Monday, January 17, 2011

Taman Awam Nilai & Bowling

Salam ols. Waaaah. Tiga hari aku senyap berupdate kan. Almaklumlah, seronok sangat bercuti cuti. Tiga hari berturut turut tu. Dapat pulak buat aktiviti aktivit yang best kan. Lagi la tak hengat belog ni. Kehkehkeh.. Ok, tipu tu. Sapa kata tak hengat. Hengat la sesangat. Tapi disebabkan perangai berokbeng aku ni yang menyakitkan hati, terus tak da mood nak update update belog.

Apa yang aku buatkan dalam 3 hari bercuti ni?? Well, bukan la bercuti cuti berholiday yer. Cumanya kebetulan pulak Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan ni jatuh pada hari Jumaat. So direct la cuti kerja 3 hari tu kan. Pendek kata macam cuti yang panjang la aku rasa. Sebab cam lama je nak ke hari Isnin.

Nak tau lagi aktiviti menarik aku sepanjang 3 hari ni. Jom 'Terbang Lagi'... =)




Jumaat - 14th January 2011
Hoho. Kalo orang lain tu ada yang sambung tido lepas Subuh. Almaklumla, cuti kan. Aku pun biasanya camtu gak. Cuma kali ni agak lain sebab selesai Subuh, terus siap siap untuk g Taman Awam Nilai. Apa ada sana? Ada taman la. Tempat beriadah. Ada trek joging, badminton/ takraw court, fitness playground n children playground. Apehal lak tetiba je kan. Hehehe. Saja jek. Sebab ada geng baru best nak g joging kan. Kalo sorang sorang tak best la. Takda pembakar semangat. Heheheh




Sebelum bercerita lebih jauh, Taman Awam Nilai ni terletak berhampiran Taman Cempaka, Nilai. Sesape yang orang Nilai ni mesti tau la. Taman tu baru jugak lagi siap. Tak silap aku dalam bulan Oktober tahun lepas. Dah lama aku nak jejakkan kaki kat sini, tapi bila memikirkan takda pembakar semangat, so abaikan je la niat tu.

Dari tadi aku sebut pembakar semangat kan. Mesti ada yang dok pikir orang itu marka aku. Haddooi. Peleaaase la. Ada penah aku sebut pasal marka aku kat sini ka?? Hehehe. Aku g ngan kakak aku la. My sis yang selalu lepak ngan aku tu. Kebetulan dia baru pindah balik ke Nilai ni. So, ambik la peluang ni untuk beriadah  bersame. (Konon.hehehehe)




Jarak dari rumah nak ke taman ni dalam 15 minit je dengan cara driving yang longlai la yer. Hehehehe. Sampai sampai je takda makna la nak terus berlari. Tekujut badan nanti. Jalan jalan manje dan longlai jugak je. 1 round tu dalam 1km. So buat la pusingan 2 kali dan benti rehat. Hahaha. Buleh pulak kan rehat rehat. Norma la tu. Jangan paksa diri. Nanti merana badan. Hehehe.. DAh rehat kejap, sambung lagi buat 2 round. Untuk hari ni dapat la buat 4 round. PEeerggh..... 4km tu bai. Giler ah..

Settle berkesesais, carik lak port lain untuk lepak lepak. Hehehe. Normal la tu kalo kitorang ni dah jumpa. Cam tak penah jumpa bertahun tahun. Sempat la lunch sesame. Agak agak puas lepak, aku pun balik la pulak untuk bersiap siap nak ke Kajang petang nya. Ada sikit hal nak buat dan kebetulan malam nanti ada game bowling ngan dak dak opis. Hohoh. Lama woo tak main bowling.

Port bowling ngan diorang ni biasanya kat Ampang Bowl, Metro Point, Kajang. Itu yang paling dekat dengan office pun. Office HQ la. Kalo office aku kat Nilai ni bleh tahan jugak tak jauhnya. Hehehehehe... 

Ni nak cerita sikit pengalaman aku masa OTW ke Kajang. 


Bas persiaran ada kat lane 3!! Gilo btol!!! Aku tak pasti la pulak ada penumpang ke tak. Mungkin ada la tu. Tak bleh blah lajunya. Bas ni dari arah Selatan. Time ni aku pun dah 100km/jam++. Agaknya pemandu tu tak tahan nak g toilet kot. Tu pasal cam lipas kudung jek lajunya tu kan.. Hehehehehe

Kalo korang nampak meter aku tu, laju lagi la bas tu.

Ok, sambung balik cerita. Men bowling kol 6 petang. Aku kira orang pertama la terpacak kat depan bowling arena tu. Yela, aku kan tak keje hari ni. Yang lain keje so kene la tunggu kan. Dah kebetulan sampai awal diorang mintak tolong bookingkan lane. Semuanya 7 lane. 3 orang satu team. Main 3 game. Peergh.. Mantap la.!


"Focus!!! Jangan tengok pin, tengok penanda kat lane tu." Itu la antara pesanan dari otai otai suma..
Aku amatur lagi. Hehehehe

Kak Sham. Bola yang di 'buang' amatlah lemah gemalai, tapi buleh  strike gak woooo.. Caya la Kak Sham.!!!

Bagi orang yang amatur (amatur la sangat..sebab dah lama giler tak main) giler cam aku ni dah kira ok la tu dapat strike sekali sekala. Hehehehe. Walaupun pencapaian kali ni tak boleh nak dibanggakan, tapi ok la tu dari tak ada langsung kan. Kira ni sesi pemanasan dan recall balik la dolu dolu punya skill. Next time buleh la poweeeeer lagi. Hohohoho... TAk penah penah aku main 3 game back to back nih. Naik longuh gak la tangan. 

Settle main bowling dan sesi penyampaian hadiah dalam kol 9 gitu. Lepas tu diorang ajak g minum minum lu kat mapley. Ikutkan aje. Bukan selalu. Daripada konon nak minum minum je, takda makna la kan. Pekene gak la sekeping tosei. Takpe. Tosei je pun. Calorie kurang. 

Kol 10 lebih baru la aku terjah highway untuk perjalanan balik. Setengah jam kemudian, selamat sampai di rumah dengan selamat. Itula tamatnya kisah cuti hari pertama aku. Memang tak terasa boring pun sebab mada tu terisi memanjang kan. Syok la. 

Sebabkan entry ni dah agak panjang, aku sambung episode 2 lak la untuk aktiviti Sabtu dan Ahad pulak. :)




PS: Badan sakit sakit wo malamnya. Dengan tangan kanan agak lenguh, kaki pun lenguh lenguh gak. Hehehe. Lupe nak warming up sebelum beraktiviti. 







Catatan Ringkas

---