Salam ols..Sihat hari ni? Maaf la semalam takda update blog..Heeee..Ketandusan idea la nak menulis semalam. Tapi harini ada la sikti idea nak menulis. Pasal isu semasa yang sedang berlaku dan hangat menjadi isu dunia sekarang ni. AKu pun tak berapa nak tau storyline lagi (bese la aku ni ketinggalan berita sket..ngeeheee) tapi aku cuba la ulas atas apa yang aku faham..
Kempen Blogger Picisan Menentang Kekejaman ISRAEL
Kalau tengok berita sekarang memang suma bercerita pasal isu Israel menyerang kapal membawa sukarelawan ke Gaza tu, dan ternyata dilakukan atas dasar tidak berperikemanusiaan dan juga secara tak langsung mencabul hak asasi manusia..
Namun, kerajaan Malaysia dan juga banyak negara lain mula mengambil langkah untuk mengecam tindakan rejim Zionis tu..
Baca sini untuk berita lanjut.
Dan lagi:
Sama-sama la kita berdoa supaya semua rakyat Malaysia dan umat Islam yang menjadi sukarelawan ke Gaza tu selamat seadanya. Mudah-mudahan Allah menimpa balasan pada Israel. Tak selamanya diorang akan hebat.
Kempen Boikot Barangan Israel.
Bila bercakap pasal Boikot Barangan Israel ni, pagi tadi sempat la tengok dalam MHI diaorang ada la bercakap pasal pemboikotan ni. Tak sempat nak tengok suma, tapi main thing dia memang nak boikot penggunaan barangan Israel. Walaupun bukan la boleh bawak perubahan besar, sekurang-kurangnya membantu serba sedikit.
Dulu penah sekali buat kempen cam ni. Tak silap aku di penghujung tahun 2008. Aku siap print out n lekat kat dinding dalam bilik aku senarai barang-barang yang kita kene boikot. Memang semangat la kan. Sampai sekarang pun aku cuba meminimakan penggunaan barangan Israel ni. Heeee...
Jom la kita sama-sama boikot. Walaupun aku tau kempen ni penah dibuat hujung tahun 2008 dan awal tahun 2009 lepas, tapi senyaaap je pastu kan. (Bese la, kekadang lupa daratan kan). Al maklumlah, banyak jugak barangan yang digunakan kita ni suma nya termasuk dalam kategori barangan boikot tu.. Heeee...Jom kita skali lagi dengan semangatnye boikot habis-habisan. ngeeeee..Cuba la minimakan penggunaan ni. Lama-lama pasti boleh..Dah kalau boleh biarlah berterusan..
Credit tu OhMalaysia.com
PS: Sabtu ni aku cootiii...Nak g mana kene plan dulu..