Friday, April 30, 2010

Wasiat Penting!!

Salam petang Jumaat kawan-kawan..:) Well, sedang aku bertungkus lumus siapkan kerja petang tadi, tetiba ada dapat pesanan dari cik Sakura..Dia ada tinggalkan satu wasiat la..Haiiyak..Lain macam jek ni..Baru je aku nak syioook layan cuti Hari Pekerja ni..Haisssh..Hehee

Ni la dia amanah tu..SAPI!!

Syarat-syarat sebelum terima wasiat ni..:

1. Thank & link the person that gave you the cow  -done

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active - aku pilih yang active ye
# MJ
# Iman

# Darkbatman - Ni additional special case..heheehehe

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat..--.dlm process

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
# Makan minum
# Main rambut
# Tukar channel ..hehehe

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
# hmm..so far takde pulak..

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
# hohoho...banyak la jugak..100++

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
# nanti dah jumpe aku bagitaw korang ek ^_^ (tiru jawapan cik Sakura la..Hehehe..)

Hari Pekerja!!

Salam geng..Lalalalal~~ Sabtu ni Hari Pekerja..Tak best la weyh cuti tu jatuh hati Sabtu. Sebabnya hari sabtu tu hari kerja aku half day..So macam rugi je la..Lagi pulak aku tak best la nak cuti hari Sabtu. Bukan aku ada buat apa pun nanti..Boring la aku dok umah tuu..



Hish..Cemana ni..Tengah pikir nak plan ape to kill the time..Gaji lambat lagi..Huh..Pagi tadi sesaja post kat FB..Tup-tup kawan enterfrem ajak lepak kat KL..Hmm..siap ajak aku g main ice skating lagi..Haraaaam aku tak reti main..Camana tu? Hahaha.Maunye tunggang terbalik aku ber'skate' tu nanti..Tak kose aku hai..Roller blade pun aku tak reti main..Hahahah..

Chitchot aku ngan ma old frend kat FB:)

Pape pun nanti tengok la keadaan camana. Either g lepak kat luar or just lepak je la kat depan TV..Huhuhu...Or maybe aku leh balik umah mak aku kan..Kehkehkeh...Ada can nak buat kek coklat feveret aku.Yipppiii!!!

Ok la kengkawan..Sampai di sini je dulu aku ber'cerobeh' (bahasa sawak ni)..Selamat Hari Pekerja buat mereka yang bekerja..Tahun ni tahun ke-2 aku secara rasmi menyambutnya (walaupun tahun-tahun sebelum ni aku tumpang sambut gak) hehehehehe..

Gambar ehsan Pak Gel


Jaga keselamatan anda dan kesihatan tau masa cuti nih. Sekarang ni musim hujan - panas, H1N1 dan demam bola serta demam AF..So, take care la..Heheh



PS: 'Cerobeh' tu maksudnya banyak cakap


Thursday, April 29, 2010

Kek Coklat Aku, Kek Batik Pun Aku Punya!!

Salam petang Khamis pulak geng..Heheh..Hari ni aku dah kene jadoo(magic) and mood nak menulis tu melimpah ruah ke ladang gandum betul la...Hehehe...Berbalik pada tajuk entry, memang tak bleh blah la nak bercerita pasal makanan ni..Kek pulak lagi tu..Caiit..heh

Takkan nak makan kek punya skema cengini..
Tedaaak!

Sejak dua menjak tiga menjak ni (gaya Nabil sket), aku teriiiiiiiiiingiiiiin sangat nak makan kek coklat..Lagi-lagi pulak bila aku terjah blog Elina, header dia ada kek cekelat.! Pastu bila blogwalking paaagiii tadi ada terjah satu blog ni (aku dah lupa la sap pnunya, sorry ekk), dia pun ngidam nak makan kek cekelat Secret Recipe..Hadduuyaaii..Lagi la aku teringin..Tapi, aku tak nak la kek cekelat yang jual-jual tu..Aku nak kek cekelat aku..Sebabnya, kalau kek cekelat aku, aku leh makan tanpa was-was dan ragu-ragu untuk habiskan setalam tuu..Heheheheheheeheh..

Walaupun terrrrinngggin nak kek cekelat,
belum sampai tahap drooling lagi tau..Heheh

Lagi Berita Buang Bayi

Salam pagi Khamis kengkawan..Jumpa untuk post pertama harini..Hehehe..

Ni nak bagitau ni..Ada lagi kes buang bayi terbaru aku dapat tau..Sentap aku rasa bila dengar berita pagi @ Sinarfm masa OTW g keje pagi tadi..Kali ni bayi tu ditinggalkan kat beranda rumah orang..Ape la nak jadi ni..Tapi aku bersyukur jugak kerana bayi tu masih hidup. Kiranya ada hotak lagi la mak bapak bayi ni..Atas alasan apa dan kerana apa baby secomel ni dibuang tak pulak diberitahu. Tapi atas alasan apa sekali pun, kenapa la sanggup buang anak sendiri..

