Saturday, February 27, 2010

Oh Tag Lagi...

In this tag you have to talk everything about anyone that you like, which is:
Irdina..Baby Irdina

1. apakah hubungan anda dengan dia?
Sepupu..Tapi aku rsa mcm makcik kat dia..Sebab dia baby..Hahaha

2. 5 impression terhadap dia?

- Budak baik
- Budak kuat
- Muka cam laki
- Comel
- Muka putih gebu

3. perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?
*Hahahaha..Dia gelak bila kene acah...

4. perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?
* Irdina takboleh berkata-kata lagi...

5. kalau dia kekasih awak?
* Mana mungkin...

6. kalau dia jadi musuh awak?
* Kene babab la nanti dia..Heeee

7. kalau dia kekasih awak, awak akan??
* Sayang dia sangat2..

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
* Dia nakal kot.Tapi harap tak la..

9. overall impression tentang dia?
* Sungguh comel dan bijak..

10. the most desirable thing to do to her/him
* Nak cubit2 manja, peluk kuat2, gurau2 ngan dia..

11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
* Kalo sekadar tengok tapi tak kenal, org akan kata aku sombong.
* Ada org kata aku comel..Errkss???? Tidaaak kot.

12.apakah sebenarnya perangai anda?
* Kasar a.k.a brutal..Hahaha..*tak cayer sudeeeh*
* Tapi baik hati tau..
* Tegas, 

13. perangai anda yang anda benci?
* mulut laser..Hahahahaha

14. orang yang anda ingin bersama
* friends
* family
* kekasih hati merangkap kawan merangkap keluarga..Buleh tak?? hehehe

15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda
* Jangan dah besar nanti sombong lak ngan ayong..

16. tag 4 orang
* KF
* Black
* Yuse
* Kak Yus

17. no 2 ada hubungan dengan siapa?
* Tak tau la...Dia tak penah cer lak..

18. no 3 lelaki atau perempuan?
* Lelaki

19. no 1 single kah?
* Ntah la..Misteeeeerii...

20. no 4 belajar apa?
* Belajar researh..

PS: Sesape yang lain rasa bermurah hati nak jawab pun buleh..no harm ..Heee

Sekolah Oh Sekolah

Salam geng..Ape khabar hari Sabtu ni? Syok la korang minggu ni cuti panjang ek..Aku je la yang keje memanjang..Walaubagaimanapun, selamat berhujung minggu..

Sebenarnya, entry kali ni adalah tag daripada Cik Nina' kite ni..Dia suh ceritakan pasal sekolah-sekolah anda dahulu..And Im eksaited la nak buat tag ni..Mana taknyer, pepagi cek blog dah ada tag menanti..Okay, teruskan pembacaan anda..Heeee


Sekolah 1
Taski Abim
Sejak berumur 5 tahun my parents dah hantar pergi sekolah.Dan sekolah pertama aku ialah Taski Abim..Memang best time ni..Aku jadi kesayangan cikgu..Mana tak best nyer kan...Hahahahah.Time ni my father kerja kat Felda Bukit Rokan, Gemenceh.

Friday, February 26, 2010

Hari Ini, Ini Hari

Salam Maulidur Rasul geng..Selamat bercuti jugak la aku ucapkan pada yang bercuti tu..Dan pada yang bekerja bila orang laincuti (macam aku ni la), buat la kerja anda..(Hohoho...Update belog ni kira kerja gak kan..hekhekhek)

Thursday, February 25, 2010

Interview

Salam geng..Apa khabar hari ni??Khamis is Thursday..Hehhee..Anda hairan aku tak berblogwalking pepagi hari ini??? HAhahahahaha

FYI, aku cuti hari ni..Sebab ada dapat call untuk interview..Kat Putrajaya..Kol 2.30pm..Ingatkan nak Ambik half day jerk. Tapi bila fikir-fikir lagi baik ambik satu hari terus..Pertamanya, aku memang tak tau lokasi office tu..Dan kedua, aku taknak la nanti aku rushing22 ke kan..Heee..

Ni nak story sikit ni..Aku gerak dari rumah kol 11.30 am..SO, aku bajet-bajet boleh la nak usha-usha lokasi office tu..Memang plan ambik highway ikut Bangi..Aku sampai Bangi dalam kol 12.00..Keluar tol higway aku terus ambik pukul 9..Dah betul dah jln aku ambik tu..

Tapi nak dijadikan cerita, aku tersesat dan jadi konpius dengan jalan tersebut. Padahal boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu aku jalan sana. Boleh pulak aku tersalah jalan sampaikan aku buat U-turn balik dan hambik pukul 12 dari simpang tol. Dah sah-sah salah jalan tu..


