Salam jumpa lagi geng. Kali ni nak stori mori pasal World Cup pulak.. To be truth, aku tak berapa nak minat bola ni. Dan percaya tak kalau aku cakap aku tak tau pun berapa game dah main skang..Sape yang kalah sape yang berjaya ke eringkat seterusnya...Ngeehehehe
Dan percaya tak kalau aku cakap not even one match Im able to watch yet? Sila percaya sebab memang aku tak berkesempatan langsung nak menengok mana mana match yang LIVE ataupun siaran ulangan. Semenjak WC mula 11 June lepas, aku dah start tak tengok TV sebab TV kat umah dah kena conquer oleh sepupu sepupu ku main PS2. Adeeh..Sampai nak tengok citer feveret aku pun tak sempat. Hmm..
Lepas tu pulak sibuk dah ngan kenduri Baby terus la tak berpeluang. Dan aku berjaya
dapat balik TV aku secara total ialah malam tadi..Hahahahaha...Aku bola bola ni tak berapa nak minat or fanatik la..Kalo sekadar tengok saja tu buleh la.. Skang ni aku pun tak tau nak sokong team mana sebab dah tak ambik tau sangat. HahahahaKalau WC 2002 tu memang aku follow n aku sokong England. Hahahaha..Sebab time tu ada Beckham.. Ingat lagi masa tu aku form 3 dan stay asrama. Mana dapat nak tengok kan. TV pun takda. Tapi aku ingat lagi kat dewan makan ada pasang screen besar dan kebetulan dulu match time petang waktu mesia sempat gak la kitorang ni menepek kat tepi pintu dewan tu lepas makan petang. Bleh kata hampir hari hari gak la wat perangai camtu. Time tu pulak ada geng sama kepala kan. Lagi la.. Asal balik weekend je mesti jadi taiko remote TV la kan. Aku je yang pegang remote nak tengok match yang aku suka..Hahaha..Kelakar je bila inagt balik..
Tapi tu je la stakat minat aku time WC..And WC 2006 yang lepas aku tak ikut pun sebab time tu aku masih study dan malas nak follow sebab terpaksa share TV kat hostel. Dah nama Tv kongsi-kongsi takkan la aku nak ikut kepala aku plak tengok channel aku kan. So sebab tu mematahkan minat nak layan WC..
Tahun ni plak macam tu jugak la nampak gayanya..Aku follow bila ada team best je la kot..Itupun KALAU... Dah namanya tak fanatik kan..Ngehehehe..
PS: Tahun ni sokong Brazil..Ngeheehehehe..Jangan tanya kenapa..