See how cute he is..
*gambar sumber: kosmo online*
Mungkinkah Kempen Kami Prihatin ni dah mula nampak kesannya? Untuk tak biarkan bayi dibuang macam sampah? Jangan pulak lepas ni beranda rumah orang jadi tempat dan kaedah baru pembuangan bayi..Kot-kot plak nanti jadi trend baru kan..Kuat budaya ikut-ikutan kat negara kita ni..!

Hmm, untuk berita lanjut leh KLIK ni..Aku harap sangat la lepas ni kurang dan takda la lagi kes-kes buang bayi ni..Harap sangat kempen ni betul-betul boleh mengatasi masalah buang bayi..Tapi untuk betul-betul menjayakan kempen ni kena la ada bantuan masyarakat kan. Sumtimes kene ada sikap 'jaga tepi kain orang'..Heheh..Bukan dari sudut negatif, tapi positif..

Sama-sama la kita sokong kempen ni k..



PS: dunia di akhir zaman..

Wednesday, April 28, 2010

Misi Baikpulih Blog


Salam..Lalalalala~~~Jumpa lagi untuk sekian kalinya..

Heheh..Kali ni nak udate pasal penambahbaikan dan memperindahkan blog so~so~ aku ni..
Hehehe..Takde la hebat sangat blog aku ni kalau nak dibandingkan dengan blog Darkbatman, Melz, Uncle dan otai-otai yang lain tu kan..
Bese la..budak baru nak belajar..Macam gini la..

Kalau korang pernah perasaan dulu aku guna layout lain,
but skarang dah bertukaaar (buat gaya goku keyh..hehehe) lain..
Uncle kata lebih urban gitu..Mekaseeh Uncle atas komen tu..
Dan tak lupa gak bagi para pengkomen lain tu..
Leh cek kat coretan ni..

Ape-ape pun sedikit sebanyak aku cuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada kat blog aku ni.
Baik dari segi penulisan, pengaturan duduk tempat segala bende alah dan segala-galanya la..
Heee..Dek kerana kekangan masa jugak la aku kurang update entry baru..Hehehe


Tak Tahu!

Salam petang Rabu geng. Dah lunch ke? Kalo tak lagi sila la grab ur lunch now..Hehehe..

Ok, sebenarnya aku pun tak tau nak cite pasal ape hari ni. It just that macam tak best plak kalau sehari blog sayang aku ni tak berupdate. Hehehe..Pagi tadi memang tak de blogwalking sangat sebab pepagi dah kene halau keluar. 
Halau keluar pergi attend site visit. Ape yang bestnye aku dapat sorang driver..Kehkehkeh..So, tak payah la aku susah-susah nak drive. Dan yang terbaiknya tu driver aku tu ialah anak bos aku...Hahahaha..Sabar je la ngko.!

Anak bos aku tengah peteng kete ni..Hhehe
Lebih kurang 2 jam jugak la aku nye site visit tu. Cun aku sampai office balik dah lunch time..Maka, lepas je lunch aku start la  balik aktiviti blogwalking and dalam pada tu kerja aku tak tinggal la..Hehe...Masa ni la baru ada masa nak cek balik mana-mana kerja aku tak settle lagi ke, yang perlukan further action ke kan..

Tapi dalam aku mood baiiiiik punya tu, tetiba lak ada insiden yang buat aku bengkaaaak je hati. Punya bagus aku dah coverline dia ni, ujung-ujung dia buat muka ngan aku..Geraaam je..Tapi takpe la kan..Nasib kau la..Lepas-lepas ni takde maknanya lagi aku nak cover untuk kau.. Pandai-pandai la nak idup jep.. Hahaha..

Ok la..Aku pun dah tak tau nak merapuraban ape lagi ni..Karang kot ada lagi, ada la entry baru..Heheheh..Lagipun kang aku merapu lebih-lebih kot-kot korang yang pening kan..

So, tata for now..hehehhe


Tuesday, April 27, 2010

Kene Marah, Tender dan Exchange Link!

Salam geng..Haddeeehh..Baru la dapat nak update belog so~so~ aku nih..
Hari ni dari pagi dah chaos semacam je. 
Pepagi dah kene marah ngan bos..
Pastu lak nak kene mengadap muka dia yang moncccooong jek lepas tak dapat tender tadi. 
Peergh..Sakit kepala beb..Sakit gak mata..
Nak buat cemana, dah bukan rezki nak dapat..

Dengan tender lambat abis lagi, maka lunch postpone ke kol 2..
Ni kira aku baru je pas makan.Hoho..
Lumrah beb keje tender cam aku ni..
Ni plak lepas ni ada lagi 2 tender kene buat.
Pastu plak nak update tender list for action tomorrow.
Berpinau bijik mata aku asyik nengok screen PC ni jek..
Tak pasal-pasal aku kene pakai speck..Duuh!

Ok, aku dah meraban tak tentu pasal ni...
Sila abaikan yang atas-atas ni.Hehehehe

So, ni aku nak offer kat korang untuk exchange link..
Kepada sesape je la yang sudi kan.
Yerla, blog kite ni so~ so jek..Takde ape menarik sangat pun..Hehehe
Ape-ape pun, 
Mungkin ada antara korang nye blog dah aku letakkan kat sidebar aku tu..
Sila cek kat list "::My Blogger Geng::" "My Ys Geng".

