Salam 1 Ramadhan ol. Amacam puasa hari ni? Berbuka pulak penuh perut ke? Ngeeee..Apepe pun mudahan semua beringat la ek masa buka tadi.
Ok, takda nak intro pepanjang sangat. Cuma nak berkongsi rasa je sebelum aku mengucapkan selamat malam. Aku kira berita yang diterima sehari dua kebelakangan ni sebagai rezeki Ramadhan la. Nak tau ape berita gembira tu, sila baca lagi la ek :).
Berita gembira pertama: Aku rasa ada increment untuk gaji aku la.. Coz, semalam aku cek gaji yang masuk dan ada perbezaan dari bulan bulan lepas punya. Dah nama pun increment, maknanya bertambah la kan. Tapi tak dapat dipastikan kesahihan sebab tak dapat payslip lagi. Mana la tau kot kot aku nye OT ke kan. Hhuhuh.. Dah dapat payslip nanti baru bleh dapat pasti kesahihan increment ke tak. Neway, macam mana aku bleh agak ada increment? Satu, sebab bank account tu memang khas untuk gaji je. Dan kedua, aku dah calculate jugak kan kalau OT aku sekian banyak, itu ini campur tolak darab suma, macam memang betul ada. Kalau betul la ada kenaikan, Alhamdulillah. Buleh la bagi duit raya kat parents lebih sikit tahun ni. Insyaallah. Thank you boss. Er,,,Bonus bila lagi?? (Kehkehkeh)
Bercakap pasal boss ni, sebelum ke perkara ke dua, aku nak story pasal boss aku nih. Semenjak my colleague tu berhenti secara automatik kebanyakan kerja ex-colleague tu jadi keje aku. Bermakna kerja aku jadi berlipat ganda lah kan. And semenjak daripada tu, boss aku dah tak penah marah marah aku tak tentu pasal ke, shouting shouting like hell to me taw. Aku ingat ni mesti kes nak ambik hati aku kot. Yela. Buatnya aku berhenti pulak tetiba, sapa nak buat kerja tender/projek ni untuk dia kan. Kot je la. Ke dia memang dah berubah. Who knows kan. Kalau betul total berubah, good for her la. Aku pun suka. Nak buat kerja pun senang hati.
Dan semenjak dari tu jugak la masa kerja aku memang cukup cukup untuk buat kerja je. Kalau dolu sempat lak mengula ke blog, FB lelama kan. Sekarang ni setakat menjenguk melepaskan lelah je. Nak layan total cam dulu memang tak dapek la den kan. Hehehe.. But at least, ok la. Kekadang dek sibuk sangat dengan kerja, tak perasan masa berlalu dengan begitu pantas. Hopefully, keadaan tenang tanpa amarah boss ni akan kekal la. Buat kerja tak la tension kan.
Ok, perkara kedua yang aku terima ialah pada jam 2 petang tadi. Masuk satu call daripada TNB HQ. And you know what? Aku dapat invitation untuk interview. Post nya biarlah rahsia buat masa sekarang. I've been waiting for this call since habis study 2 tahun lepas. Pernah 2 3 kali aku apply dengan TNB, and turns out not shortlisted. Alhamdulillah kali ni berjaya dipanggil temuduga. Aku suka. Tambahan aku dulu pernah training kat TNB jugak kan. Dan sort of known la filed of job diorang tu macam mana. And I love it.!
BUT, tarikh temuduga tu berlangsung pada sama hari aku perlu attend meeting projek di Melaka. Yerla. Kalau sebelum ni ex-colleague aku yang pergi. Now dia dah takda aku yang kena take over. Aduuuh. Nak mintak cuti memang aku rasa takkan lulus punya la. Takkan nak EL tetiba. Tak pasal pasal mengamuk lak boss balik. Dah elok elok dia tu kan. Tambahan pulak nanti kalau ada tender pada hari tu. Lagi la jangan harap buleh cuti. Aduuuhh.. Nampaknya kena la lepaskan peluang kali ni. Maybe bukan rezeki lagi untuk aku bekerja dengan TNB.
Dan dalam e-mail invitation tu pun dah tertera, "Change of time or date of an interview will not be entertained ".. Guano tuh? Kena reply for attendance sebelum Sabtu nih. Hmmm.. Selain aku, ada lagi 9 orang yang dipanggil untuk interview tu.
Kalau korang ada pandangan atau kata kata nasihat dan sebagainya mengenai hal kedua ni, sila tinggalkan komen yer.. Mana tau ada solution yang korang nampak, tapi aku tak nampak kan.:) Thank you in advance...
PS: Nite ols. Jangan lupa bangun sahur yer....