Salam ols. Ape cer hari ni? Enjoy your day and stay positive. Ok la. Takmo celoteh panjang panjang. Seperti yang telah di war war kan sebelum ni, ni lah tag yang aku kata tu.. Dan kali ni aku telah ditag oleh Fda.!! Whoa.. Kali ni bukan sebarang tag. Tag ni berkenaan '25 Random Things About Me'. Huiyyoo.. Banyak tu 25.
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated." - dipetik daripada blog En Roket -
Dah tau syarat syarat di atas kan? So ape lagi, moh le Terbang Lagi...
25 Things About Me you probably should know.. Happy reading.
- First thing first I think u need to know is I am a girl. Is the term 'girl' is still appropriate at the age of 24? Hahaha. Whatever la kan. And yes, I am 24 years old this year.
- Aku (with my family) pernah tinggal di Kuching sebab ikut ayah aku bertugas kat sana. We all stay sana dari tahun 1998 hingga lah tahun 2005. And July 2005 aku ke Kota Kinabalu untuk sambung study for 3 years. I am very good in speaking bahasa sarawak (I mean bahasa melayu sarawak). Its a fun lesson to learn other dialects. Aku penah disalah anggap as a Sarawakian while im studying is Sabah just because my dialects is so pure. They dont believe me when I told them I was from Semenanjung. Hahahahaha. Well, 8 years is a loooong long period. Plus pulak masa study dulu ramai Sarawakian in my class. So ape lagi, bertambah tambah la expert kan. Heeheheheheh
- Lepas habis study n going back to Semenanjung, aku ambil masa hampir setahun untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan kat sini. Yups, aku kekok bila balik kat tempat sendiri. Even aku struggle untuk membiasakan diri bercakap dalam bahasa melayu biasa and apa lagi bahasa noghoghi ni. Lepas setahun balik baru la aku boleh adapt betul betul. Itu pun kadang kadang masa bercakap boleh tersasul masuk bahasa sarawak and sabah. Ape cer? Hahaha. Sekarang pun ada!
- Kawan aku paling ramai ialah Sarawakian and Sabahan. Frankly speaking, aku tak ramai kawan kat Semenanjung ni. I mean real world friend la. Kawan yang boleh aku lepak lepak sesame, n buat aktiviti bersama. Thays why aku lebih selesa dan suka lepak ngan akak aku tu. Kesian tak? But aku seronok jugak jumpa kawan kawan alam maya ni kan. Satu Malaysia kawan aku dah. Heheheheheh
- Masa praktikal (Latihan Industri, Jan - June 2004) 6 bulan dulu, aku training kat TNB Cawangan Bahau. Memang seronok kat sana. Kalau korang nak tau, time tu aku satu satu nya budak praktikal kat sana, and aku sorang je perempuan! Ada la staff wanita, tapi diorang kat office. Untuk sebulan pertama je aku kat office. The remaining 5 months pulak aku based kat Yard. Hohoho. And ramai kawan kawan aku yang salah anggap aku bekerja dengan TNB sekarang. Takda rezki lagi la.
- FYI, bidang yang aku kerja sekarang ni boleh dikatakan jauh menyimpang dari bidang yang aku study dulu. Nak tau jauh yang macam mana. Semenjak bekerja, aku sesat ke construction business (and now with house developer) but study dulu in electrical engineering. Amacam?? Heehehehe. But i enjoy what i have now. Not to say that I am satisfied, but more to grateful that i have a job. Kadang kadang kita tak semestinya dapat apa yang kita inginkan. Plus, its a new experience for me to work in the field that we sometimes tak ambik tau pun. Dari tak tau apa apa pasal construction, now i basically know a little bit here and there and the ups and downs (or should i say the hanky panky) of this construction business. Hehehehe.
- Hobi aku masa lapang. Kalo dulu paling tidak baca novel, tengok TV, dengar radio. Sekarang perkara tu masih ada, cumanya bertambah lagi iaitu blogging, surf net, driving.. Yups, driving. Aku suka driving.
- Rancangan TV feveret aku: CSI (NY, LV, Miami), NCIS, Criminal Minds, dll yang seangkatan dengannya. Yups, aku prefer cerita omputeh dari citer melayu.
- Cakap pasal driving ni, aku start dapat lesen masa lepas habis SPM. Tempoh aku blajar ambik lesen tu dalam 2 bulan tolak campur la. Sekali ngan lesen motor. Dan dalam tempoh lebih kurang 6 tahun memandu ni pengalaman yang masih tinggalkan kesan ialah masa eksiden tahun lepas. Walaupun tak teruk tapi aku jadi fobia. Bukan fobia memandu. Fobia bila masuk kawasan yang banyak simpang, contohnya perumahan ataupun shop lots. Memang aku akan slow n akan brek mengejut. Hahahahaha. Kadang kadang kelakar pun ada jugak. Bila duduk sorang sorang n kenangkan balik, memang aku ketawa la. Tapi nak buat camana, itu tindakan refleks aku kan.
- Lagi pasal driving. Habits aku masa drive: Aku suka bawak kete laju. Mungkin sebab penah jugak termimpi nak jadi F1 driver. Kalo tak F1 pun at least racer bertauliah ke kan. Kehkehkeh.