Bagi memudahkan aku ingat korang, 
harap u ols dapat tinggalkan nama yang u ols slalu guna masa blogwalking beserta link blog (atau blog2) korang.

Tunggu ape lagi? Jom la exchange link!!


PS:.....


Monday, April 26, 2010

Tips Interview 1

Salam semua...Agak lama merancang nak buat entry berkenaan Tips Temuduga ni. Itupun atas permintaan dan cadangan oleh Encik Darkbatman kita. Heheh..So, dengan tidak keberatan (walaupun agak lambat) di sini aku sertakan la beberapa tips menghadiri temuduga. Aku takda la perfect sangat dalam bab-bab temuduga ni kan. But berdasarkan pengalaman dan ilmu yang aku ada, aku sharekan la sedikit sebanyak yang aku tau..SO, mana-mana yagn terlebih terkurang tu tegur la ek.

Bukan senang nak pergi temuduga ni. Banyak persediaan yang perlu disediakan..Antaranya, resume dan sijil-sijil anda. TAPI yang paling utama, macam mana nak tarik perhatian para penemuduga tu. Sekadar atas sijil tak bleh pakai jugak. Sebab tu penampilan, cara berkomunikasi dan keyakinan amat penting dalam sesi temuduga..



Banyak yang aku nak share pasal tip ni..So, entry ni akan dipostkan berperingkat la..Antara tips yang ada seperti tips sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga..Selain tu aku akan share gak la tip-tips berpakaian ke temuduga dan juga mungkin cara penulisan resume. Insyaallah.

But, sebelum kita jalan jauh lagi dalam tip-tips temuduga ni korang kene la tau ape OBJEKTIF utama temuduga kan..

Obejktif pertamanya dah tentu la untuk majikan dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan jugak kebolehan korang. Macam korang nye kelayakan, bukti dari sijil-sijil korang tu. Selain tu jugak nak tengok samada korang ni ada tak ciri-ciri sesuai untuk jawatan yang korang pohon tu. Dan terakhir, diorang majikan ni nak jugak tengok tahap kematangan dan kejujuran korang. Ini biasanya diorang akan tengok dari cara korang jawab soala-soalan yang diberikan la..Dan selari tak apa yang korang cakap dan apa yang korang tulis dalam resume tu..Hehehe..Jaga-jaga tau..!

TIPS 1 - Sebelum Temuduga

Ingat senang-senang je ke leh terjah bilik temuduga tu. Sebelum nak attend temuduga tu kene la buat persediaan yang sepatutnya..Antaranya ialah : 

Hari Isnin~~

Salam berjumpa lagi di hari Isnin ni, di minggu yang ntah keberapa dah dalam tahun ni..Heheheh..
Ape khabar korang hujung minggu?? Ada sehat ka?

Well, as for me weekend dihabiskan di rumah je..Buat housekeeping..Hehehe...Sebaik sampai rumah petang Sabtu tu terus kerah tenaga  buat aktiviti kemas mengemas..Buat laundry segala. Kemas bilik, hall dan lain-lain yang patut la..

Habis 2 jam setel suma keje..Pastu melepak la depan TV kn..Itu je la aktiviti wajib duduk rumah..Hehehe..Dah naik juling tengok TV, mata ni pun dah terbayang-bayangkan tilam n bantal..Letih la konon lepas 2 jam aktiviti tu..Heheheh

Ahad nye pulak, takde aktiviti khas..Cuma melepak depan TV dan g shopping barang my atok kat Mydin..
Dek kerana duduk semedang dari pagi kan, kol 3 jek kepala dah start sakit..Mencucuk-cucuk beb..Adeehh..Tak tahan seyhh..Gerak sikit bergegar kepala otak rasanya..

Dan sakit tu sampai la ke malam. Dan sebab sakit tu memaksa aku tido lebih awal daripada biasa. Habis je uruskan atok aku n bagi dia makan, aku trus landing..Last aku tengok jam 10 minit lagi kol 10..Tak perasan bila masanya mata lelap..Sedar2 dah pagi dan lucky pagi ni tak sakit dah..

Haddeh..ni yang kekadang aku tak suka nak melepak kat umah. Bila dah dok umah takde perkara sangat aku leh buat. Duduk menung tengok TV jek. Sudahnya attack kepala..Bila dah sakit kepala mula la itu ini tak kene je rasa..Hmmm...

Hmm.ni plak lunch hari Ahad..Hehe..Bubur nasi jek..Takde idea nak masak ape..So simple je la..Lagipun tukang makannya aku ngan nenek aku jek..Hohoho..




PS: Hari ni bleh thn bz..Huh..Pepagi dah kene sembur...Ceh.!


Saturday, April 24, 2010

Tag Macam-macam Ada!

Salam hujung minggu geng..Ape khabar hari ni? Selamat berhujung minggu yer..Dan ni tak lunaskan tag oleh Incik Captain88..Waaa..Rajin betul ek korang mengetag aku..