Konpius punya pasal, sampai aku keluar masuk dua kali tempat yang sama..Hahaha..I have no choice but to call my sis..Then, dah tau jalan aku kene la patah balik..Hohoh..Rupa-rupanya memang betul la jalan mula-mula aku hambik tu..Cumanya, mula-mula tu aku terlebih jalan..Hahahaha..

Ni suma kes terlalalu fikirkan pasal interview tu la..

In the end, dapat carik tempat tu, dan aku lepak dulu kat Petronas sebelah bangunan tu sementara tunggu masa..Heheheh...

Penguhujungnya, interview berjalan dengan lancar..Im the first contestant and the interview ran for half an hour..It went well..Ok-ok je..Lagipun tak berapa formal dan protokol sangat..Nerves waktu mula interview tu hilang bila pihak yang menginterview tu pun relex je..Hohohoho


Sudah je interview tu, aku singgah jap Alamanda untuk menapau Big Apple dan beli sesuatu di K4..Dan kemudian, im heading home..Insyaallah ada rezeki boleh dapat kot kerja tu..


PS: Esok keje lagi..Syok la korang cuti ek..Huhuhu



 


Wednesday, February 24, 2010

Buat Pertama Kalinya

Yay..Buat pertama kalinya aku nak join kontes...Ni aku terbaca kat Blog KakYus...Dan kak yus ni pulak dapat info dari Tuan Pengelola kontest ni...Tak susah mana la aku ras kontest ni..Men teka2 jek..


Nak tau syarat2 pernyertaaan?? Sila lah terjah ke blog Tuan Pengelola contest ni..

Dan aku pertaruhkan jawapan ini....G & F...Hohoho...Salah ke betol ke bukan itu persoalannya..
Soalnya di sini nak menyokong kontes ini dan insyaallah, aku akan sertai kontes lain jugak..Hohoho..

All the best to me and to enibodi yang join kontest..

Ps; (n_n)\/

Blogspot VS Blogpsot !!

Salam Geng..Ape khabar hari ni? Ada sihat? Ok, ni aku nak bagitau korang sket pasal  satu kes berlaku pada blog aku..Macam biasa la pepagi lepas routine check up, aku akan cek jejak kat S/mix aku..Pastu sedang telek satu2 ada plak satu jejak ni kata camni..

*Click to enlarge*
(from fiezah91::....apahal td klik link blog ni (link blog aku la) kuar bible study??)

Aku pun pelik..Sebab ni bukan kali pertama geng aku cakap perkara yang sama..So, aku pun g la terjah balik blog cik fiezah ni, n cek balik aku punya link blog..Rupa2nya blogspot bertukar kepada blogpsot...Mungkin typo aku la..

So, dengan tidak puas hati aku cuba la copy balik link tu and bukak in new tab..and hasilnya jadilah...

*Click to enlarge*

Tekejut gak aku..Link aku dengan salah type blogspot pon leh kuar mende alah tu..Aku tak puas hati jugak..Aku terai guna link blog kak yus ni dengan tukar blogspot ke blogpsot...Dan perkara sama jugak yang terjadi..

*Click to enlarge*

Aku terai lagi dengan satu blog iaitu Yusenze Bro ni..Aku buat jugak perkara yang sama..Dan hasilnya masih sama..

*Click to enlarge*

Aku kira cukup la bukti tu kot..Kalo korang nak cuba ngan link blog korang pun boleh gak..Nak tau kesahihan..Mula2 aku ingat add blog aku ni tersama ngan link diorg ke kan..Mana la tau..Dah berkira2 nak tukar link add dah...Tapi, lepas aku buat test try uji tadi, ternyata kesilapan susun atur huruf je dah boleh link kan kita pada site tu..

Tak tau la samada korang tau tak pasal perkara ni or aku yang ketinggalan kan..Just nak share ngan korang..Seeloknya, berhati2 la bila nak type address blog korang tu..

PS: Leave your opinion if u want to..Tq..
Must get back to work..

PS2: Yay..Ada trima call for an interview at Putrajaya ..Still shaky lagi ni..Hahaha

Tuesday, February 23, 2010

Weekend Yang So~ so~

Salam geng..pe cer hari ni..Sepatutnya semalam aku post entry ni.Tapi sebab masa suntuk tak sempat plak..Pe cer ngan weekend korang?? Ada sesape ke g terjah Karnival Wow kat Putrajaya minggu lepas? Aku lewat tau, tak sempat nak terjah...Nak tau pasal karnival ni, terjah sini..
Macam rugi sangat plak aku termiss karnival ni..Banyak aktiviti best..Peergghh..Rugi la...



Well, macam biasa la kan aku mesti nak story pasal hujung aktiviti hujung minggu aku..Ni la masanya..Minggu lepas tak berapa mengenjoykan..Jalan hari Sabtu je..So, this is it..

