Tuesday, March 01, 2011

1st March 2011

Salam ols. Pe cer hari ni? Harap sihat la hendaknya ya. Aku lak tetiba rasa cam tak sihat badan pulak. Adakah kerana kekurangan tidur? Haaaa.. Agaknya la kot. Mana taknya. Malam Isnin lepas aku tido kol 1 pagi, dah bangun kol 5 pagi. And malam tadi tido lak kol 3 pagi, bangun kol 7 pagi. Terbabas sket. Nasib la 'coti'.

Tapi memang sehari dua ni badan rasa lain macam la. Tak penah lak rasa camni. Kalau setakat kurang tidur tu penah la, tapi tak penah rasa camni. Perut rasa lain macam. Macam ada angin berpusar lam perut. Makan lak cam tak kenyang. Hohoho.. Apakah?




Woiitt! Ni bukan kes makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena tu taw. Tak hockeey! Jangan buat spekulasi pelik pelik naa. Tapi  memang la. Semalam masa lunch tu memang tak rasa la nak makan sangat, but pegi jugak la makan. Like always, half portion of rice, ikan and sayur. Masa makan tu cam biasa je la, tapi lepas makan tu tetiba lak rasa sebu giler perut. Macam aku melantak tak hengat punya. Padahal tak pun kan. Dalam perut tu rasa berpusar pusar jek. Huish, diarrhea pun tak rasa camtu la. 



Adakah mungkin disebabkan ini. Seaweed Cordial yang aku minum tu? Takkan la cepat sangat effect nya tu plak. Baru je terai minum 2 hari. Memang la budak yang jual tu ada kata dia akan cuci perut. Tapi takkan la sampai camni. Cuci sampai berbunyi berangin perut aku kan. Tapi tak tau la pulak kalo camtu effect dia mula mula kan. Proses penyesuaian kata orang. Kehkehkeh. (Memandai aku jek)

Agaknya bila ditambah plak ngan kurang tidur, lagi la effect nya camtu. Agak aku je la kot. Salah aku jugak apesal degil sangat suka tido lewat 2 malam berturut. Tapi nak buat macam mana, dah kegilaan aku datang kan. Semata mata kegilaan tu la aku lewat tido. Leka melayan kegilaan. Nanti la pulak aku cerita lagi detail kegilaan apa pulak lagi kan. (Jangan fikir aku dah gila yer, belom lagi. Waras lagi ni. Lagipun muda lagi ni, n single lagi nak jadi gila. Rugii..kehkehkeh)

Ok, dari korang layan aku bebel bebel merapu ni, baik korang layan khasiat seaweed ni. 
  1. Mengurangkan serangan kanser
  2. Menurunkan tekanan darah dan melancarkan perjalanan darah
  3. Menormalkan kadar kolestrol
  4. Agen Detox
  5. Mengurangkan berat badan secara natural 
  6. Mengurangkan risiko cancer
  7. Memberi tenaga
  8. Membuang/ mengurankan selulit - pompuan suka ni..hehehehe

Ni aku ringkaskan aje. Aku ambik point mana yang best je. Maleh nak tulih panjang panjang. Hehehehe. Kalau nak tau lebih detail, sila ke OceanVegetables.com. Kat situ suma ada khasiat dia lagi. Tapi pendek kata memang all in one la kalau amalkan pengambilan seaweed ni. Sebab tu orang Jepun suma lawa lawa and sihat sihat. Sebab depa amalkan makan mende alah ni. Setiap ciptaan Tuhan tu ada kelebihannya kan. Termasuk la seaweed ni. Terus terang aku baru sedar mende tu. Heheh. Nampak sangat ketinggalan la aku ni. Huh

Ok la ols. Tak sabar nak tunggu kol 5.30 ni. Nak balik. Otak pun dah tak bleh nak concentrate lagi dah ni. Lethargic. Hehehehe. Tapi kan korang, yang peliknya macam melambak plak idea aku nak menulis. Huissh, tak bleh jadi. Kene jot down dulu ni. Kang lupa seksa nak tunggu idea mai.

Ok ols. Ciao la dulu. Nanti aku sambung cerita lagi. Tunggu je update aku lepas ni. hehehehe



PS: Pheeww, nasib jugak la mood keja tak la kelaut sangat cam semalam. Hohohohoho
Pss: Memang aku ni dasar tak reti nak menulis pendek2 kan. Dah macam cerpen je kekadang aku nye entry ni . Panjang giler.. Mesti seksa gak korang baca ayat aku ni. Kesian korang. 


Catatan Ringkas

---