanya.. Dia dah sampai je Seremban suh aku jumpa dia kat Senwang lak dulu. Ada hal dia kata nak g sana dulu. Ok la..Ikutkan aje lagi kan. Banyak lagi masa la konon kan.
Rupa rupanya, sampai je Senawang baru dia kata nak pegi butik tudung Pearl Haya sebab ada SALE! Aduuh. Ni komfem lama ni. Dalam otak aku memang tak set pun nak soping haritu. So, sebab dah sampai aku turutkan je la kan. Takkan nak blah je pulak. Dalam hati, aku takut takut berani je nak bawak kete jauh sket camtu. Tapi nasib masa nak jalan pagi tu g keje takda pulak bunyi bunyi tu. Tu yang ada bran sikit kan. Hahahah..Takpe, tangguh sket lu nak anta kete tu.
Tunggu punya tunggu dia soping tudung, aku tengok jam dah kol 3. Padahal aku keluar dari ofis kol 1. Dari ofis aku nak g Taipan tu ada la dalam 10 minit highway. Mak datuk! Lama dah aku kat sana. Tapi makcik aku sakan je lagi soping tudung dia. Aku sekadar tengok je la sebab tak set pun nak beli apa apa kan. Punya la ramai orang (perempuan) soping tudung. Mana taknya. Sale giler jugak la. Walaupun paling giler nya diskaun 40% je. Harga asal tudung tu bleh makan rat la jugak kan. Sakan la dia membeli. Aku takda la. Setakat tudung buat pe nak pakai mahal mahal. Biasa biasa sudah kan. (Aku kan jenis low profile..:p.Hahahaha).
Dalam pada aku menunggu tu, tetiba kakak aku roger tanya aku kat mana. Time tu la baru teringat dah janji nak keluar ngan dia g Seremban. Adeeeh.. Tu la pasal bila dah banyak sangat benda nak diingatkan. Last last tak jadi keluar ngan kakak aku sebab hal makcik aku tak settle lagi. Aku janji ngan dia jumpa esok (Ahad) je. Memang dah plan nak g Shah Alam. Sudahnya hal makcik aku settle kol 5.00 petang. Maaaak aih.. Ponek nyawo den bai.! Nak lari larau camtu. Bukan setakat ponek badan, otak pun turut ponek skali. haiishh...
Sudahnya, dek sibuk sangat nak lari sana sini keta aku lak tak sempat nak anta kat kawan aku sebab dia pun dah keluar pulak ada hal lain. Hmm. Takpe la. Kete pun dah tak bunyi bunyi kan. Tawakal je la pun masa drive balik tu. Sampai umah, aku tak pikir pe dah. Konon nak baring rehatkan badan kejap. Sudahnya terlelap. Sedar kol 6 terus mandi dan prepare makanan untuk berbuka........
* Aku rasa dah panjang semacam je entry ni. Apa kata aku sambung part 2. Ni baru habis hari Sabtu punya cerita. Hekhekhek...
So, malam tu aku terus komfemkan ngan kakak aku n kawan aku (budak yang aku nak anta kete ni la) esok gerak ke Shah Alam kol 9 pagi. Aku hangkut sekali kawan aku tu. Kot papehal dia ada bekup kan hahaha.. Alang alang suh dia cek skali kondisi kete comey aku tu.
PS: Nantikan part 2 plak. Belom lagi tau apa kesinambungan/ kaitan tajuk entry tu kan.. Hahaha..Sabar..