What A Day!

Salam tengahari geng..Pe cer hari ni..?
Wow, baca tajuk cam bagus je...Tapi takde la seberapa.
Cuma nak bagitau korang, aku tak sempat nak menerjah semula belog2 korang tu..

Sebab nye dari pagi keluar g site..Ni baru balik..
Ntah mimpi ape plak bos aku tu halau aku pegi site..
Arahan plus keje, so just take it je la..
Panas weyyh kat luar tu..Bahang kaw2 nye..

Ape2 pun skarang dah ada kat ofis, aku ingat nak take nap kejap la..
Lepas tu kang ada la kot aku menerjah balik..Hehehe

Ok, sebelom aku merapu lebih22, aku nak ciao lu jap...
C u soon..Hohoho


PS; Ada ke yg menanti entry pasal hujung minggu aku?? 
*Ceh, peraan femes lak aku..apedekes la..*
FYI, dah draft tp tak sempat nak ngedit dan post lg..So, just wait n c..

Ps2: Wokay, korang g la makan ke, solat ke, tidur ke...
Pastu sambung keje taw..Hehehe *Ingatan untuk diri sendiri gak ni*

Monday, February 22, 2010

Tag Dari Pink

Whooooaaaa...Di tag lagi..Kali ni oleh Cik Pink...Thanks cik..:)
Ni dah kalo ke-4 keseluruhannya di tag..
Eksaited gak nk jawab..S, copy je dr blog Pink ni..Hehehe...


Dan soalan2 nya ialah::: Jengjengjeng....


1 - adakah anda rasa HOT???
Hot???? hot tempered kot..Hahahahahaha....Takde la..I ni bese2 jek...Takde maknenyer hot.Tapi mmg tgh 'hot' gak ni..pasal keje okay..Heeeee....


2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekrang!
 Naaahh..
*Atas sebab tak boleh dielakkan, aku kene edit sket desktop aku ni..Hahaha...*


3 - cerita pasal gambar
Hohoho..Sebabkan nak baby Irdina selalu depan mata, terhasil lah wallpaper diatas..Yg aku dah blur22 kn tu takleh di display di sini okay..heheheh


4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?
Minggu lepas.. colleague belanja...I chose Lunch Express set for Super Supreme Pan Pizza..


5 - lagu terakhir anda dengar
Tiada lagi - Amy search..*baru je kejap tadi..*


6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
Tengah keje..Tapi ambik masa gak nak buat tag ni..Hehehehe


7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape
Rerame, Along n Nurul


8 - tag lg 8 org

Phoenix90
→ Black
→ ~yus~
→ Green Kuz
→ Uruchimaru @ kf
→ Ice Lemon Tea
→ ariedRifke
→ Mr. Superman

*nak link g la kat my bloglist ek..Hehehehe*

9 - siapakah org no.1 kpd anda
Phoneix90 - Heeee...kekanda di YS..Hahahaha..*Alo kekanda ku...*


10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
Uruchimaru @ kf - Jejaka misteri.....


11 - no.3 ade hubungan dgn sape?
~yus~ - ni susah sket nak kata...Dia dan dia sahaja yang mengetahui...Heheheheh

12 - bagaimana pula dgn no.4
Green Kuz - Engaged...Hehehhe

13 - pesanan kepada org no.6
Ice Lemon Tea - Jaga Yuna bebaik tau...

14 - kata2 cinta utk org no.2
Black - Aiyak..Bro, walauapepun terjadi, hidup mesti diteruskan..Bunga bukan seekor, kumbang tak sekuntum kan..Roccck Yeaaahhhh!!!! Hahahahah

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan
aried & Mr. Superman - Dua2 geng blogger punya geng..Hehehehe

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
Suka warna pink (berdasarkan pemerhatian dekat blog) * Tiru ayat Pink, sbb Pink mmg suka pink..*
→ Tegas and outspoken
→ Sayang Nasyran..*ada sifat keibuan la tu..hekhekhek..*
→ Satu geng kat YS n warung
→ tingtong jugak cam aku..*takle celen tingtong aku kot.*hehehe


17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU
4 kaki..Daging yang sedap..(walopon aku tak mkn kambing..hehehehe)


18 - prasaan anda wat tag ni
Sila rujuk ayat opening di atas...Heeee


19 - adakah anda tau si razman itu sengal
Razman mana???sorry..tak kenal plak..hehehehehe..


20 - GAY or LESS
Hmm..no komen la kot..... 



Yaaaay..Walaupun take time jugak la nak selesaikan tag ni, tapi selesai jugak akhirnya..hehehehe...
Paham tak apa aku cakap tu?? Hehehe..Lu pikir la sendiri..


PS: Sesape lagi nak jawab tag ni amatlah dialu2kan..Heheheh

Monday Morning...

