Salam Isnin ols..Waaa. Dua hari ek tak jumpa. Tak blogwalking. Trafik jadi ciput. Tapi takpe la.. Nanti leh up balik..Heeee..
Dalam dua hari tak online ni, macam macam benda aku buat. Dan yang aku tak berapa nak buat ialah tidur. Hahahaha..Tidur pun kejap je. Ni ngantuk lagi ni. Kalau tak kenangkan ada keje, tak da aku nak datang keje hari ni. Ngeeeheheheheheh..
Ok la..Meleret-leret plak mukaddimmah nye ni. Actually nak story pasal kenduri semalam tu. Alhamdulillah suma jalan dengan lancar walaupun
ramai jemputan makcik aku tak dapat datang. Bese la cuti cuti sekolah ni kan. Masing-masing banyak jemputan kenduri kawin dan segala macam jenis kenduri lagi..Preparation beli barang-barang dah start hari Jumaat malam. Aku ngan makcik aku g beli barang barang kering suma. Hari Sabtunya pulak beli barang basah cam ayam buah-buahan dan sayur nak buat acar.
Menu: Kari kambing, ayam masak merah dan acar mentah dan popodom (betul ke ejaan ni..belasah aje). Ada la side dishes bubur pulut itam. Suma tu bukan aku yang masak. Hahahaa...
Hari Sabtu tu pepagi aku dah bangun sebab nak g anta kete g servis kat Nilai. Aku tinggalkan je keta sana. 2 jam jugak baru siap. Lepas anta kete aku balik ngan akak aku. Balik umah sediakan mana yang patut. Potong ayam, kupas bawang dan macam macam lagi. Dan suma tu bukan jugak aku yang buat. Kenduri kali ni aku lagi banyak buat keje penyediaan fasa pertama, contohnya beli barang. Selain dari tu aku tak buat sebab aku dok jaga baby.
Cakap pasal baby, Sabtu pagi dia start demam. Alaaahai. Mula-mula tak panas sangat, tak lama pastu terus panas badan dia sampai naik risau. Tidoo je la keje dia. Puas jugak menuam badan dia ngan kain basah. Tetiba je dia demam. Padahal 2 hari sebelum tu punya la aktif. Siap goyang2 badan lagi kalau dengan muzik.
Petang tu makcik aku mintak tolong aku ngan kakak aku g ambik ubat baby kat umah dia kat KL. Aku no hal je. Sebab dah alang-alang aku nak g ambik keta kat Nilai nanti. Dekat je. Aku fikir maybe baby demam sebab tak makan ubat. Yela. Dia kan sakit. Ubat tu memang tak bleh tinggal pun. Dahtu pulak makcik aku tak bawak ubat baby tu. Sabar jela. Alhamdulillah baby dah ok sket lepas tu.. Tapi still tidur je la keje dia. Tidur2 ayam gitu. Orang bercakap dekat dia mata bulat balik. Adeeh.!
Pagi Ahad baby still demam sikit. Lepas mandikan dia, baby tidur balik. Kol 11 orang dah mula marhaban/berzanji. Sempat bagi baby makan dan terus bawak keluar nak cukur rambut. Baby pulak macam tau tau je nak buat sambutan untuk dia. Masa ayah dia bawak dia cukur rambut tu, sengeeeeh je memanjang macam orang sihat. Siap bleh goyang badan lagi dengar orang bermarhaban. Punya la sengiiih dan tak takut orang pulak. Habis la kene dokong ngan abang abang kakak kakak sepupu. Masing masing lepas gian pegang baby. Kiranya mood tengah baik la tu. Hahaha..Baby baby. Sampai makcik aku pun terkejut la tengok dia camtu.
Ni budak yang bersunat.
Yang si abang baby yang berkhatan tu sibuk layan PS2 dia. Yerla. Nak main lari lari dah tak boleh. Kang bentan pulak. Main game je la. Dari celik mata sampai la tutup mata, game mamanjang. Heeeheh..Budak-budak kan..
Lepas je majlis tu habis dan settle je kemas2 suma, aku ngan akak aku terjah ke Seremban. Tujuan utamanya nak g jenguk abang sepupu aku a.k.a adik akak aku tu yang baru pindah hospital KPJ Seremban ni. Dia eksiden Khamis lepas kat Johor. Patah kaki kiri. Masuk besi. Alhamdulillah la sekarang dah ok. Cuma kene dok sepital lagi la untuk pemantauan dan fisioterapi.
Pengakhiran malam ahad aku ialah aku tidur kol 10.30. Cecah je kepala kat bantal terus jalaaaan..Hahaha..Pagi tadi alarm kali ke tiga baru aku sedar. Hahaha..Nasiib jugak.
PS: Aku tak berapa nak makan kari kambing.
Tapi kari kambing kali ni aku makan sebab tak bau hanyir.
PS: Kete aku dah servis. Good condition. Cuma tak puas hati sebab diorang tak major service kete aku. Cett!! Padahal dah kasitau awal2..