Friday, August 27, 2010

Gathering Geng Blogger (Buka Puasa)

Salam ketemu lagi untuk kali ke dua hari ni. Hehehe..Mood dan idea mencurah curah ke taman rerama hari ni yer. Hehehe.. 


Intro tak payah panjang panjang sangat sebab tengok tajuk pun korang dah tau aku nak cakap pasal apa kan. Buat kali keduanya, Geng Blogger akan menganjurkan satu gathering bertarikh esok, 28hb Ogos 2010 bertempat di Shah Alam. Korang yang ada FB mesti dah tau pasal hal ni kan. Tapi takpa, aku jsut nak menambah inform kan kat korang kot la kan ada yang terlepas pandang. 

Lagi celoteh aku jom la terbang sama sama...



Kalau nak tau lebih lanjut pasa gath ni, meh sama sama terjah kat SINI.  Sempat lagi kot sesapa nak join and feedback kat diorang admin sana. Esok pon aktiviti start kol 3.00 petang. Antara aktiviti ialah bowling, jalan jalan carik juadah berbuka kat bazaar ramadhan, berbuka bersama sama dan banyak lagi aktivitinya. Lagi aktiviti jangan malas malas nak terjah FB GB ek. Nak cek kat blog bro ni pun boleh gak...

Korang tanya aku pergi tak esok? Hmm.. Kalau ikut rasa macam nak pegi. Sebab masa first gathering tu aku tak pegi. Gathering pertama bulan June hari tu tak silap kat Putrajaya. So, jawapan aku maybe aku tak pegi.

Kenapa aku tak pegi? Satu, esok aku kerja half day. Tapi tu ok lagi la kan. Sebab keje pun half day so sempat aje lagi nak racing ke Shah Alam tu. Alaah. Jauh mana la sangat kan Nilai - Shah Alam tu. Zup zap zup zap dah sampai. Tak sempat masuk gear 5 pun aku dah terpacak depan Alam Sentral tu (Hahahah.Auta je tu ok). Seblom kol 3 dah ada kat sana. Ngeeeee

Dan pulak, memang kebetulan weekend ni plan nak pegi soping kat Shah Alam tu. Tapikan, tetiba petang tadi kete aku buat hal. Tadi masa on the way balik dari ofis ada bunyi tak best la kat kete aku tu. Kat bahagian depan. Macam bunyi benda berseret. Ingatkan tayar pancett ke hape kan. Tapi tak berat pulak. Kot ada benda lak sangkut bawah kete. Cek punya cek pun takda jugak. Tak tau mana punca bunyinye tu. Risau beb. Dah namanya pompuan bawak kete kan. Memang harap reti pakai je la. Setakat nak cek minyak itam ke, cek air bateri ke, tukar tayar ke, cek angin ke reti la den. Dah teknikal mekanikal problem tu tak dapek la den nak nolong eh..Huhuhuh...

Nampaknya tak jadi la Sabtu ni nak soping and terjah gathering kan. Maybe postponed Ahad je soping tu. Itu pun kalau poblem kete tak serius. Aduuuuii.. Mintak mintak la tak besar mana poblem kete tu. Kalo tak 'kapeh' la aku. Dah la nak raya ni kan. 

So, dipendekkan cerita yang dah memang panjang ni aku tak pegi la nampaknya gath esok. Sorry la. Maybe next time je. Kesihatan kereta aku lebih penting buat masa ni. Sebab kalau kete aku takda memang 'patah kaki' la aku jadinya. 

Ni nak out of topic sket dah alang alang cerita pasal kete ni. Baru aku ingat roadtax kete aku dah mati 3 hari lepas. Tapi selamba badak je aku drive dengan roadtax yang dah mampus. Nasib la memang dah ada dalam glove comparment kete. Cuma tak lekat je lagi. PErggh...Nasib 2 3 hari ni takda roadblock kat mana-mana. Kalo tak mau menggelabah jugak nak jawab (walaupun new raodtax ada). Hahahahaha...Esok pagi pagi kene lekat la. 

OMG, panjang giler giler dah ni. Thanks sudi baca. Tata for now.


PS: Tak ghoti den nak nulih pendek2 kemetot...

* Kapeh = pokai


Catatan Ringkas

---