Saturday, January 29, 2011

My Darling & Falken, Bersatu Akhirnya

Salam Sabtu ols. Pe cer hari ni? Hohoho. Agak lama gak aku tak menaip entry baru kan. Demi menebus kesenyapan aku selama beberapa hari ni tanpa entri, malam ni aku bagi korang satu entri. Hehehehehe. Tu tajuk atas tu, ape cer?? Hahahaha

Nak tau sape My Darling tu?? Adakah dia itu seseorang yang istimewa di hatiku? Ataupun apakah dia? Hahaha. Nak tau, jom la terbang lagi. 



Amacam intro aku tu? Ada impak ke tak? Hehehehehe. Well, My Darling aku tu actually my car, Hencik ViVA ni je pun. Mana lak tetiba aku ada darling sweetheart ni. Tak hockay! 

Ni, aku nak story pasal kereta aku. Sehari dua ni macam macam hal plak isu kete ni. Sampaikan nak keje pun jadi tak tenang asyik nak pikir pasal kete. Huui, maunya tak pikir oi. Tu la nyawa aku. Takda kete ibarat kaki yang patah taw. 


Kete ku yang cinonet aka My darling....Heheehe

Mana tak risau. Itu la satu satunya yang aku ada. Kalo kete aku tu takda, aduiii. Serba serbi tak kene la aku rasa. Aku ingat la kan, nak kene beli motor kot. Sebagai backup system. Ape pandangan korang plak? Patut ke tak aku beli motor?

Ada gak terlintas nak beli motor. At least mentenen bulan bulan tu kurang la sket. Heheheehe.. Walaupun kete aku cinonet camtu kan, tapi kalau tak kene gaya maunya habis gak hengget. Kehkehkeh..Eh, aku dah melalut lah pulak.

My would be 2nd Darling???? Hehehehe


Meh meh meh ke cerita sepatutnya. Al kisahnya, minggu lepas masa balik umah parents aku di Bahau kete aku ni buat satu bunyi kat bahagian tayar sebelah pemandu tu. Bunyi squeaking. Lagi lagi plak bila jalan kat tempat tak rata. Makin ketara la. Ayah aku kata mungkin masalah absorber kot. 

SO, masa masuk keje hari Selasa tu aku tanya pandangan dak dak guy kat ofis tu. Depa kata kete baru 2 tahun takkan la ada masalah absober. Biasanya absober tahan 6 7 tahun. Ooooooo.. Baru tau. Selepas ditimbang baik buruk dan pandangan diorang diorang ni, maka aku pun p la set appointment ngan Perodua Service. Sementelah masih dalam warranty kan. So, aku set cepat cepat appointment dengan Perodua Service Prima Kembara, Nilai. Dekat sket, so aku bleh tinggalkan kete kat sana. 

ALhamdulillah, bukan masalah besar pun. Rupanya ada masalah skru kat area tu. Ntah sapa pasang skru tu terbalik. Oh, mungkin masa repair lepas eksiden dulu tu kot. Masa eksiden tu, ada poblem kat arm. Agaknya masa depa kasi betul tu dah salah masuk skru. Tapi dah setahun lebih lepas eksiden tu baru skang plak ada masalah. Pelik gak tu kan. Sebab, lepas lepas eksiden tu memang takda kacau dah tempat tu unless masa tukar tayar. Tu je la. Masa tukar camber hari tu. Kalau masa tukar tayar pun bukan depa kacau skru skru belah dalam tu. Ape ape je lah. Janji dah ok dah.

Dah alang alang aku hantar ke Perodua tu, aku mintak la diorang cek kan aircond ngan ada bunyi clicking kat enjin compartment tu. Aircond tak sejuk terutama time panas terik. Buleh kata cam dok lam oven la kalo pakai econ time tengahari. Hahahaha. Nasib la aku ni bukannya kaki pakai econ kalau nek kete. Pakai econ pun time hujan n masuk bandar. Kalau tak, jangan harap la. 

Unfortunately, diorang tak boleh buat hal tu sebab kat Perodua ni takda pulak kemudahan nak buat aircond. Tapi cek la jugak. Pasal econ tak sejuk tu maybe ada bocor or cabin filter sumbat. So diorang suruh pergi Perodua Rasah sebab sana je ada. Pasal masalah clicking tu sebab bersangkut paut ngan econ system tu. Hmmmm.. Sabar je la den.

Dek sebab pakar dah kata camtu, aku accept la. Mean time, aku cuba set appoinment ngan Perodua Rasah. Malangnya, Sabtu dah penuh. Ada pun hari biasa. Adeeh. Agak payah la nak pegi hari biasa. Keje satu hal. Jauh satu hal. Kete pun nak kene tinggalkan kat situ sebab nak buat econ memang lama kata diorang. Takkan nak ambik cuti tapi sudahnya aku duk tercongok je kat sana kan. Wasting time je. 

Dah jadi camtu, aku hold dulu la masalah econ tu. Lagipun tak urgent sangat nak pakai econ. HEhehehehe. Fresh air lagi best! Maka dengan itu, petang Jumaat tu jugak aku g terjah Seremban 2 nak tukar tayar. Destinasi ke Falken Tyre S2. Tayar belakang dah sampai waktu untuk ditukar. Sebab dah 2 tahun pakai. Hohohohoh. 

Kenapa Falken?? Ntah la. Aku dah pakai tayar tu untuk front wheels. Setahun lebih gak aku dah pakai, n memang sedap la bawak. Maka aku decide nak guna tayar yang sama gak untuk belakang tu. Lagipun, dah biasa ngan tokey kedai tu. And mekanik mekanik kat situ pun ok ok. Sebulan sebelum ni pun aku ada bawak kakak aku g tukar tayar sana. 4 bijik skali tukar. Dua hari sebelum aku tu pun ada rekemen kawan satu ofis. Pun tukar 4 biji skali. HEhehehe.

Masa aku datang tu dapat la murah sket. Lepas desak punya desak, dapat la RM150 untuk sebijik tayar 165/55/R14. Harga asal tayar tu RM165. Hehehe. Selamat la 30 heng duit aku. Aku siap mintak buat additional balancing lagi untuk tayar depan tu. Hahaha. Yela, dah alang alang aku nak pindah tayar depan tu ke belakang kan. Ape salahnya. (Sukahati aku je kan,,Sekali sekala je pun)


Dah penat la aku celoteh. Meh layan gambar yang tak berapa nak ada nih. HeHehehehe..


Alignment. Dia buat manual jek. 

Keadaan tayar lama..

Rope disc brake aku. Adakah dah patut ditukar?? Berkarat semacam je aku tengok..

Front wheel tyre - Falken

Tayar baru yang dah di shine kan. Heeheheh


 Ps: Tengah berkira kira nak tukar rim nih. Hehehehe.. Ada idea atau cadangan??

Catatan Ringkas

---