So, enjoy la ngan jawapan aku ni.Heheheh

Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
# Ape lagi nak buat. Face to face la ape lagi..Aku akan tanya dia " Apa yang ko tak puas hati ngan aku nih??' Hehehe..

6 orang di hati anda?
#1 - My self . .hahaha..cam selfish giler lak..
#2 - My mom n dad
#3 - Baby Dina
#4 - My frens
#5 - ---
#6 - ---

Anda rasa anda comel?
# Tak langsung..*Tapi apsal ramai orang kata aku comel.?? Aku tak faham langsung la..*

Single or taken?
# Mana satu rasa-rasa nak??............
Ok la..single..Sila percaya ek..:)

Blog yang anda suka?
# Yang tenang mata tengok, tak berat dan takda autoplay song..*I hate the autoplay*

Adakah bilik anda kemas setiap hari?
# Yes of course..Tu la tempat paling best nak melepak lepas balik keje..

Lagu terakhir yang anda dengar?
# Ape lagu tadi ek?? Ni tengah dengar Sinarfm. Lagu carta..Lagu no 10 kot tadi..

Last phone call
# Semalam..To my sis..

Hari terakhir anda menangis
# Hmmm..menangis sebab perkara/ personal tak ingat dah..
Tapi kalau menitiskan air mata, malam tadi..Masa tengok Tare Zameen Par..(Kantoiiiii..tacing beb!)

List lima color favorite anda?
1. PURPLE laaaaaa
2. Black
3. Dark Blue
4. Cekelat
5. Ijau

Orang terakhir yang anda ber YM
# My sis..

Game yang anda paling suka?
# Tak berapa kaki game..but prefer jenis fun, race n tactical..

Adakah anda peminat MCR?
# Yeaah..but not sooo fanatic

Apa perasaan anda jawab tag ni?
# Sukaaa..Besstt..Bese jek..hehe

Anda rasa tag ini best?
# Best jugak la....

Tag lagi 10 orang
# Sesape agak2 nak buat tag ni amatlah dialu-alukan...Takde paksaan ok...


Ok, done!!


PS: Next entry ingat nak buat pasal tips-tips interview..Macam2 ada..Just wait la..Heee

testing disqus

test 1 2 3

Friday, April 23, 2010

Gila Kamera

Salam Jumaat kawan-kawan..Ape khabar? Ok, pagi *time aku tulis entry ni lah yer..heheh* Jumaat ni tak clearkan tag la..Kali ni aku telah di tag oleh Hafizsidah..

Ni arahannya:

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

Bila dah godek-godek folder gambar, sah aku tak leh nk follow exactly.
So, aku ubah sket dengan meletakkan gambar-gambar kenangan masa aku study..
All together ada 8 gambar..
So, check it out..:)

PICT 1

Gambar kelas Sem 3
Ni gambar candid jek..


Thursday, April 22, 2010

Try and Error

Salam ols..Ape khabar hari ni? 
Dah Khamis pun dan lucky hari ni tak pack sangat kerja ni..
So, hari ni plan nak buat sumting untuk blog ni..
Ape yang aku nak buat??
Just wait and see ok..
Hehehehe

Update 1 - 2.22pm

Hahaha..
tercuak tadi beb,,sumting going wrong..
lucky leh cover balik..
hikhikhik

Update 2 - 6.07pm

Hahaha..setelah bersusah sikit, akhirnya..
Cek kat Entry Ni...
Untuk tau kelainan tersebut..Kehkehkeh
I like...

*Esok sambung upgrade blog..
Tata

Hujan oh Hujan

Hujan-hujan ni kan sedap kalo dapat makan cekodok pisang cecah air teh..Waaaa. Makan ubi rebus cicah gula merah campur kelapa pun sedap gak..Peerghh..Tetiba rasa cam nak balik umah mak ni..Hehe



Ni, sesaje nak share ngan korang lagu Hujan dari Dr. Fazley.
Best lagu ni..First time aku dengar lagu ni LIVE dari Dr. Fazley.
Dia nyanyi lagu ni time penghujung program motivasi yang aku attend kat UMS.
Memang best la pendek kata..Hehehe



Hujan…
Tersimpan memori titisan
Tangisan di bawah hujan

Adalahku dalam dambaan
Harapan untuk bersatu
Sabarlah sayang
Kita pasti bersama
Sabarlah sayang
Mentari tiba

Tuesday, April 20, 2010

Buang Bayi - Updated Kempen Kami Prihatin









Salam semua. Mesti korang dah tau pasal kempen ni. Kalau tak tau buleh la g kat Facebook kempen ni..
Sama-sama la kita berusaha dan bersatu dalam mencegah perkara seperti ni semakin berleluasa..
Sekurang-kurangnya dapat menyedarkan sesiapa yang buat perkara bodoh macam ni..

Kesian baby tak bersalah tu jadi mangsa atas sikap binatang mak ayah dia..
Dah la buat dosa besar dengan berzina. Tambah pulak lagi satu dosa besar iaitu membunuh.
Jawab la nanti kat akhirat.!!