Salam pagi Isnin geng..
Pe cer weekend korang??
Ok ke..KO ke..Sedang2 saje ke..Hehehe..
Walau apa pun jadi ngan weekend korang, hidup mesti diteruskan..
Aja aja fighting..Heeee...*terkorea pulak*


Well, tu je nak cakap kat korang buat masa ni..
Teruskan hari anda dengan senyuman...
Have a great and nice day ahead...

Peace y'll (n_n)\/

Saturday, February 20, 2010

100 Followers

Salam hari Sabtu geng..Pe cerita nak dibuat hujung minggu ni? 
Ada lagi ke mood raya cina dan mood malas2 ni?
Hee..Pape pun enjoy your weekend la ye..

Ok, berbalik pada tajuk di atas, nak menyatakan la kat sini bahwa dengan ini follower aku dah cecah 100 orang pagi ini..
Tahniah pada Ida..Sebab dia yang mencukupkan follower aku kepada angak 100..
WEeee...


Hehehe..Bukti evidence...


PS: Itu je aku nak story ngan korang..Hehehe...
*Poyo ke aku??? Tapi..ada aku kesah..Hahahha*

Thursday, February 18, 2010

Lunch Hari Ini

Salam geng..Taknak la panjang2 citer kat entry kali ni..Tengok je la gambau2 ni..Hehehehe..Ini lunch untuk hari ni..Silakan....


Hawaiian Chicken



Vegetarian Pizza

Super Supreme..My choice..

Saje ambik set Lunch Express..Tapau n eat in the office je..Malas nak kuar..Ada orang nak banje, apelagi..Rezeki jangan ditolak..Betol tak kawan2??? Hehehehe



Ps: Alhamdulillah..Kenyang makan pizza..Semalam kempunan sebab packed..

Ps2: Malam tadi layan James Bond kat TV2..Pergghh..Hensem giler la Pierce Brosnan tu kn..Hehehehe..Tergude jap..

Wednesday, February 17, 2010

16.02.10 @ Putrajaya


Salam geng..Seperti yang telah dijanjikan sebelum ni, entry kali ni aku nak story la pasal hari terakhir aku bercuti..Semalam merupakan hari terakhir aku cuti, so aku kira nak manfaatkan la walaupun takde la menfaat mana pun aktiviti aku..Hahahaha...Coti22 korang amcam plak?? Ada best ka? Hehehe..Walauapapun (betol ke ni), harap coti korang pun layaaan gak la..

Ok, berbalik kepada tujuan entry ni last cuti aku manfaatkan dengan menonton wayang dan berjalan2..Aku g sini...------>

semata2 nak tengok wayang..Hahaha..Dan aku pilih filem ni untuk ditonton..

Tuesday, February 16, 2010

Pendek

Salam geng..Pendek je entry kali ni ek..Letih teramat..Kalo ikutkan memang banyak gak nak story..Tapi sebab mata dan kepala ni dah berat sangat nak dihangkat, makanya esok lusa la aku story yer..Hoho..

Esok dah star keje, so days will be back like normal..


PS: Gudnite ols..

Ps2: Next entry probably '16th February at Putrajaya'..Insyaallah..

Monday, February 15, 2010

CNY Vs Valentine

Salam geng..Well, baru hari ni ada masa nak update belog ni..Bukan takde masa, tapi bila baby Irdina ada sebelah perkara lain ditinggalkan..Hoohoh..Sorry yer..Ok, berbalik kepada tajuk di atas..Semalam merupakan hari tahun baru cina pertama dan juga Valentine..Sambutan aku?? Valentine?? Sorry, aku tak sambut Valentine..Heheh..Yang aku sambut semalam ialah..........

Saturday, February 13, 2010

Shopping Chinese New Year

Salam geng...Weeewiit...Ketemu lagi kita di alam maya ini di malam hari Sabtu ini..Ngehehehe...Aku tak tau nak buat pe ni so aku kira nak hapdet la aku nye belog kesayangan aku ni..Well, pe yang korang buat hari ni ek?? Aku?? Kalo tanya aku, korang dah tau jawapannye kot..*Sila rujuk Tajuk di atas..Hehehehe*

Ok, let me story you from the minute I woke up this morning..Heheheh *Bajet femes je aku ek*..Aku bangun je pagi, macam bese rutin bagi atok aku makan..Pastu aku mengonlinekan diri kejap sebelum g arahkan satu mesen tu basuh baju aku..Hohoho...Sementara tunggu benda tu basuhkan baju2 aku, aku melepak la membelog dan me'ym'..Tak lama pastu time untuk uruskan atok aku plak..And kebetulan mesin tu dah stop, so g la jemur kain plak..Cukup 3 jam, aku bagi lagi atok aku makan..Dan aku pun men'shower'kan diri..Agak2 sejam lebih selepas itu (bukan masa aku get ready ok..ni termasuk time makan..hohoho), aku gerak ..Hehehe..

