Saturday, August 14, 2010

Ter'miss' La Pulak..

Salam 4 Ramadhan ols. Sihat hari ni? Tak sedar ek pejam celik pejam celik dah empat hari rupanya kita dalam bulan Ramadhan nih. (Dan tak sedar pulak aku semalam tada hapdate.).Hmm. Mudahan selama empat hari ni semuanya berjalan lancar la untuk semua ek.

Ok, berbalik pada tajuk tu. Apa yang aku ter'miss'? Adakah aku merindui seseorang? Ataupun ada hilan sesuatu? Ngeeehehehe.. Nak tau lanjut sila la baca lagi ek..





Ceritanya begini. Pagi tadi tak bangun sahur jek.. Hahahaha.. Syok sangat tidur sampai alarm meraung tepi telinga pun aku bleh tak dengar dan tak sedar langsung. Adeeehh! Ape kes la aku ni kan. Tidur mati betul kot. Nasib sedar nak bangun pergi kerja. Kalo tak, lu pikir la sendiri. :p

Bila aku analisis balik sebab apa aku buleh tak sedar, inilah hasilnya.::

  1. Sebab utama: Kepala sarat fikir pasal kerja kot. Sebab malam sebelum tu memang susah nak tidur sebab fikir pasal kerja. Selagi hal training ni tak selesai, selagi tu la aku tak tenang. huhuhu.. Cepatlah selesai.. 
  2. Tidur kol 12.30 malam. (ke pagi??) : Eh. Bukan tidur terus tu. Time tu baru start baring nak tido. Tapi tak sedar pulak kol brape mata lelapkan. Rujuk 1 untuk sebab :p
  3. Aku bengang :  Ada hal yang buat aku bengang petang tu. Sebab apa malas nak cakap. Biarlah rahsia kan.
  4. Aku tolak tawaran interview : Huhuhu.. mungkin jugak sebab fikirkan benda nih kot.
So, dengan tidur tu boleh merehatkan otak yang bekerja. Tu la pasal aku rasa aku tak tersedar sahur kot. Takpa la. Dugaan puasa ni agaknya. Tapi rugi la. Tak dapat pahala bersahur kan.

Even sekarang ni otak aku masih lagi berkerja keras untuk register training tu. Still banyak lagi tak settle. Plus hari ni due date untuk hantar form tu. Haddduuhh.. Aku sendiri tak pasti samada boleh tak aku submit semua tu hari ni. Susah betul la sambung kerja orang berhenti nih. Tambah susah bila satu haram pun orang brenti tu tak bagi informasi. 

Dan sebab kan oleh sibuk menguruskan pasal training ni, terkejar sana sini untuk dapat kan dokumen sokongan dan segala tu, banyak jugak kerja lain aku yang pending. See, betapa besar impak orang berhenti tu tinggalkan untuk aku? Dah berhenti, tapi still menyusahkan orang lain. hmmmm

Ok la.. Aku fikir positive je la. Anggap je la kan ni suma cabaran untuk aku. At least boleh tambah ilmu aku kan. (Ni ayat penambah semangat je nih..Huhuhu). Aku harap hari ni boleh la settlekan pasal training ni. Kepala aku dah tak boleh nak tanggung bebanan benda ni dah. Sekurang-kurangnya benda ni settle aku boleh la concentrate buat report untuk meeting next Wednesday. Dan boleh concentrate on tender and claims all. 

K, nak sambung kerja lu nih. 


PS: Pening..



Catatan Ringkas

---