- Lagi pasal kenderaan; aku suka superbike. And aku mengidam nak pakai satu nanti. Heheheeh.. Walaupun tak berapa reti nak bawak motor besaq tu, tapi still teringin nak guna. Boleh belajar kalau tak tau kan. Hehehehehehehe
- Aku seorang yang serius dan boleh kata garang (tegas) la. Dan aku seorang yang agak kasar a.k.a brutal. Tapi baik hati (masuk bakul angkat sendiri jap..kehkehkeh). Sapa yang tak kenal aku memang akan kata aku sombong, padahal tak pun. Get to know me. Hehehehe. Mungkin sebab aku ni anak sulung, so ketegasan tu dah ada dalam darah tu kan. Plus my dad pun anak sulung, lagi la.
- Dulu penah bercita cita nak jadi psychologist. Hehehehe. Itu suma gara gara suka sangat membaca buku motivasi. Plus, aku jenis yang observer. Aku sangat suka memerhati dan melihat tingkah laku orang. Dulu aku slalu jadi kaunselor tak bertauliah kat kawan kawan aku, especially bila melibatkan masalah cinta ni. Aku pun pelik, padahal takda pengalaman pun. But maybe more to logical n rational thingking la kot. Hohohoo
- Aku tak suka orang pakai/ambik barang aku tak bagitau. Memang kepantangan betul tu. Boleh naik hangin dibuatnya. Bukanlah nak kedekut kan, tapi bagi la tau kalo nak pinjam ke ape. So that aku tak tercari carik benda tu nanti. So simple.
- Aku tak suka menunggu dan ditunggu. Kalau menunggu tu, biar janji sharp punya. Jangan janji melayu. Memang boleh nipis je sabar kan. Aku pun tak suka jugak biarkan orang menunggu aku. Macam mana aku rasa kalau menunggu, macam tu la orang lain pun rasa kan. Kalau tunggu kejap ok lagi, ni kalo tunggu kejap tapi berjam jam, memang tak la..
- Orang kata first impression penting. Memang pun. Sebab sometimes aku tak perlu nak kenal orang tu bertahun tahun untuk kenal personaliti dan karakter dia. Dan jarang first impression aku silap. Hehehehehe
- I am a flexible person. Bukannya aku flexible as in boleh melentik badan cam gimnas tu. Tak la sangat kan. Tapi flexible as in kata pepatah melayu : 'Masuk kandang lembu, mengembu dan masuk kandang kambing mengembek'. Mungkin aku dah acap kali berpindah randah tu buatkan aku tak susah nak adapt to a new environment.
- Jangan meninggi suara dengan aku without a solid reason. Hahaaha. Aku tak suka orang meninggi suara dengan aku without nothing. Kalau aku ada buat salah, tegur cara berhemah. Jangan sesuka hati nak menengking aku tak bertempat. Kalaupun aku salah, dek sebab dah kene tengking tu aku pulak boleh tengking dia balik. Baru adil!
- Jenis makanan/minuman yang aku suka: PEDAS dan sedap. Hehehe. Semua pun suka makanan yang sedap kan. Wajib PEDAS. Kalo tak kureng rasa nak makan tu. Dan aku penah meng'convert'kan kawan kawan aku yang pada asalnya tak makan pedas, boleh jadi gila makanan pedas. Giler kentang betul pengaruh pedas aku tu. Minuman tak la pedas kan, nak minum camana lak kalo pedas. Heheheh. Minuman mesti kurang manis. (Orang kata kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis pada senyuman..Ngeeeee)
- Aku suka pada aktiviti lasak. Contohnya macam camping ke, panjat gunung ke, hiking, jungle trekking, kayak. Aku start suka aktiviti camni semenjak skolah lagi, lepas join pengakap. Sampai la sekarang, cumanya sekarang aku jarang dapat peluang nak buat aktiviti tu lagi. Best buat aktiviti ni bila ada geng yang sekepala. Senang nak berkolaborasi.
- I love children. Babies especially. They smells good. And i like to see their smile and laugh. The best thing i like about babies is when they sleep n senyum masa tido. Soooo cute!
- Aku bukanlah seorang yang punya kesabaran yang tinggi. But aku cuba untuk menjadi seorang yang penyabar. And so far so good.
- Aku seorang yang simple. Aku tak suka nak semak semak otak ni. Nak complicated segala bagai.
- Aku tak suka dipaksa. Sebab lagi orang paksa aku, lagi aku takkan ikut cakap orang tu. Hahahahaa.. Dan jangan cuba nak control/masuk campur dalam hidup aku. Selagi orang tu bukan mak ayah aku, dan takda ikatan apa apa dengan aku, jangan harap. Aku tau apa aku buat. Selagi tak melanggar hukum syarak dan undang undang, aku boleh buat apa yang aku suka.
- "Go with the flow, Think positive ".
Whoaaa. Penat wo taip. Lenguh jari den. Hehehehe. Hambik ngko panjang berjela entry aku ni dah. Sapa suh aku buat note kan. Memang note la sangat tu.Hehehehe..
Kalau ada ayat ayat entry ni mengaggu gugat perasaan sesapa, aku mintak maaf la. Aku cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Aku bersedia terima teguran.
Papepun, aku dah selamat buat tag ni. Aku tak kose nak tag sesape lagi, but please feel free to do this tag if you want to.
PS: Lega dah siap tag ni. Hehehehe