Sunday, January 09, 2011

[TAG] Makan Oh Makan!

Salam Ahad ols. Buat apa hari ni? Bejalan ke lepak lepak chill je kat umah? Harini aku just melepak bersantai je. Malas nak kuar pulak. Heeehhehe

Ok, Tag. Dah agak lama gak tak buat tag kan. Sebabnya dah takda siapa yang sudi nak mengetag aku. Hohohoho... Kali ni aku telah ditag oleh tuan punya blog Syairsiparapara. Thanks bro. Kalau nak baca tag makanan ni versi si para para ni leh tekan SINI.

Klik Terbang Lagi.....



Tag berkisar pasal makanan. Hehehe. Makanan!

Soalan 1
Bagi 3 nama makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut:
  1. Nasi Goreng Kampung - Pedas kaw kaw punya...
  2. Masak lemak gulai Udang/Ketam
  3. Tempe goreng - Wa bukan jawa okeh..hehehehe
  4. Sambal belacan - ada additional.. Wajib ada kalo nak makan nasi..Baru layaaaann..
Soalan 2
Jenis air apa yang korang suka:
  1. Air yang paling feveret ialah Ice Lemon Tea
  2. OR Limau Suam
  3. OR Sirap Limau.
Soalan 3
Which type of food yang korang prefer? Pilih 3 
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican or Arabian.
  1. Malay - Rujuk soalan 1 di atas
  2. Western - Sizzling, Chicken/Lamb Chop, French Fries
  3. Italian - Pizza, Spagheti/Pasta, Lasagna
Soalan 4
Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resipi but at the same time bila orang lain rasa akan kata "Waah! Gila sedap!'

Well, kalau paling expert without looking at the recipe of course la makanan feveret aku which is Nasi Goreng Kampung tu and few more dishes. 
  1. Sambal - Ikan bilis, udang, ayam, sotong, ikan dll
  2. Masak lemak cili api - ayam, daging, ikan 
  3. .......
And the rest yang tak perlu la aku nak list satu persatu kan. Hehehe. Sebabkan aku jarang masak untuk orang lain makan, so as song as aku tak sakit perut n muntah balik apa yang dimakan tu consider sedap la kan. Hahahahaha

Soalan 5
Semahal mana korang bayar untuk makanan korang?
Bergantung pada jenis makanan, tempat makan dan rasa makanan tu. Kalau sedap dan berbaloi tak kira la mahal mana, janji puas hati. But with limit of course. 

Soalan 6
Beri nama restoren feveret. Apa makanan yang paling sedap?
Hmmm. Feveret tu takda la. Tapi ada satu restoren kat area tempat keje aku ni. Tapi aku jarang la g makan kat sana. Sekali sekala je. Restoran Pink Asam Pedas. Tak tau pulak nama betulnya. Tapi kitorang gelar camtu la. Sebab signature dish asam pedas dia memang Wallllaaaa! Sedap hingga menjilat pinggan. Hehehe

Soalan 7
Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak. 
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.
Suka gitu gitu je la. Ayam n lembu n burung puyuh je. Yang lain lain tak. Ada yang tak penah makan langsung. Hehehe

Soalan 8
Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
Tak ingat dan malas nak ingat pun..

Soalan 9
Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
NONE!

Soalan 10
Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
Tak berharap pun. Lagipun jarang giler aku nak g rumah orang. Melainkan rumah family sendiri.

Soalan 11
Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
Daging kambing. Memang tak boleh g la kata orang. 

Soalan 12
Manu raya yang paling disukai
Rendang & Ketupat.

Soalan 13
Jajan / Cikedis yang korang suka?
Well, dulu suka twisties, mr potato n roller coaster. Skang dah tak layan jajan jajan ni.:)

Soalan 14
Beri dua makanan yang emak korang masak yang paling korang suka.
Mana ada masakan mak aku yang tak best. Kalo tak best mesti tak dapat bukak kedai makan skang kan. Hehehe

Dalam banyak banyak masakan mak aku masak, aku paling suka
  1. Masak lemak cili api udang/ketam/ikan/ayam
  2. Sambal
Soalan 15
Makanan paling pedas yang korang makan? Sapa masak?
Hahahahaha. Sapa lagi masak kalo bukan aku. Nasi Goreng Kampung + Cili api. Hahaha. Sampai merungut la seisi rumah masa makan. Hehehehe.. 

Soalan 16
Korang kalo jumpa orang yang tag ni apa yang korang akan hidangkan.
hehehe. Nak hidangkan kat dia megi goreng + nasi goreng kampung yang dimasak oleh RerameUngu. Nak??

Soalan terakhir
Sila tag 15 orang dan PAKSA mereka buat tag ni.

Hehehehe. Aku tak suka memaksa. So kepada kawan kawan yang sudi nak buat tag ni silakan la eh. Tinggalkan note korang kat ruangan komen di bawah ni. :)

Selamat Menjamu selera......








Catatan Ringkas

---