Salam Isnin ols. Ada yang Monday Blues ke hari ni? Hehehe.. Aku normal je la.Takde maknanya nak blues-blues pepagi ni kan..
Seperti biasa la aku mesti nak story mory pasal weekend aku kan..Kalau ada yang bosan, mintak mahap la yer..Nak baca silakan, tak baca pun takda paksaan okay..Heee
Ok, seperti dirancang aku terjah ke Terminal 1 Seremban untuk tengok movie sebaik habis kerja kol 2 petang. Teman sekongkol aku ialah Nina..Heeee..Shrek Forever After menjadi pilihan. Tayangan kol 4.40 petang. Since aku sampai sana kol 3.30 petang ada lebih kurang satu jam sebelum tayangan bermula.
So, we both decide to go for karaoke. Heeee.Lama tak melalak ni. Terjah je K-box kat sana. Jadi la kan. Janji dapat melalak. Hehehehe..8 lagu semuanya. Kiranya keluar k-box tu terus serak-serak basah la suara..Ngahahahahaa..Tapi okay. Enjoy tu yang penting.. Melalak out pitching ke, tempo ke apedehal..Bukan nak join pertandingan kan.Hahaha..
Habis je karok, terus je terjah panggung. Sebab masa dah time. Hehehe...Memang best la citer ni.. Gelak tak hengat la jugak. Terutama part c Puss tu buat mata boolat dia kan. Dengan badan nye yang dah gebusss melampau tu..Memang cuteeeeeee terlebih la..Hehehe..Ini episod terakhir siri Shrek di tayangkan.
Habis je movie tu, terus dalam otak plan nak tengok movie lagi. Tapi bukan hari ni la, next time maybe..Sebab dah sejuk menggigil sebaik keluar panggung tu, kitorang terus blah dari sana menuju ke City Park S2. Saja nak ambik udara petang sambil bagi ikan makan kat tasik tu. Memang asyik la beb..Tak lama kat sana sebab dah nak gelap, terus balik ke town untuk carik port makan plak. Terjah je Benteng kat tengah bandar tu. Dan habis makan baru la balik kan.
Sampai rumah kol 8 terus je bersihakn diri untuk ready depan TV tengok konsert Akademi Fantasia 8. Overall memang best la. dan very the glad Shahir menang. Just like what I predict. Hehehe...Layak la dia menang pun. Lagu single dia pun best sampai aku dah bleh hafal lirik dia..Ngehehehhe...
Papepun, tahniah Shahir sebab menang. Jangan la lepas ni lupa diri ek. Hehehe..
Ok ols. Tu je la celite hujung minggu aku minggu ni pun. This coming week maybe g jauh sket. Somewhere in Perak I guess.
Have a nice day today ols. :)
PS: Kebahagiaan dalam perpisahan...