Salam Isnin ols..Wa.Baru la berkesempatan nak mengupdate belog ni..Neway, mekaseh pada yang wish aku smalam yer..Heee..
Macam biasa la aku mesti nak story mori pasal weekend aku kan. Heeee..Yerla pun. Sabtu dah off, ahad pun off gak. Nasib aku sempat gak auto post aku nye entry tu. Ngeehehehe
Nak tau ape yang kecoh betul tu? Teruskan la baca kalau nak tau..Macam-macam ada kot..Heeee
credit to pak gel
Moh aku criter kat ekau orang apo yang kecoh bona tu kan. Apo je la den buek hujung minggu lopeh yang kecoh kecoh tu... Hari Sabtu eh, den terojah Sg. Gabai, Hulu Langat. Tak plan pun. Main terojah aje. Bese la kan aku. Aku terjah ngan Cik Nina ni. Gerak ke sana dalam kol 12 tengahari. Apeeedaaa.Matahari dah tergak baru nak gerak. Alah, dah nama pun unexpected plan.
Sampai Gabai kol 1 petang. OTW tu sempat la singgah beli lunch, nak makan kat sana..Menunye, sambal tempoyak ikan bilis, kentang goreng cili dan ayam sambal merah. Sambal tempoyak tu memang sedaaaap weyyhh.. (Ni aku dah terliur ingat balik lauk tu...Heeeee)
Sebaik sampai, apelagi kan, tukar la outfit dah gedebuuuush..Sebab port kitorang tu tak la dalam sangat, so main air je la..Dah pegi pun semata-mata nak relek kan, so relek je la main air..Yang penting basah dan berendam..Hahahahah...
Lepak sana sampai la kol 4 lebih. Sebab dah nampak cam nak ujan, so kitorang gerak la balik. Punya la malang nasib masa sampai kat tempat parking, kete kene block pulak. Sekali yang blok tu, tuan punya rumah yang aku tumpang parking. Mana la aku tau ada orang kat umah tu sebab tak nampak macam berpenghuni pun. Tapi pun, kalau iye, tak payah la nak block kete orang kan. Setengah jam jugak tunggu, sampai la tanya orang kedai kat situ, baru la tau tuan punya rumah tu punya kereta. Hadeeeeh hai..Sabar je la..
credit to pak gel
Lepas je keluar dari sana, terus terjah ke Alamanda. Nak g sejukkan hati g la tengok wayang. Citer Kecoh Betol..Heeee.Memang kecoh la kan ngan gelak hape sume.. Cuma aku rasa macam ada sedikit tergantung citer tu. Tapi puas hati la dapat gelak kaw kaw punye kan..Hahahahaha... Tak jadi nak tengok LBS sebab banyak yang review filem tu kata tak best, so aku tak nak bazir duit..
Habis tayangan kol 9 lebih. So trus balik la. After drop Nina kat UKM, aku pun terjah balik rumah.
Ahadnya, ingatkan nak duduk lepak je kat umah. Tapi sebabkan aku sesak kepala duk umah tu, aku plan kuar jugak lagi. Kali ni ngan kakak aku. Memang kitorang dah lama tak date berdua kan (heh). Halatuju (konon nak tukar mood) ke The Mines.Sekali sampai je sana jalan punya la jam. Terus cancel plan and terjah umah makcik kat Sg. Besi tu. Sekali lagi, dia takda kat umah. Tapi suh kitorang g jumpa dia kat Jusco Taman Maluri, Cheras. Ape lagi, terjah la kan. Hahah..Dah alang alang menyeluk perkasam, bior samapi ke ketiak. Hahahahaha
So, melepak la kitorang kat sana sampai kol 8. Teman makcik aku carik baju la itu la ini la..Pastu g makan plak kat Taman Tenaga. Konon diorang blanje makan la sempena besday aku kan..Hahaha..Dah puas lepak, aku pun balik ke rumah untuk beradu. Hehehe..
Kiranya penuh and pack la aktiviti aku. Kecoh la jugak pendek katanya kan. Heee.Dan aku puas hati cuti aku tak terbiar kosong jek..Ngeeehehehe
Korang plak ape cer hujung minggu?
PS: Sebab banyak kes accident kebelakangan ni aku dah drive dengan penuh hati2 dan cermat berhemah. Hahaha..Kene practice lagi ni sebab aku ni kan racer jalanan..Hahahahahaha