Pesanan aku kat orang sengkek akal ni, TOLONG JANGAN BUANG BABY tu..
Pergi la tinggalkan kat mana-mana tempat pelindungan di mana baby tu ada peluang hidup.
Jangan jadi bodoh dengan buat kesalahan lagi.
Bila buat benda zina tu tak pulak tau malu, bila dah buncit tau pulak malu.
Sampai nak membunuh pulak.
Apa la nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni.
Makin hilang nilai-nilai murni.
Geram aku ngan orang-orang macam ni.
Hish..


UPDATE:
So, korang jom sama-sama kita join dan sokong kempen ni semoga dengan kerjasama semua pihak dapat membendung masalah yang semakin hebat ni..
Maklumat lanjut leh g cek kat blog Kak Zie & novandri




Dan jangan lupa letak kan banner kempen ni kat blog korang menandakan korang pun sokong kempen ni.
(n_n)

Kat bawah ni lagu tema kempen ni.
G la paut paut kan..

Award Mesra

Salam pagi Selasa geng. Apa khabar hari ni? 
Selamat bekerja dan belajr dan exam buat sesiapa yang berkenaan ek..
Heeeheh

Entri kali ni pasal award yang baru aku terima semalam..
Ingatkan nak buat la semalam kan, tapi tak sempat daaa..
So ini la award yang aku dapat tu..

ANUGERAH BLOG MESRA MATA


Mesra mata ek blog aku?? Hehehe..
Mekaseh la pada Cik Azie kerana sudi hadiahkan award ni kat saya..
Dengan usia blog yang baru setahun popcorn ni, banyak lagi kene improve..
Dan yang pastinya, dengan sokongan korang kat blog ni insyaallah boleh menjadi lebih baik dari sekarang kan..
Hehe..Dah merapu sikit dah..

Ok, seperti biasa kene pas pada yang lain kan..
Maka dengan ini, ABMM ni aku nak anugerahkan padaa.....
::
::

Monday, April 19, 2010

Downtown Cheras, Interview Dan Highway..

Salam hari Isnin kawan-kawan. Apa khabar hari ni? Dan ape cerita hari minggu korang? Dua hari tak masuk blog sunyi je rasanya. Macam ada missing something jek..Hehehe..Dah addicted jugak into blogging world ni..Hoho..Ni ada masa sket nak update blog kesayangan ni..Hehehe

(Warning!! Panjang bleh tahan..Kalau suka leh baca, kalau tak takpe..Tapi sebaiknya baca lah..Hahaha)

Well, as you all know aku cuti hari Sabtu lepas. Nak bagi peluang untuk aku setelkan segala keperluan untuk pergi open interview kat Bukit Beruntung, Rawang on Sunday, 18th April. Hoho..Keluar rumah pagi Sabtu tu, terus pergi kedai gambar cuci gambar siap-siap, pergi fotostate dan segala yang perlu la..Setel semual around 12 lebih. Terus shoot g Cheras, rumah makcik..Tengok Baby Dina!! hehehe

Sesampai Cheras kol 1 petang lebih kurang, melepak layan DVD..My Name is Khan.. Best gak la citer eh. Lagi pulak SRK berlakon kan..Lagi la tak berganjak. Habis tengok

Friday, April 16, 2010

Apa Ada Dengan Esok..

Salam geng..Dalam aku sibuk 'berfighting' ni, sempat jugak nak update belog lagi..Hahaha..
Aku aku!!..Hish22..

Ok la..Sebenarnya, aku ingat esok nak cuti la..
Boring keje..
So, nak turun KL esok..
G umah Baby Irdina kat  Cheras.
Pastu Ahad nak naik Rawang..
Nak attend open interview..

Sesape yang tengah cari keje tu leh la g

30 Perkara Anda Perlu Tahu!

Salam geng..Peergh,,Tajuk cam gempak..
Apa yang 30 perkara tu?? 
Nak tau teruskan baca yang seterusnya..


1.  Im a girl..*In case ada yang keliru kan..Hahaha*
2.  My friends called me Ezat..
3. Im the eldest in the family..
4.  I have 1 little sister and 3 little brother..( from age 15 to22 y.o)
5.  My sis yang slalu ngan aku tu is actually my cousin..
6.  I lived in Kuching, Sarawak for at least 9 years.
7.  I used to study at Kota Kinabalu, Sabah..3 yrs.
8.  Im a Scout..Percayalah ok..
9.  I love reading..

Thursday, April 15, 2010

Patut Ke Tak??

Salam ketemu lagi geng..Hari ni dah hari Khamis..
Esok Jumaat pastu Sabtu dan Ahad..dan datang balik Isnin..
Cepat betol masa berlalu skarang..
Banyak lagi perkara aku tak buat nih..
Hohoh..

Berbalik pada tajuk tu la kan, 
sebenarnya nak mintak pandangan korang pasal rupa blog aku ni..
Patut tak aku tukar layout & template blog ni??
Tapi still mengekalkan tema purple..
Yerla..Kang kalo tukar kaler nama pun kene tukar plak kan..
Nak kasik matching mestii..
Heeee

Pandangan korang amatlah dihargai..
Thank you in advance..



