Salam ols. Pe cer weekend korang? Well, seperti yang korang tau, Sabtu aku keje kan. Bese la. Kol 8.30 sampai kol 5.30 petang. Tapi habis agak lewat dalam kol 6.00 petang. Heee. Tak la lewat mana pun. Overall, ok la. Dalam pada duty tu, sempat jugak menyelit masuk office kasi settlekan keje keje yang tak sempat nak siap masa Jumaat tu. Alhamdulillah, siap la jugak. So, agak senang la hati nak bercuti Isnin ni..
Scenery at the scene..hehehehe |
Yeeeay! Cuti!! Seronok bila bekerja ni dapat cuti. Walaupun aku bukan la jenis yang suka suki sukaki nak cuti kan. Sebab aku belajar dari pengalaman bekerja sebelum ni. Tempat lama dulu punya susah aku nak cuti. Sebab memikirkan kerja. Sekarang ni, kerja kerja jugak. At the same time, peluang cuti jangan dilepaskan. Hehehehehehe. Atas sebab apa aku cuti Isnin ni? Alah, ambik cuti ganti jek. Kan dah beberapa kali aku tak berjaya nak ambik cuti ganti krismas tahun lepas tu, tu pasal ambik sekarang sebelum expired tempohnya. Sepatutnya aku nak ambik cuti Jumaat lepas, tapi sebab dak dak project ni ramai yang cuti sampai takda orang kat opis, aku mengalah la. Since aku pun takda plan ape lagi kan. Bila difikirkan lagi, Sabtu aku kene duty so no hal la keje straight je kan. Dan dengan budi bicara bos, aku dapat la cuti Isnin ni. Tu la alkisahnya.
Dah sebab al kisahnya itu lah aku last minute plan untuk balik ke rumah parents aku di Bahau. Makanya, selepas je habis keje semalam (Sabtu) , aku singgah umah ambik barang dan terus gerak ke Bahau. Perjalanan dalam 2 jam lebih kurang. Walaupun agak bengang ngan certain pemandu, alhamdulillah selamat dah sampai.
Time OTW back home...Hehehehehe |
Kali ni aku balik ikut jalan Kuala Pilah aka Bukit Putus. Yerla, jalan dah besar and yang paling penting jalan tu ramai pengguna nak dibandingkan dengan Kuala Klawang tu. Lengang je. Tak brani la. Buatnya kete buat hal tak ke naya aku. Minta dijauhkan la eh. Tak bleh nak imagine la ape jadi kalo tetiba kete buat hal malam malam camtu.
Sampai Bahau kol 8 malam. Perggh. Itupun tension jugak melayan kete yang dipandu terhegeh hegeh. Daripada tak ngantuk boleh jadi ngantuk dibuatnya. Sabar je la kan. Satu je aku tak suka kekadang ikut jalan Kuala Pilah ni. Kalau kete depan dah selow, habis la. Boleh jem dibuatnya. Nak potong, agak susah sebab jalan berliku liku. Dan kete pun agak banyak. Especially weekends. Nasib la aku balik Seremban nanti Isnin. Hopefully tak banyak la kete n tak la jem ke tetiba kan. Tak sanggguuupp..!
Program aku duk umah ni pulak? Heheheheh. Bila balik sini plannya berehat bersantai je. Dan sesekali g la tolong mak aku kat kedai tu. Sebab hari minggu adik adik aku dah memang ada tolong kan, so tak la berat mana keje nak kene buat. Actually memang tak berat la pun kejenye. Setakat ambik order, buat air and kemas meja. Tu je la. Tapi kalau ramai pelanggan tak menang tangan jugak la. HehEhehehe.
FYI, masa baru habis study dulu memang aku tolong mak aku kat kedai. Dan part yang aku paling terror ialah buat air. HEhehehe. Kalau sekarang disuruh agak kekok jugak la. Bukan tak boleh atau tak reti. Cumanya taknak pulak pelanggan sakit perut kalo tersalah measure sukatan. Hahahaahahha. Jangan ingat buat air tu semata mata buat aje tau. Kena ada skill jugak. Kalo tak macam tak menjadi je.
Well, ok la guys. Time to sleep. Esok nak membantu mana yang patut lagi. Seronok sekali sekala tukar angin camni. Esok mesti dapatkan kembali skill yang dah suram tu. Kehkehkeh.. Wish me luck okeyh.. Nyte..
Salah satu ciri yang mesti ada pada rumah idaman aku. Hehehehehehe |
PS: Apa ciri ciri rumah idaman korang eh? Aku suka rumah yang bertangga. Or senang cerita rumah dua tingkat. Aku rasa cam cantik je umah camtu. Taste korang lak camana?