Monday, May 17, 2010

Apa Dah Jadi Ni?

Salam ols. Salam Isnin yer..Sihat hari ni.? Apa macam weekend? Heeee...


*Sempat berangan nak naik motor besar..hahah*


Ni nak story sikit pasal weekend aku la..Well, mesti korang semua dah tau aku memang nak terjah Jom Heboh n Hari Belia Negara 2010 Putrajaya kan. Hehe..And I made it!. Yaaay!! Teruskan baca..

Tapi tak sebest yang disangka la. Ditambah dengan cuaca yang hoooot giler kan, memang bahang la. Lencun jugak la baju. Tapi still maintain cute..(Uweeekssss..Kehkehkeh) Aku sampai Putrajaya kol 10 pagi. Parking kat Park n ride Precint 1 Alamanda dan ambik bus ke Dataran Putra. Dari sana kena tunggu tram untuk bawak ke tapak Jom Heboh. Tapi sebab tram lambat dan kemalasan nak tunggu, kitorang rajinkan diri dengan menapak sejauh agak-agak 1 km lebih gak kot..Hehehe..Exercise la pulak kan. Sekali sekala..

Sampai-sampai je kat tapak Jom heboh sana memang hot tak terkata la. Ramai gak la orang. Cuma booth tak berapa nak havoc sangat. Apa dah jadi. Tak sehaoc aku pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil dulu. Macam-macam ada bak kata arwah pakcik astro. Sempat je la bergambar sesnap dua kan..Tak tahan den nak tercogek bawah paneh tu..

Setelah buat satu pusingan, kitorang berempat dah surrender nak menjelajah semua tempat aktiviti. Sudahnya terus ambik tramp balik ke Dataran Putra sebelum naik bas balik ke Park n Ride. Dan terus terjah Alamanda untuk menikmati kesejukan econ. Hehehehehe...Tak berasa sangat pun kemeriahannya..

In the end, kol 2 aku dah keluar dari Putrajaya. Terjah ke Jusco Seremban 2 untuk tengok wayang..Hehehehe..Dan tak tau nak buat apa, so wayang je la kan. Mula-mula nak tengok Furry Vengeance, tapi tukar plan sebab tayangan lewat sangat. So pilih cite The bounty Hunter.


Sebab ada Brendan Fraser & Brooke Sheild.Heheheh


Cite romantik komedi..

Overall, cite The Bounty Hunter ni memang best..Tak kering gusi jugak la..Walaupun aku layan citer ni dalam keadaan kepala dah berat, still layan n enjoy gak la ngan citer ni..Hehehe..Tambahan pulak ada sorang penonton duduk seat depan aku gelak tak cover-cover beb. Pompuan. Gelak loud and clear..Sentap gak aku. Tengah syok layan tetiba dia laugh out loud gitu kan..Pape pun, memang best. Tapi keluar je cinema pastu menggigil beeb...Sejuuk! Hehhheh..

Lepas ni nak tengok Furry Vengeance, Prince of Persia, Toys Story, Shrek dan banyak lagi la kot..Hehehe..So just wait n see la mana satu akan jadi mangsa terjahan aku lepas ni...Kehkehkeh..Nak tengok citer kanak-kanak je aku ni kan..Hahahaha..Best ape weyyh..

So kesudahan hujung minggu aku macam tu la..

Dan sebelum terlupa, nak wish kat semua cikgu-cikgu di Malaysia ni, dan juga kepada semua cikgu aku di SMTS Kuching (2003/2004); SMK Lundu, Sarawak (2000-2002); SK Bumiputera (1998-1999), Lundu; SRK Serting Hilir 2 Kompleks, Jempol (1996-1997) & SK Sepri, Titi (1994-1995)..Selamat Hari Guru..Terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu dan jasamu tetap dikenang sampai bila-bila..



PS: Insyaallah ada entri khas hari guru versi RerameUngu

Catatan Ringkas

---