PS: *Lagipun, aku rasa macam layout skarang ni ada sket kelam kabut la..*
*Trutama part entry tu..Hmmmm*


Tag Dari Kak Yus

Salam..Jumpa lagi hari ni..Kali ni nak lunaskan hutang Tag dari Kak Yus..Dia nak kenekan aku balik la ni sebab dia slalu jadi mangsa tag aku..Hahaha..Ok, terukan pembacaan kalau nak tau jawapan aku plak..hehehe

*Atas sebab-sebab tertentu, aku mengolah balik ayat soalan-soalan tersebut*

1. 5 orang yang masih hidup di dunia ni yang tak boleh dilupa..




  • Mak ayah 
  • Adik beradik haku yang 4 orang tuu
  • Baby Irdina dan semua family aku tu la..
  • Kawan-kawan baik aku..
  • Orang jahanam yang tipu aku..hahahahah..Aku ingat sampai bila-bila..
2. 5 benda yang korang sayang nak buang..




  • Henpon lama..Walaupun dah tak boleh nak dipakai
  • Diari lama (alamak, kantoi ada diari la...hahha)
  • Baju lama - nostalgia lama
  • Jam yang dah rosak - boleh bt display jek..hehe
  • ....

3. Perkara/ benda yang korang selalu impikan dan berharap supaya menjadi kenyataan..




  • Memiliki keluarga sendiri...Heeeee
4. Bedasarkan jawapan soalan 3, kenapa?




  • Laa..takkan nak hidup sengsorang plak..heheh
5. Website pertama yang dilayari semasa buka Pc/Lappy..




  • Biasanya bukak website 'https://**.***.com.my/..ni tujuan kerja ok..
  • Kalau santai-santai biasa yang bukak dulu ialah blogspot & yahoo mail & FB
6. 5 orang yang korang nak tag..
  • Sebab dah tak dapat nak tag kak yus balik, aku bukak la pasa sesape yang nak jawab tag ni ok..

Dah settle...heee

Wednesday, April 14, 2010

"Contest Baca London : Menang London"


Salam..Entry ke-2 untuk hari ni, bersamaan hari Rabu..Sungguh kebetulan apabila hari ni aku tak banyak kerja macam semalam..Heheh..Inilah peluang untuk aku lunaskan hutang-hutang entry aku..Banyak lagi sedang menunggu untuk disiarkan..Untuk entry kali ni, aku nak jawab contest yang dianjurkan oleh En. Coretan Perantau..Aku yakin ramai korang dah tau pasal contest ni kan,??

Apa-apa pun, ni antara syarat yang perlu dilunaskan bagi melayakkan anda masuk contest ni..Baca tau!..(Aku culik dari belog beliau okeh)


Perkara 01 : Buat satu entri yang menceritakan pasal kontest ini dengan tajuk "Contest Baca London : Menang London". Di dalam entri itu, korang perlu pilih satu entri yang paling best dari blog aku ini dan bagitahu kenapa entri itu yang paling best bagi korang. Entri yang korang pilih daripada blog aku nie mestilah terus link ke entri tersebut.
[>>]

Kasut

Salam ols..

Buat sekian kalinya, den kono tag laei..Kono ngan Oncik Padin ni ha..

Macam stail ni la kasut Bata aku tu..hehehe

  1. Brand : Bata
  2. Warna : Black
  3. Harga : RM49.00
  4. Tahun Beli : May, 2009
  5. Sebab Beli : Kasut lama dah hancur..Hahah..N kasut takde nk bawak masuk site..hahha..so rembat la ni..hehehe
Tag pada 5 orang kawan lain :  Ntah la..Sesape je la nak buat amatlah dialu-alukan..
[>>]

Monday, April 12, 2010

::Apa Yang Anda Tahu tentang Darkbatman dot com::


Waaa..Buat sekian kalinya aku join contest yang dianjurkan oleh blogger..
Dan kali ni contest oleh Encik Aie aka mr Darkbatman..

Ape yang aku tau pasal Incik Darkbatman ni.???
Hmm..Nama betol dia leh tengok sini....hehehe

Nak tau pasal tip kesihatan pun ada gak..Sebab Aie ni part time trainer..
Ada six pax tuuu....
Nak tau ape tips yang ada sila tengok kat SINI...

Ok, macam mana aku kenal Incik Aie ni??
Secara kebetulan..Dan aku tak berapa ingat bila dan bagaimana tu..Heheh..
(Aku dah tua,Tu pasal cepat lupa..)
Hahahaahah

Tapi yang aku tak leh lupa dia punya perubahan blog..
mula-mula aku kenal incik ni dari sini..

http://riszseifer.blogspot.com - Revolution of Mr Lecturer

::
::

Dan kemudian...ini..

aieseifer  - Our mind is our playground

::
::

Dan terbaru dia membuat lonjakan paradigma dengan mewujudkan domain sendiri..hehehe

darkbatman.com - our mind is our playground

Namun masih menggunakan title blog yang sama..
Caya la lu bro..

