Wednesday, January 19, 2011

Sambungan Entry Sebelumnya...

Salam ols. Ape cer hari ni pulak? Hari ni aku nak buat kesinambungan sambungan entry sebelum ni la kan. Alah, yang ni la.. Cam hape je tajuk tu kan. Tak mesra keyword langsung!! Hahahahaha

Ok la. Teruskan dengan cerita hujung minggu aku pulak. Semalam tu kira advance weekend aku la. Entry kali ni aku one go kan sekali la aktiviti 2 hari tu. Senang. (Ntah ada nak baca ke tak ntah.. Main syok sendiri jek tulis entry sehari dua ni..Kahkahkah)

Jom Terbang Lagi





Hari Sabtu (15th January 2011), macam semalam jugak awal pagi dah bangun. Plan macam semalam la. Nak meneruskan aktiviti riadah tu. Macam best pulak. Hehehehe. Hari ni kitorang buat 5 lap pulak. Tapi sumanya just a brisk walk, quick walk and little bit of jogging. Tak semestinya nak jogging je kan. Berjalan pun elok jugak (alassaaaannn!! Kehkehkheh)

Tempat best kat Taman Awam Nilai tu. Refleksologi Lane. Bessst sangat!

Kitorang ambik masa dalam 1jam 30 minit untuk buat 5 lap tu. 5km sehari, banyak tuuu. Kalau hari hari buat buleh kurus ni kan.. (Berangan jap......=P). Well, sejam setengah tu termasuk la time berhenti rehat kejap. Standard. (Bilanya nak kurus manjang berenti jek...hahahahha).

Dua hari datang sini (Taman Awam Nilai la), macam macam peel (bukan kopek taw) dan perangai dan orang aku jumpa. Walaupun tak la bertegur sapa, tapi cukup la nak kenal personaliti orang tu. Aku kan observant. Suka je la bab bab memerhatikan orang ni.

Berbanding semalam, hari ni ramai pulak yang datang. Sabtu kan. Time time camni la nak beriadah. Yang bestnya tu, tiap kali aku pegi je hari tak berapa nak panas. Maybe sebab environment ni banyak pokok pokok hijau kot. Tu yang rasa sejuk je tu kan. Ok jugak. Tak la legam jadi kulit.


Sebelum proses mengemas dan mencatikkan..
Selesai beraktiviti, sambung lak aktiviti lain kat umah. Sesi basuh n kemas kete. Hohoh. Nak g car wash cam membazir je pulak. Sebab asal petang je ujan kan. So kalau basuh sendiri tak la terasa sangat. Buleh eksesais lagi kan. Habis la masa dekat 3 jam aku menguruskan keta aku tu. In and out. Siap polish lagi. 


Barang yang ada lam kete aku. Gila banyak je. 


Selepas dicuci...Ok la sket ropenye...Kata orang noghoghi, senereh la sikit ghupo eh...

HOhoh.. Dah penat tonggang tonggek cuci n kemas kete tu, g bersihkan diri dan membuta la.. Hahaha. Memang penat lebih sket terasa. Kihkihkih. Badan dah start lenguh lenguh..  Tapi lenguh yang baik aku kira. 


Ahad ( 16th January 2011), pagi mula cam biasa la. Time untuk beriadah. Hehehe. Ramai jugak orang. Ada sikit kelainan hari ni. Sebab dah dua hari terserempak ngan sorang akak ni, tak pakai tudung, Hari ni dia dah pakai tudung pulak. Sweet je muka dia aku tengok. Alhamdulillah. 

Kali ni kitorang buat 5 lap sekali harung. Lepas lap ke tiga tu we all stop buat eksesais kat fitness playgorund tu. Then baru sambung lagi. Hehehehe.. Tapi hari ni kol 9.30 je dah start lengang dah. Agaknya ramai yang nak g pasar minggu kot. 

Aku pulak tanpa lengah lepas je habis 5 lap tu, lepak lepak jap ngan akak aku terus g shopping kat Giant beli barang. (See, eksesais lagi tu ngan bershopping..hehehehehahah). Selesai shopping terus la balik sebab ada aktiviti menunggu. Sesi mengemas dan mencatikkan bilik pulak. Hehehe..

Ambik masa berkesesais mengemas bilik tu dalam 2 jam jugak. Puas hati tengok bilik dah kemas. Heheh. Baki hari yang selebihnya tu, buat la aktiviti tido dan tengok TV...Buleh? Buleh je.. 


Ape macam aktiviti aku.?? Ok ke K.O agak2? Kira sengal2 jugak la badan aku ni sehari. Tapi u all tau, tetiba aku dah bleh pakai seluar slack yang tak boleh nak dipakai semenjak beli dulu. Hehehahaha. Kira berjaya la tu kan. And ada pulak seluar yang dulu aku pakai agak ketat, dah loose dah. And ada pulak my office colleague ni tegur kata I dah kurus sket. Waaaahahahah.. Sukaaaaa!! 

Ni kena la teruskan beraktiviti. dan jaga jumlah makanan yang diambil yer. Hehehe...


Ok la ols. Jumpa lagi in next entry.


PS: Diet tak semestinya tak makan n berlapar. Definitely NOT ok!! Just jaga apa yang dimakan (sebaiknya follow food pyramid), and take a lot of water. And jangan niat nak kurus sebab nak cantik. :). Keyword here is SIHAT/ HEALTHY.




* Auto Post Entry



Catatan Ringkas

---