Percutian Impian


Salam geng..Mood cuti melanda sedang melanda...Aku pun dah mula bercuti..Heheh..Hari ni hari pertama aku bercuti..So, setelah penat kerja, hari ni nak relex lu kat rumah..Bayar balik segala rehat yang tak cukup tu..Mengemas mana yang patut..Agak2 petang sikit kot baru aku keluar..

Ok berbalik kepada tajuk aku iaitu ' Percutian Impian', pernah tak korang terbayang atau ter'dream' *kata orang putih celup* apa agaknya percutian impian korang?? Kat mana korang nak pergi? Dengan siapa? Hohohoh...Tak kira la macam mana pun impian percutian korang, yang paling penting antara terpenting ialah PERANCANGAN...

Thursday, February 11, 2010

Mood Bercuti Sedang Melanda

Salam geng..Ape cerita di hari Khamis ni?? Hoho..baru le ada idea nak menulis..Yerla, dah nak cuti ni mood pon berubah la..So, tetiba terlintas plak rasa nak menulis ni..Jap22..Menulis ke menaip?? hehehe..Sendiri punya pilihan la..Lagipun, tak tau la bila kita leh berjumpa lagi di alam maya blog ni..

Ok, sebetulnya hari ni consider hari last aku keje la..Sebab esok memang datang gak keje, cuma misi aje berlainan. Buat julung2 kalinya akan diadakan mesyuarat pihak pengurusan bersama staff..Esok..Hoh, sungguh ajaib aku rasa..Sebab dah dekat setahun aku keje sini, ini la kali pertama meeting antara staff diadakan..Huh..Dan esok diisytiharkan kerja separuh hari oleh company. Walauwey..Sungguh jarang-jarang sekali la..Eksaited gak ni..Hehehehe 

Tuesday, February 09, 2010

Unstable....

Salam geng..Sekarang ni emosi memang tengah upside down,..Bukan disebabkan oleh kitaran bulanan OK...Maka, idea pun tak berapa nak mantap untuk menulis..Tapi sebab tangan ni gatal je nak menaip, terhasil lah entry ni..

Semalam, Isnin bersamaan 8 Februari 2010 merupakan hari yang cukup 'hot' dan 'berasap' la bagi aku..Dari office sampai ke rumah..Ada je hal..Yang paling triggers hal kat rumah la..Buat aku bengang sampai aku ambik keputusan nak keluar dr rumah tu.

Monday, February 08, 2010

Bersimpang Siur

Salam Isnin geng..Apa cerita hujung minggu korang?? Ni aku nak story kan la kes hujung minggu aku..Aku takdo idea nak tulis mende lain, so ini je buat masa ni..Hehehehe..

Minggu lepas, aku g KL..Nak dijadikan cerita, habis je keje tengahari Sabtu tu aku trus g jemput kakak aku kat nilai n terus la naik KL..Sampai KL awal pulak.. Perancangan memang nak tumpang bermalam kat rumah makcik kat Sungai Besi, tapi takkan nak g tangan kosong kn..

So, kitorang bercadang nak menyinggah kat Giant Spark Desa Petaling tu. Giant tu baru bukak..Hehehe..Dah namanya jarang2 turun KL, call la pakcik aku tu tanya mana arahnyer jalan nak g sana..Dah tau jalan, kitorang terjah la..Nak pegi tu takde hal..Lepas je Sungai Besi tol tu, pakcik kata kene ambik exit Kuchai Lama..So, ikot je la mcm dia kata..Dan berita baiknya, selamat sampai..Alhamdulillah..Heheheh

Tapiiiii.....Bila nak keluar dari Giant tu (lepas ambik direction dari pakcik) ambik balik hiway tu arah Seremban but kene ambik exit arah cheras - sg besi plak..Ok, tapi bila sampai hujung exit tu (ada dua simpang) aku ambik jalan ke Cheras instead of ke Sungai Besi..Hahahaha...Begasak la aku ngan akak aku gelak lam keta..Sebab dah salah ambik simpang..

Dah jadi camtu, kitaorang trus la jalan je sampai la jumpa satu U turn seblom smpai Bandar Tun Razak tu..Kehkehkeh..Dah berjaya U turn tu plak, salah lagi ambik lane..Hahahaha..Terlepas lagi simpang..Dan simpang tu membawa kitaorang ke jalan mengarah ke Kompleks Bukit Jalil...Haaha..Apelagi, kitaorang bantai la gelak lagi...