Lagi nak tau pasal dia ni.?? 
Dia ni pada aku sempoi la..
Tak merokok sebab nak jaga six pack dia tu..Hehehehe...
Ada adik perempuan yang jadi tulang belakang gambar-gambar dia..hehe
Kalo nak tau lagi, bleh la rajinkan diri tejah ke blog beliau ek..

So korang yang nak join Contest ni buleh la pergi ke blog beliau untuk maklumat lanjut..Hehe..


Jangan lupa tengok Syarat-syarat penyertaan tau..

And ingat yer kengkawan, Contest ni jalan sampai 25 APRIL 2010 jek..

So cepat222..!!!! Heeeehe




PS; So Aie..Amacam penyertaan kite ni..? Approve ke tak?? Hehehe

Darul Syifa'


Salam berjumpa lagi di hari Isnin ni geng..Apa cer hujung minggu korang?? Yang pastinya hujung minggu aku sangat letih..Tapi enjoy..Macam ape yang aku penah cakap, plan aku tak semestinya menjadi berdasarkan plan..hahahah


Sabtu hari biasa je..Balik kerja terus g shopping barang my atok..Pampers dia, susu dia dan macam-macam la yang berkaitan..Setel semua dalam kol 5 petang..Balik rumah ape lagi, melepak je la..Sempat gak la lelap mata jap..Dan hari Sabtu berjalan dengan tenang. Tapi tenang yang disangka hingga ke pagi esok pecah berbelah-belah sebabnya start 9.00 malam rumah jadi riuh rendah dek sorakan layan bola piala FA..Hobin jang hobin lawan Pasukan Kedah..Dan pengakhirannya Noghori menang..Waawee..*Tumpang syok jap*..Haha

Ahadnya pulak, dah janji ngan my sis nak tolong dia kemas rumah kat Rawang..Plan nak naik Rawang kol 8.30 pagi..Tapi sebabkan aku terlewat bangun (bese la hujung minggu kan..hahaha) jadi kol 9 pagi baru gerak..Dan lagi tujuan utama ke Rawang terbelok pulak ke Cheras plak..Tetiba terlintas nak singgah tengok Baby Dina. 
Mata yang kurang sinarnya..Badan pun dah susut..
Makin kecik sayang along ni..Siaan iye..Baby cepat sihat ek.
.

Saturday, April 10, 2010

Selamat Berhujung Minggu

Hari ni dah Sabtu ye geng..
Selamat berhujung minggu la ye..
Minggu ni tak tau lagi mana arah..
Ikut je la mana kaki ni tekan pedal minyak tu karang..
heheheh

Maybe g carik barang sket dan balik lepak kat umah je la kot..
Kalau rajin sket petang nanti g pasar malam Bukit Mahkota..
Heeee...

Pape pun ols, isikan masa dengan perkara berpekdah yer..
Jangan nakal-nakal tau..hahah


Ps; plan tak plan pun sama jek..haha

Friday, April 09, 2010

Racing On The Road..

Salam semua..Heee..Cam best je tajuk entry tag aku nih..hahahaNeway, ni Tag dari Eryn..Walaupun dia tak mention nama aku, aku still nk buat gak..Hahaha

Lagipun hari ni tak berapa nak ada kerja macam hari sebelum ni..heks...
Ok, enjoy la aku nye versi tag ni..

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Yeeerrrr...


Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Lepas abes SPM..Masa aku tgh study kat kolej free..Hehehe..

Jangan terkejut aku ambik lesen aku kat Kuching bandar Meow tu taw..Hehehe

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Hmm..Percubaan 2 thn..COmpetent dah 3 thn + 1thn in renewal..Hmm..ambik lesen tahun 2005..
Ok, adala 6 tahun gitu..Heeee


Pengalaman pahit ketika memandu?
Hmm..Banyak tak terkira la..Eksiden penah skali..Tayar kembong sbb langgar lubang pon ada..Rim bengkok sebab langgar lubang..Hampir langgar bontot kete depan pon ada..Dan macam2 lagi la..Sesat barat pon ada..hahah


Pengalaman manis?
Hmm..Ada la jugak..long distance drive, jenjalan ngan kengkawan...


3 tabiat ketika memandu?
* Siku tgn kanan mesti kat sisi tingkap tu..kiranya tgn kiri je tgn pegang stereng..Hehehe

* Kalau tgh speed ke nk take over ke mesti ddk tegak sket..concetrate la katakan..hahahaha..cam poyo jek
* tak reti nak drive below 80km/j..hahahahah..sbb tkut tertidur dek slow..hahahah



3 pantang time aku memandu bila...

* Orang nak masuk tak bagi signal..Haram aku nak bagi la ngko..Tak beradap punya orang..Ingat ko sorang je byr tax? hahahaa
* Orang drive selamba kodok cam nak makan hangin..Tak kira la kat lane kanan ke atau single lane je..Beragak la bai kot iye ko nk drive selow..Tgk la time..Suka hati je nk drive selow..Macam ko sorang aje guna jalan tu pulak kn..
* Org main cocok2..ni aku bengang la..lagi plak bila nmpak lady driver kan..saja nak hanginkan aku la..Sorry beb..Slah org ko nk main g2...memang sah2 ko kene balik ngan aku..pdulik ape aku..Ko carik pasal kn..



