Thursday, January 13, 2011

ASTRO Pulak Naik Harga??

Salam ols. Weee. Jumpa lagi. Time ni idea ada plak nak menulis. Puncanya masa balik tadi nampak surat kat peti surat depan umah and tengok ada surat (mesti la surat, takkan lak makanan dalam tu kan..hehehhee). Well, at this time of the month memang time surat surat hutang suma sampai.

Surat hutang ape? Hehehe. Alaaa. Standard la bill bill suma ni kan. Dan hari ni bill Astro aku dah sampai. Memang monthly tak bukak pun dah tau brapa kene bulan bulan. Tapi bulan ni ada kelainan pulak. Hmmm...

Nak tau ape kelainannya tu? Jom tekan terbang lagi.



Haaa. Ni la kelainannya...



Nampak tak ape tulisan yang aku buat tu?? Kalo tak nampak kasi kelik itu gambar supaya dia membesar dengan sihat..

Sebab ape perubahan tu camtu, sebabnya berkuatkuasa 1 Jan 2011, semua gomen tax dah jadik 6%. Huh, sangat la memberangsangkan duit aku nak keluar bayar bill bulan ni.!! Menyampah. Ntah hape la sebabnya gomen tax nak naik pun aku tak paham la. 

Well, lantak p la ngan gomen tax yg dah naik tu. Tax tu dah tentu tentunya tak turun, so aku kene carik jalan camana nak kurangkan bayaran bulanan tu pulak.  



Tiingg!! Tetiba aku teringatkan sesuatu. Cepat cepat je capai henpon XP5800 aku dan dial nombor Astro.  
Sebab ape?? Hahahahaha (Gelak jahat sket lu). Bulan 2 ni (3.2.2011 to be exact) cukup temph kontrak 2 tahun ngan Astro!!! Weeee!!!! Makanya, aku call Astro untuk komfemkan tarikh tamat kontrak aku dan mintak diorang setting siap siap untuk buang Package Sport tu. BERJAYA!!!

Makanya, berkuatkuasa 4.2.2011 takda lagi channel sport kat Astro aku ni.. Hahahaa. Bill baru yang aku akan bayar starting next month is RM49.95. Kira ok la tu dari aku kene bayar dekat 80 tu kan. Lagipun, bukan aku tengok sangat pun channel sport tu. Ada kisahnya kenapa aku ambik channel sport tu dulu.. Nak aku story ka?? Meh sini aku habaq mai.. Ill try to make it as simple as i can (Wish laaa)

Asalnya aku pasang Astro kat umah ni (umah nenek aku yer), sebabnya dulu takda entertainment lain kat umah ni. Harap TV aje la semata mata. Dengan aerial kontot, jangan harap la dapat siaran baeeeek punya. Oleh kerana aku pun stay kat sini, dioarang (dak makcik pakcik aku la) sibuk la suh aku pasang Astro atas nama aku. Alasannya, bila depa balik tiap minggu tu tak la boring sangat nak tengok TV ja. Astro banyak cita best best (Dulu laaa kan). Alasan lain supaya nenek aku dapat tengok channel 106 tu. Pastu konon depa nak topup la bayar bulan ngan aku. Sudahnya, haraaaam sampai la takdak pun. Aku sorang ja la tanggung bill. Tapi tak la kesah sangat pun kan. Dulu baru 59.90. Lagipun nama atas nama aku. So aku boleh la buat apa yang aku suka. Kalaupun aku nak pindah keluar dari rumah tu aku bleh hangkut skali ngan Astro tu full set. So, no big deal la. 

Yang big deal tu bila sport package naik harga. Tu la jadinya bill aku 70++. Camana plak ada Sport package tu? Aku ambik package RM59.90 yg free installment but with 2 years contract. And masa pilih channel tu, memang aku nak avoid channel cartoon. Masa nak pilih pakage tu, selain basic ada family package. And dalam family package tu ada pilihan antara cartoon, learning, sport and variety. Kene pilih 3 antara 4 tu la. So lepas fikir baik buruk, aku tak ambik la cartoon (padahal aku memang suka tengok Disney Channel tu. Kantoiii.hehehe). Bukan apa, sebab sepupu sepupu aku ramai yang kecik kecik lagi. Dan budak kecik suka tengok cartoon, n sepupu sepupu aku ni suma giler tengok cartoon. Bila ada channel cartoon banyak nanti ada insiden insiden akan terjadi.. Antaranya, insiden gaduh berebut channel, insiden orang-orang tua tak bleh nak tengok citer lain, insiden channel cartoon sepanjang hari. Tu yang aku tak bleh tahan tu. So, biar la aku ambik sport dari cartoon. Hehehee. Tu la alkisahnya ada sport channel tu. 

So, sebabkan kontrak dua tahun tu nak tamat, tadi aku trus mintak orang tu setkan siap siap akaun aku takda sport lagi dah next month. Sorry la kat pakcik pakcik aku yang suka tengok channel sport tu cam ESPN segala tu. Lepas ni dah takdak dah eh. Yang ada channel sport pun basic je la kot. Ntah channel mana pun tak tau la. Tak ambik tau pun. 

Dengan ini, aku berjaya jugak la kurangkan komitmen bill Astro aku. Hehehehe. Itu pun tengok la nanti, kot datang tak betul aku ambik package yang paling murah je. Tapi tak bleh jugak sebab aku suka ngan channel Variety tu (710 & 711 especially) hehehehehe..



PS: Lucky the time I call the customer service Astro the feedback is quite fast. So I don't have to wait forever for the answer. Maybe they have improve on that, I don't know. Plus this is the first time I call them. Hehehehe. 
PSs: Mahal woo cas call tu. RM1.30 for 30 seconds block. Kalo 10 minit becakap tak habis kredit ngko. Hehehehe. Mana tak orang hangin je kalo call Astro. Dah la makan duit, service lak lambat kan. Heheehehehe





Catatan Ringkas

---