Dah gelak22, akak aku baru kata dia penah lalu situ..So dia suh aku bt U turn n lalu depan K4..Hehehehe...Setakat itu, kitorang gerak kat lane kiri je sambil baca signboard..And bila dah nampak akak ku kata trus je..Tapi aku dengan konpidennyer ambik exit arah ke KL..Hahahah...Dan yang paling best kitaorang keluar balik kat Shell lepas toll Sg. Besi tu...Hahahahaha...Dah jumpa jalan tu dengan senang hati la kitaorang tejah ke rumah makcik aku..

Kitaorang sepakat taknak crita kat makcik aku tu..Sebab kalo cerita sah2 kitaorang kene kutuk kaw22 nyer...Hahahahaha..Sampai je kitaorang kat U turn terakhir ke rumah makcik tu, pakcik aku telipon tanya kitaorang kt mn..Nasib gak dah dekat sampai so ktorang kata la dah ada kt bawah....Hahahahah..Sebab dah dekat stengah jam jugak kitorang pusing2. Padahal jauh Desa Petaling tu ngan umah makcik aku dalam 10 minit je..Hahahahahaha...

Dan dan je sampai simpang nak msuk flat tu aku tgk pakcik aku dah tunggu kat sana..Apelagi, gelak aje la kitaorang..Hahaha..Nasib tak kantoi..Kuikuikuik.....

Ahadnye pulak, naik ke Rawang..Ok je setakat naik tu..Dah turun tu aku lak g memandai ambik exit sampai masuk Shah Alam..Ni gara2 nak g Putrajay la..Nampak signboard besau tulih Putrajaya aku terjah gak..Hahahah..Sampai memang sampai takde sesat barat, tapi makan masa sampai aku ngan akak aku lenguh 2 duduk dlm keta..Hahahaha...

Sebab tu la aku bgi tajuk entry aku bersimpang siur..Sebab otak aku turut bersimpang siur gak oleh jln22 ni..Tapi satu jak, aku tak tkut la nak sesat kat KL ni..Hahaha..Tengok je signboard kompem sampai kn...Bukan kali pertama jugak aku perabeh minyak keta kat Kl ni..Hahaha..Sebab sebelum ni lagi dahsyat..Nak carik IJN tapi satu KL tu sgala ceruk aku terjah..Time tu pun aku ngan kakak aku jugak..Hahahahah...

Tapi aku suka hal2 cenggini..Sekurang2nya aku dah semakin tau la jalan2 kat KL tu..Walaupun aku jarang2 g sana kan..Hehehehe..Learn from mistakes what..but, kali ni mistake dia bleh blaja benda baru..Hehehehe


PS: Sesape yang jenis hot tempered dan takleh tahan sabar mmng tak leh la nak masuk jalan sesat22 ni..Hahah..Walaupun aku ni agak kurang sabar jugak, tapi part2 sesat22 ni aku tak heran dah la..Bukan ckp besar, tp hakikat..Hehehehehe..

PS2: Ada lagi gambor baby latest..Tak sempat lak upload lagi...hehehe..Next entry la kot..

Saturday, February 06, 2010

Happy Birthday

Salam Sabtu geng...Waaaa, hari ni 6 Februari ialah hari lahir kawan aku ler..Cane leh luper..Nasib la alarm bunyi tadi kol 9..Hohoho..Bese tengah22 malam dah wish..Sorry la bro..Mek lupak la..

Ok, nama dia Fadzli but aku panggil dia ngan nama Pet..Budak Kuching.. Ni la bestfren aku dari form 4 sampai la skarang..Paling sempoi la...Memang sekepala habis..Hakhakhak

Ok, to Pet, mun tak da baca entry tok, Happy Besday yg ke 23 la..Moga tak panjang umo, murah rezki, cepat jodoh,..Mun nikah ya boh lupak jemput kamek keyh..Hahahaha...Mok hadiah ka??? Aaaaa, lak2 la keyh..Lak tak dtg bulan 3 lak mek banja keyh..Hohoho


Tok kek sementara k kitak..Heheheh

Ok, serba sedikit pasal kawan aku ni la..Aku kenal dia sebab satu klas time kt Teknik dulu..Mula2 asek gaduh22 je, lama2 leh lak ngam..Bese la, aku ni kn brutal sket..Hahaha...Dari kawan bese trus jadi besfren..Takde citer dia yg aku tak tau, dan takde citer pasal aku yg dia tak tau..Ape2 maslh ktorg share sesame..Hoho..Memang best la..

And nak dipendekkan cerita, lepas SPM dia dpt masuk Maktab di Miri dan aku dapat Poli di Kota Kinabalu....Jarak memisahkan, tapi kitaorang masih contact2 jugak...Dan sampai la sekarang aku dah habis study dan pindah balik ke Seremban, dan dia masih di Miri kitaorang masih berhubung..

