Salam Jumaat ols. Sihat hari ni? Ada lebih kurang 4 hari lagi menuju ke Ramadhan. Puasa semua dah habis ganti belom? Yang belom tu sempat lagi ni. FYI, tarikh penentu puasa yakni melihat anak bulan puasa ialah pada 10hb Ogos (Selasa, 29 Syaaban). Maka Selasa tu hari haram berpuasa dah. Cepat ganti kalau belom ganti tau.
Ok. Hari ni sebenarnya nak buat entry untuk Irdina. Hari ni bersamaan 6hb Ogos genap umur baby setahun. Happy Birthday baby. Semoga baby panjang umur dan diberi kesihatan yang baik yer:) Semoga baby terus kuat melawan penyakit tu dan bleh besar macam kanak-kanak lain taw.
Layan la gambar sempena baby setahun nih...
Memory Lane baby sepanjang usia 2 bulan hingga 11bulan.. Yang tak berbaju tu gambar dia last week..Tengah joget2 tu..Dengar lagu je goyang badan segala..hehehe |
Antara gambar baby masa sakit |
Yang atas ni pulak antara gambar masa baby sakit dan duk hospital dulu. Gambar 1st tu masa mula mula baby dimasukkan ke hospital. Kesian tengok kecik kecik dah kena drip cucuk sana sini. Tengok la muka dia kat gambar kedua tu. Sedih dan sayu je. Tak bleh tahan tengok. Even sekarang ni kalau aku tengok balik gambar baby masa sakit mesti berair je mata. Huhu..Tak bleh tahan la. Umur dia 2 bulan masa tu dah masuk hospital, dah kena operate segala. Tengok tu. Dalam dia sakit pun masih buleh dia senyum.
Kat bawah ni ada link berkaitan Baby Dina dalam blog ni. Kalau rajin nak menerjah silakan la. Ayat memang simpang siur sket sebab masa tu baru mula nak menjinakkan diri dengan blogging nih..Heheheh
- Baby 1
- Baby 2
- Baby 3
- Baby 4
- Baby 5
- Baby 6
- Baby 7
- Baby 8
- Baby 9
- Baby 10
- Baby 11
- Baby 12
- Baby 13
- Baby 14
- Baby 15
- Baby 16
- Baby 17
- Baby 18
Ada lagi dalam tahun 2010 aku story pasal baby. Korang leh cek sendiri lagi la kalau berminat nak tau. Tapi dah agak kurang sket la..
Ok la. Sebelum terlupa nak wish gak kat Daddy Irdina happy brithday. Tak ingat pulak yang keberapa. Best la Dina sama beday ngan ayah ek. Nanti tiap tiap tahun bleh celebrate sama je kan..Heehe
Dan tak lupa jugak untuk my dearest friend, Siti Sal. Dear, Happy birthday ya.. Ni salah seorang best friend aku masa study kat SMTS nagn Poli. Memang susah senang bersama la jugak. Heehehe.
PS: Happy birthday jugak la pada sesapa lagi yang sambut besday hari ni yer:)