Thursday, January 06, 2011

Tips Tips Langsing Bahagian Akhir

Salam ols. Ape cer hari ni? Kejap je rasanya dah hampir berlalu 4 hari di minggu ni. Hoho. Memang agak sibuk minggu ni dengan coordinate meeting. Sampaikan ada la meeting yang bertindih tindih pulak. Awal tahun ni semua bekejar nak adakan meeting. Hehehe. Sabar je la kan. 

04.01.11 genap 3 bulan aku bekerja dengan company baru ni. So far so good. Sedang tunggu surat confirmation je ni. Hehehehe. Appraisal form aku pun baru je bos aku sign semalam. 

The fight isn't finish yet. There are lot more to go...
Well, pape pun hopefully rezeki kat sini panjang la. Walaupun post sekarang ni tak selari dengan kelulusan yang aku ada, at least i have a job right? Experience is the best teacher. So tak bermakna kita tak bekerja dalam bidang yang diminat/kelulusan kita tak belajar benda baru. Pada fresh graduates tu, jangan memilih kerja. Kerja la apa pun dulu, janji halal. Mana pulak tau ada rezeki lain menanti. Tak salah pun nak mencuba bidang lain yang tak sama dengan kelulusan / minat. 

Ok la ols. Panjang pulak intronya. Padahal nak cerita pasal bende lain. Klik Terbang Lagi tu untuk baca sambungan Tips Langsing bahagian akhir. 




Tips # 16 – Makan lebih bijirin

Pilihlah lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan anda. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil Bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Nota RE: .....

Tips # 17 – Diari makanan

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan brat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada pola keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhatikan dan kenal-pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


Nota RE: Penah buat ni selama dua minggu. Kalau tulis dalam kertas semata mata memang takkan ingat punya la nanti. So cara skang ni aku bese update apa yang aku makan dalam Livestorng.com. Ada diary makanan n calorie control jugak. :) But make sure la rajin2kan diri.




Tips # 18 – Bekas makanan yang sesuai

Ketika memilih pinggan makanan, ambillah pinggan yang rata dan bukan pinggan yang cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian baru ambil nasi dan yang terakhir sekali, ambillah lauk yang anda ingin makan (daging/ayam/ ikan). Jika ingin tambah, hanya sayuran saja yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat, apa lagi sambil menonton TV. Sebabnya, makin menarik program TV, semakin banyak makanan yang mampu anda habiskan!

Nota RE: Hehehe.. Betul yang ayat penghujung tu. Meja makan tempat makan yang sepatutnya. Amalkan la ek walaupun kita ni suka nak makan depan TV la ape la kan. Tak salah, tapi camano nak selim kan. 


Tips # 19 – Tumpukan perhatian anda

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Nota RE: Yang ni penting. Jangan nak kurus semata mata tapi tak sihat. Jangan seksa badan. Merana nanti. 

Tips # 20 – Tukar cara memasak

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

Nota RE: Kita orang Malaysia, Melayu pulak lagi tak boleh jalan sangat ngan makanan rebus, kukus ni kan. Kalau panggang tu ok la jugak. Tapi ada ke yang rajin nak panggang hari hari. Hehehehe.. So tepuk dada tanya selera. 

Tips # 21 – Lakukan aktiviti ringan

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang anda makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Nota RE: Hehehe. Tu sebabnya lenkali nak g kedai makan kalo harap sejengkal je jarak dari opis tu, bejalan je la. But brisk walk je la. Jangan lak kocoh kocoh jalan. Tak pasal pasal lak senak perut nanti. :)

Tips # 22 – Tukar tabiat berbelanja

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

Jangan lupa membuat catatan saat membeli-belah untuk mencegah pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Dengan cara ini keinginan anda akan terbatas dan anda tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan.

Nota RE: Hehehehe...so girls, watch out...

Tips # 23 – Berhenti sebelum kenyang

Hah… ikutlah sunnah Rasulullah. Makanan yang terlalu mengenyangkan perut akan membuat badan menjadi lemas dan mengganggu aktiviti ibadah. Rasulullah SAW pernah bersabda dan memberi teladan, “jangan makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.”

Imam Al Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin mengutip pernyataan seorang syaikh dalam sebuah perjamuan makan: Hai orang-orang yang menghendaki akhirat, janganlah kamu makan terlalu banyak, lalu kamu minum banyak, maka kamu akan tidur banyak sehingga kamu akan menyesal ketika mati. Ini adalah pokok yang besar yaitu meringankan perut dari beratnya makanan.

Nota RE: Berhenti sebelum kenyang... Ingat tu. 

Tips # 24 – Hentikan makan setelah lewat malam

Hindari makan ketika lewat malam. Jika boleh, jangan makan selepas jam 8 malam. Para pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kiat makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal supaya anda tidak terasa untuk mengunyah makanan.

Nota RE: Hehehehe. Yang ni pun sokong. Kalau aku senang je, jangan p jejak dapur. Letak botol air kat tepi sentiasa. So asal rasa nak makan je minum air tu. Hehehehe

Tips # 25 – Setkan target dan cari sumber inspirasi

Lakukan sesuatu! Gunting gambar baju atau seluar jeans yang anda sukai. Jadikan ia sebagai inspirasi untuk anda menguruskan badan. Tanamkan dalam diri anda bahawa baju yang anda sukai itu akan dapat anda pakai, suatu hari nanti.

Nota RE: Hoho.. Kekadang saja je beli baju atau seluar 1 saiz kecik. Supaya termotivasi bila tengok baju/seluar tu. 

Tips # 26 – Lakukan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

  1. Usahalah berjalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Saya perhati orang perempuan suka sangat berjalan melenggang-kangkung . Sebelum marahkan saya, cuba anda perhatikan cara mereka berjalan, terutama sekali ketika waktu makan tengahari... Aduhai... kalau di negara matahari terbit, anda tentu dilanggar oleh orang lain (rakyat di sana berjalan seolah-olah mengejar masa, tidak kira lelaki atau perempuan).
  2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif.
  3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam mampu membakar kalori, anda akan lebih banyak kehilangan lemak di badan.
  4. Bersenam atau membuat peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
  5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
  6. Sekali-sekala anda boleh memanjakan diri ke spa atau sauna. Urutan seluruh tubuh dan suhu yang panas mampu memecahkan lemak-lemak di badan anda.
Nota RE: Jangan malas bersenam. Paling paling berjalan la. :)


Ok ols. Tamat sudah tips tips langsing. Mind set sebenarnya paling penting dalam buat apa apa pun. Sebab dengan adanya mind set, yang mustahil pun boleh jadi mustahil kan. So, tetapkan dulu pendirian akal.

Selamat mencuba:)

PS: Kalau badan aku ni nak maintain, minum banyak air & kurangkan makan nasi. Memang boleh jadi. Heheheh. Eksesais kat opis je. Banyak jalan masa kat dalam opis. :) ooitt. bukan g kacau orang, keje beb keje...
 

Catatan Ringkas

---