Bulan March ni maybe dia akan datang sini, so we all plan to go to Melaka..Tengok la mcm mn nnt..Hoho..Belum plan bebaik punya..Kalau ikutkan, bulan June ni aku pulak yang terbang ke Kuching, tapi memandangkan keadaan tak berapa nak mengizinkan, maybe next time kot..Heehehe...

Neway, Happy birthday to my friend again..Peace bro..

PS: 9hb nnt besday abg angkat plak..Hoho..Abg, hepi besday..Heheh..Kot2 lak luper lagi..kuikuikui

Friday, February 05, 2010

Huwaaaarrrghh!!! Oooops..

Salam ketemu lagi geng..Hehehe...Ni entry edisi hari Jumaat yang mengantuk..Huuuwaaarrggh!!! Oopps, beradap sket menguap tu..Kang masuk segala setan plak...Hikshikshiks...

Tapi siyes, aku memang mengantuk giler ni..Sampai dah terjah kepala ngantuk aku..Hohoho...Nak take nap jap, tapi dah kol 2 lebih ni..time keje dah mula..Huhuhu...

Pe aku merapu dah ni weyh...Hahahaha..Mengantuk nyer pasal kot..Lagi aku tambah mengantuk bila kene susun gambor tak habis22.Naik sengal kepala aku ni dah..Mata tinggal nak juling je lagi..Hahahaha.. Tidak la..

Minggu ni aku leh simpulkan sebagai minggu sibuk jugak la..Keja tak habis22..Tapi dalam sibuk aku sempat gak terjah22 blog yer..Hahaha..I cant live without blog la geng..ERk, ye ke..?? Hehehehe..Minggu ni hari2 aku skip breakfast n also skip my juice..Hahahah..Sambung minggu depan la jus tu kot..

And also, im single again(ceeh, ni pun nk ckp kt cni ke.lantak la..) Termakbul gak harapan..Cam jahat je bunyi nye kn..Hahaha..Tapi aku rasa ini yang terbaik untuk aku sekarang..Memang aku tak sedia lagi nak get into serious relationship..I have to sort my life nicely and achieve all my goal first..Lagipun, zaman sekarang ni ade ke yang kesah lagi pompuan tak berkahwin..Tapi aku takde la sampai mcm tu kn, at least not for now la..Heheh

Hmm, makin ngantuk lak..K lah..Nak g buat sth yag leh buang ngantok ni jap...C ya later...Tata

PS: Mr Right aku tak muncul lagi nih..kot.....Hohohohoho..

Thursday, February 04, 2010

Hapdate Hujung Minggu di Tengah Minggu

Salam berjumpa lagi geng..Dah agak berhari2 jugak tak hapdate pasal crita aku kan..hehehe..Dan sepadan la ngan tajuk aku dan seperti yang telah aku katakan kelmarin2,,den nak citerkan la ape kes ngan ujung minggu den..Hehehe..Ujung minggu yang agak best di hujung bulan Januari..Hehehe..Silakan membaca...

Saturday, 30th January 2010

Seawal jam 7.50 pagi, aku dah  kuar rumah gerak ke rumah kakak aku..Jemput dia ngan laki eh dan terus la terjah ke Hulu Langat..Destinasi hari ini ialah Sungai Congkak, Hulu Langat..Hehe..Tapi sebelum tu kene singgah g ambik seorang kawan lu..

Wednesday, February 03, 2010

Sayang...

Hohohoo..Hye again ols...This is the third time i've been tagged..And this time by Yusenze and also u Mario...Well, here is it...Enjoy!!




RULES:

- Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle
- For each question, press the next button to get your answer.
- YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
- Tag 10 friends.
- Everyone tagged has to do the same thing.
- Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
>>IF (korean song, sountdtrack filem witch yoo hee)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
>> You raise me up 

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
>> Back at one - Brian McNight

HOW DO YOU FEEL TODAY?
>> cinta bandar tasik selatan - olan (pergh, giler jiwang bai)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
>> gotta be somebody - nickelback(yeaaah)

WHAT'S YOUR MOTTO?
>> Syurga di hati kita - ziana zain (hampeh)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
>> Two is better than one - boys like girls ft taylor swift (hahahah)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
>> Rund this down..- Rihanna, jay z..(hahahahaha)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
>> Bila hati dah sayang - Scorr (maaang jiwang lagi)

WHAT IS 2 + 2?
>> Ingkar - Bunga Cintra Lestari

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
>>  Kiss Kiss - Holly Valance

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
>> Maria (Youme, s/track 200 pound beauty)

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
>> A love to kill - Rain

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
>> Over you - Daughtry

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
>> Separuh hidupku - titi Dj...hikhikhi

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
>> Haeng Bok hagil bahlae - korean s/track..(ntah hape maksudnya) 

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??

