Salam ol..Jumpa lagi dia hari Selasa di bulan yang baru iaitu June. Weeeee...Dah masuk tengah tahun dah ni. And macam-macam ada bulan ni. Tak silap aku yang di Sabah tu dah sambut Pesta Kaamatan hujung bulan lepas dan di Sarawak bakal menyambut Hari Gawai. Lama giler aku rasa dah tak sambut sama-sama diorang nih. Heeeehehe..
Ok, sebelum aku melalut citer pasal sambutan Hari Gawai kat Sarawak baik aku teruskan dengan pucuk pangkal entry aku ni. Nak bayar hutang kat korang pasal cerita hujung minggu aku.
Sepatutnya hari Sabtu kan aku kerja half day, so makanya aku apply cuti untuk g jenjalan ngan family aku ke Perok. Ate teman ngan family teman ni pergi kenduri kawen..Abah teman punya kawan punya anak nikoh. Deme mengajak. Itu yang teman ngekot ni. ( letih lah aku nak caka Perok).
Kitorang gerak dari rumah kol 7 pagi. Ambik higway KLIA arah utara. Dalam 2 jam lebih sampai Slim River. Pusing punya pusing carik umah pengantin sampai sesat la jugak sesimpang dua. Ngeeehehe..Kol 11 baru la sampai umah pengantin kat Felda Besout 6, Besout. Bese la g umah pengantin, nak tengok pengantin dan jugak makan nasi minyak. Heeee...Selesai je, terus ca alif but ke Ipoh.
Papepun, kenduri tu sebenarnya as sidekick je. Yang utamanya memang nak pergi Lost World pun. Dak adik adik aku tu bising ajak g jenjalan kan. Tu yang menerjah ke sana. Bayaran masuk untuk dewasa RM30 dan kanak-kanak RM 24. Tak susah la nak carik. Walaupun dapat salah informasi. Sepatutnya kene ambik exit Ipoh bukan Simpang Pulai. Heeehehehee..Takpe..Kesilapan mengajar. Next time bleh tau kan.
So, setelah ambik exit Ipoh memang akan terang nyata lagi bersuluh kata orang signboard menuju ke Tambun. Follow je la. Tak jauh pun. Sesampai je ape lagi, tukar baju dan gedeeebush la kan. Ngeeeeheheh..Ramai orang beb. Aku aim hot spring ajer..Syoook betul berendam dalam air panas. Pastu plak berdiri bawah cucuran air tu kan. Peeerrrgghh.. Masak beb, masaaak..Tapi memang best la..
Pastu konon nak g cuba main mende alah ni, skali tak lepas piawaian la beb. Dia tak bagi guna track suit la. Kene pakai legging/leotard tu..Haaah..Tak kuasa la hakuu...Sudahnya memang aku duduk aje relek dalam hot spring tu. Heeeee
Nak detail pasal LWOT ni bleh terjah kat SINI.. Macam-macam ada la pendek kata. Aku sendiri pun tak explore habis lagi sebab cuaca tak mengizinkan. Tetiba gelap dan hujan pun turun..Hujaaan yang turun bersama air mataaa..lalalalalllaaaa (Nyanyi jap)..Tapi aku takda la nangis pulak kan sebab hujan tu. Ngeeeheeheh..
Kol 6 kitorang suma gerak keluar dari sana. Nak g jalan kat Ipoh pulak. Ingat nak carik Jusco. Punya la usha-usha lokasi, tak jumpa jugak, so sudahnya masuk aje la Ipoh Parade. Kompleks pertama yang dinampak. Saja je la nak jalan-jalan kan. Hujan masih tak berenti kan, so nak pusing-pusing kat luar pun tak tau ke mana, ambik jalan selamat la kan. 2 jam rondah-ronda, kitorang make move nak balik dah. Masuk je jalan menuju ke highway sekali nampak pulak Jusco besar besar kat sana. Hahahahaaaa...Tapi takpe la..Lenkali bleh datang lagi..
Terus la kitorang hit highway gerak balik. But sebelum tu singgah makan kat R&R Tapah. Sampai umah kol 1 pagi..Heeee..Memang badan letih, tapi seronok la sebab dapat spend time ngan family kan.
My family & I
My mom with my 4 other siblings
PS: Sorry la kot panjang dan boring..Heeeee
Henpon aku dah selamat aku format sendiri..