Terbuka kat sape je nak buat tag ni..:)

Tidur Tapi...???

...macam tak tidur..Itu lah aku rasa bila aku bangun pagi tadi..
Ntah ape pasal bangun je tidur pagi tadi terus berdenyut kepala..
Macam aku baru lepas pikir masalah negara gamaknya..
Tidur malam tadi la yang paling penat aku rasa..
Nak kata penat pasal kerja, takde la sangat..
Rilek jugak kerja aku semalam..Hmm..

Sampai kala ini pun kepala aku masih berdenyut-denyut dan rasa berpusing je dunia ni..
Nasib lepas jugak aku sampai office dengan selamat..Hehehe

Bila je aku berjalan or berdiri dalam 2 minit, mula la rasa berpusing tu datang balik..
Dan kalau aku buat something dalam keadaan cepat pantas..Terus berpusing rasanya..
Haddeh..Besenye kalo camni aku nak demam hebat ni..

Aku penah rasa macam ni 3 tahun lepas..
Time tu pulak aku tengah pratikal..Dengan TNB pulak tu..
Aku start rasa tak sihat masa aku turun dari bas..
Macam berpusing-pusing je sekeliling..
Tapi act macam bese jek..Tak sempat petang, aku dah flat..
G klinik and terus balik..
Nasib la ada geng kamceng ngan Bro TNB sana..
Dia tolong anta balik..Hehehe..
Sampai kan lebih kurang seminggu aku demam..Panas kaw2 punyaaa...
Sampai tahap tak buleh bangun la..Suara pun takde..Heheh

Aduyaai..Jangan la plak jadi camtu lagi..Aku ni memang susah nak demam..
Setahun sekali pun kadang-kadang payah..
Tapiii....Bila dah kene hambik kau..
Sungguh-sungguh betol...

Jangan benda ni berlarut sampai petang dah..
Tak jadi keje aku kang..






Tuesday, April 06, 2010

Nuffnang....

Salam petang Selasa geng..Dah minum petang ke ni?? Hehehe..Sedang aku godek2 nuff akaun aku sesaje cek, terperasan lak pulak aku ngan visitors aku..Ceh..Cam tak cayer jek..Sape la agakney mengelik blog aku ni..Waaa..Mekaseh la yer..


Ni plak keywords yang popular...Popular ke? hehee..Tekezut gak tengok banyak benar keywords, Julung-julung kali ni untuk blog aku..Peerggh..


Pape pun, mekasih pada semua pelawat yang datang ke blog  so~so~ aku ni..Datang la lagi yer..Heheeheheh



PS: Bila la nak cashout nih..Ciput lagi..Huhuhoho

Monday, April 05, 2010

Luluh Jantung Aku!!

Salam hari Isnin ols..Heeee..Jumpa lagi kita yer...Ape cer hari minggu korang? 
*Agak skema punya opening entry nih..Hakhakhak*

Ok, sebelum apa-apa, nak tanya korang ada tengok ABPBH'09 malam tadi? Tau ke sape yang menggondol gelaran Bintang Paling Popular tu?? Dan lagi sempena demam AF kan..Sape lak yag kene kick out?? Hehehe...Yang aku dengar Dato' Siti menang.. Dan tersingkir AF8, Anum..Betol kan?? Aku tak sure sebab aku tak tengok pon..Heheheh..Kalo salah pergi la tanya sapa yang tau..Heh

Ok, dah merapu pulak dah aku nih..Tengah lapar ni..Kan time lunch skarang nih..

Berbalik pada tujuan sebenar entry ni aku tulis *skema giler* dan pasal tajuk entry .....
[ Berhenti sebentar untuk makan lunch..hehehehe] 

[sambungan]
[>>]

Saturday, April 03, 2010

Irdina Sayang

Mata boolat manjang je

Salam geng..Jumpa lagi kita di hari Sabtu nih..Ape program korang hari ni? Aku tak pasti lagi..Kemungkinan besar hanya stay melepak kat rumah je..

Ada nampak gambar baby cute kat atas ni?? Hehe..Dia la Irdina..Kalo korang tak tau la kan..Di awal blog ni aktif, banyak aku cerita pasal Irdina..Kalo yang baru tau tu leh cek kat dalam SETOR aku archieve bulan October.. Ingat nak link untuk korang.Tapi macam banyak sanagt entry baby ni..Hehehe..Korang g la cek sendiri ek..

Agak lama takda cerita pasal Irdina kan..Bukan saja aku nak merapuraban kat sini ok..Tapi, hari ni as of pagi tadi aku baru dapat berita Baby akan di operate dalam masa terdekat ni..Again..!! My God.! Kali ni atas sebab injap jantung belubang..Banyak..!! 

Actually, semalam Baby ada follow up kat IJN. [>>]

Catatan Ringkas

---