>> Yank - Wali band

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
>> Numb - linkin park

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
>> Thingking of u - katty perry

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
>> Home - Daughtry

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
>> a love to kill - 2nd song 


WHAT WILL YOU POST THIS AS
>> Sayang..

===>>tag 10 Ppl U care of...Hohohoh

>> Laa Tahzan
>> Aidi Safuan
>> Ieqa
>> Uthe
>> ~yus~
>> KF
>> fiiq26

>> mamat19
>> 
>>
>>





** Erks...tu je la kot sementara nih..tak tau dah nak ngisik saper..hohohoh

Tuesday, February 02, 2010

Tagging Lagi di Petang Hari

Ello geng...Peeerghh..baru la leh nak relek cool chill sket...Dari pagi gua tension tak tau nak buat pe bila gua kol pihak admin e-procument tak dapat2..Dah menyusahkan gua nak cek keje gua..Adeeehai...Dari pagi ke petang gua cuba tak dapat2 jugak..Ini suma gara2 ada orang memandai tukar password tak bgtau gua..Ni pun gua bru la leh goyang kaki sket bila bos gua bgtau, anak dia yg tukar password tu..

Geram bai...Smalam gua tanya dia tak kata ape pun..Addehhh...Sabar je la wahai den...

So untuk melapangkan fikiran sebelum gua sambung keje gua balik, gua jawab la tag dr indin snid73 neh...

Monday, February 01, 2010

Short Entry...

Hallu geng..Ni entry pendek je nak maklumkan kat sesape yang terjah blog aku ni kn..Aku tak sempat nak terjah blik semuanya..So, mn yg sempat jek..Yang tak sempat, jgn risau..bila kala je aku de masa aku terjah habis2an blog korang..hehehe


PS: Entry akan akan datang mungkin crita sal hujung minggu aku di akhir bulan Januari..hehehe..Tak tau la bila leh ada msa tol2 nak menaip kaw2 nyer..hoho..sabarje la den..

Erks??? Aku Juga??

Salam pagi Isnin ols...Pe cer?? Well, pepagi cek shoutmix box tu tgk ade lak tag dr Ms. Nina..So, dengan besar hati aku nk jawab..hehehe....

So this is it...:


1) Where is your cell phone?
> Right now beside me on the table...

2) Relationship?
> Ups n down...Not so sure myself...

3) Your hair?
> Bpleh tahan panjang le...takle mcm rapunzel lagi...hehehe

4) Work?
> Clerk...Bosan..Nak tukar keje kot..hehehe

5) Your sisters?
> Dieyla..

6) Your favorite thing?
> henpon 5800 hakuu...

7) Your dream last night?
> tido matiiii...letihh woooo....

8) Your favorite drink?
> ice lemon tea

9) Your dream car?
> BMW, Honda and Lamborghini...

10) Your shoes?
> Bata Leather Shoe..Hohoho..Selesaa dipakai...

11) Your fears?
> Binatang cam tikus, lipan, ular n selagi dia menjalar la..heheh

12) What do you want to be in 10 years?
> A successful project manager, married with children and having a great life altogether

13) Who did you hang out with last weekend?
> My cousin n her hubby n also Mr. A

14) What are you not good at?
>

15) One of your wish list items?
> Being single again...hahahahah

16) Where you grew up?
> So many places since i traveled with family...but i love Kuching, Sarawak the most...hehehe

17) Last thing you did?
> Drink..

18) What are you wearing?
> Shirts n jeans

19) What aren’t you wearing?
> sexy clothes...too exposed the curves (even i dont have it..Hahahaha)

20) Your pet?
> None

21) Your computer?
> Ace E-machine

22) Your life?
> up n down....boring, normal, enjoy, boring etc..hahahaha

23) Missing?
> None...erks, my friends at Sabah n sarawak..

24) What are you thinking about right now?
> What should i do today...(work)

25) Your car?
> Viva 1000cc, black color...hehehe

26) Your kitchen?
> I dont have one...yet..

27) Your favorite color?
> PURPLE!!!! Black,

28) Last time you laughed?
> Really laughing, last night with my aunt...

29) Last time you cried?
> cant remember..hmm..

30) Love?
> I didnt ask much..Understand me first..I'm complicated..

31) So who wants to share their ONEs?? How about?
> i dont think so...

5 orang jejaka terpilih...:
x Phoenix
x KF
x diDen
x Fiiq
x Icelemontea

5 orang dara terpilih :
x Ieqa
x Laa Tahzan
x Budak hostel
x ~yus~
x merissa k

Tiada paksaan dalam menjawab yer gengs...hehehe...


Ps: I'll story about my weekends once i have time ok..heheheh

Catatan Ringkas

---