Ok, kes ni berlaku hari Jumaat lepas. Baru je ni. Pagi macam biasa la datang kerja awal (Pose pose ni je baru reti datang awal..Hahahaha) MAsuk je driveway ke ofis dari bawah tu dah nampak ada kete polis kat depan ofis. Aku cemas. Ape kes pulak la ni kan. Dalam kepala otak aku takda fikir lain. Mesti ada hal ngan pekerja foreigners ke pe kan.
Ok, aku buat selamber je la. Naik je, terus parking betul betul depan pintu masuk ke setor. Hahaha..TU je tempat aku leh park kete kan. Turun je dari kete, ada assistant manager (AM) tu kata ngan aku jangan masuk ofis aku dulu. AKu tanya naper.. Rupa rupanya satu ofis suma kena pecah masuk. Saspen beb. Nampak pulak pintu bilik aku terbuka dengan luasnya. Tak ingat langsung nak punch card terus aku terjah tinjau tinjau bilik aku PC ada lagi tak. Hahahaha…TAk bleh blah tol. Itu je dalam kepala aku nak cek. Bila aku tengok dua dua PC, printer suma ada, aku tarik napas lega la.
Aku cuak dan masih fobia lagi. Buatnya hilang mende alah tu seksa aku nak buat kerja. Banyak kerja aku suma dalam tu. Pendek kata macam macam ada la. Aku taknak la jadi kes cam Laptop hilang hari tu kan. Papepun, takda kerugian besar sangat. Antara barang yang hilang duit syiling Rm50 lebih kurang, radio dan alat tulis.
Duit syiling tu kepunyaan AM tu. Dia simpan petty cash so ada la syiling tu dia simpan. Yang radio tu hak milik colleague satu bilik ngan AM tu. Tambah kesian bila akak tu kata tu radio late mak dia punya. Adeeh. Dan alat tulis kebanyakan hilang. Stok baru tu bai. Habis suma stationery penceroboh tu sapu. Memang cikai and low class betul penceroboh a.k.a pencurik tu. Punya banyak PC kat bilik bilik tu suma ada terletak elok. Kalau ikut sense la kan, sekurang kuranganya ada la hilang satu dua ke kan. Ni takda langsung PC hilang.
BIla aku investigate and buat sikit forensic (Cheeewah,,haha) takda benda berharga yang hilang. Kawasan paling teruk di selongkar ialah bilik AM dan bilik bos. Lain lain ok sikit. Mana mana meja yang berdrawer penceroboh tu selongkar la.
Ni pulak keadaan bilik aku. Tombol tu baru nak masuk usia sebulan. Dah jadi camtu. ADeehai…Yang drawer tu kepunyaan tuan meja sebelah.. Tempat aku clean and clear je tak berusik.
Ada gambar sepatutnya untuk bilik bos. Tapi ntah macam mana gambar tu bleh hilang lak dari memory card phone nih.Aku ingat ada hantu duduk makan gambar aku kot. Hahahaha.. Takpa la.. Yang paling penting PC aku selamat. Hahahahah
Hmm. Yang musykilnya dah jadi camtu pun diorang taknak buat report polis. Official la I mean. Ada investigator siap datang tak lama lepas peronda blah. Dia tengok kawasan dan crime scene dulu sebelum panggil forensic. Tapi kalau ada report baru forensic datang. But since dah tak buat, tak merasa la aku nak tengoh live punya forensic beraksi kat crime scene kan. Ngeeehehe.. Dah nama pun aku gila tengok CSI. Kuang kuang kuang..
Lantak p la deme. Jangan nanti kejadian lagi besar terjadi baru sibuk nak bising bising itu ini. Masuk ni dah dua kali kes pecah masuk dan kecurian. Pendapat aku pasal kes ni, ni just kes nak takut takutkan pihak atasan je. Propa je lebih. Namun, motif sebenar tak diketahui la kenapa kan. Hmm..
* Penceroboh tu pecah masuk ikut tingkap di ofis invoicing department. Soalan satu: Kenapa pecah tingkap tu sedangkan tingkap sebelah tak berkunci.? Then pecahkan pintu bilik AM tu dan selongkar habis. Ada kesan shoe prints kat sekitar dalam office. DAh selerak2 bilik AM n invoicing, diorang p pulak bilik bos setelh berjaya mengopak glass door bilik bos. Then selerak kat sana. Kat pantry pulak peti ais jadi mangsa bila compartment sayur (tapi kitorang tak letak sayus dalam tu okeh) dipecahkan. Area stor ada satu solex dipecahkan. TApi takda barang hilang.
PS: Jangan la perkara ni berulang lagi. Risau ngan PC aku tu.. Hohohohoho