Sunday, May 02, 2010

Sambutan 1st May Aku

Salam ols..Thanks coming to my blog again..And many thanks to readers who willing to read this entry.. It just that im feeling like writing in English today..Hahaha..*Dah kene penyakit omputih dah aku..Heheh*

Ok la..Tak da maknanya lah aku nak menulis dalam english ni..Aku nye english pun kelam kabut..Grammar ke laut buleh la..hahhaha

Ni nak story pasal hari 1st May aku.. Tak  Banyak mana pun nak cerita..Cumanya macam yang aku dah bagitau kat entry ni, aku balik umah my parents kat Bahau. Saja je balik sebba dah lama sangat aku tak balik sini..Dekat  6 bulan lebih jugak la..Heheheh..[...]


Aku sampai tengahari tadi la around 2pm..Pastu lepak-lepak jap and terus family ajak g tengok wayang. Dan cerita pilihan ialah Iron Man 2..Boleh tahan la cerita dia..Aku senget sket la otak nak faham jalan cerita dia sebab aku tak tengok pun lagi Iron Man 1 tu..Hahaha..Buleh plak kan..Lagipun, takda choice tayangan sangat..Al maklumlah, pawagam kecik je..Bukan jenama besar macam GSC & TGV segala tu..Heh


Actually dah lama sangat aku tak spend time, i mean really spend time ngan my family. So dengan cara ni sedikit sebanyak membantu la eratkan hubungan family kitorang. Lepas habis tengok wayang kitorang g jalan-jalan carik makan..*Takde pulak picture nak support*..Hehehe

And remember dalam lepas aku da cerita pasal unpleasant pit stop kan? Kalau yang tak baca lagi, sila la gi sini dulu ek.

Sebenarnya, aku singgah kat satu supermarket ni. Bleh tahan besar and well known jugak la namanya. Kalau aku sebut mesti korang tau  punya. So aku taknak la mention kat sini ok..



Untuk apa aku singgah sana? Sebab dah kena pesan oleh my Mom untuk belikan ayam mentah 16 ekor. Untuk berniaga..Nak dijadikan cerita, aku terjah la kawasan jual ayam dalam supermarket tu. Aku reconstrcut balik dialog aku ngan budak tu.

Aku: Nak ayam 16 ekor boleh tak dik?
Budak A: Boleh. Akak pilih dulu nanti saya timbangkan..
(Aku pilih and masa tengah pilih tu aku tanya..)
Aku: Buleh tak tolong potongkan ayam ni?
Budak A: Semua ke? Kalau semua tak buleh la kak..Limit 3 ekor je sorang boleh potong.
Aku: Pulak! Takkan tak buleh plak. Mintak potong 4 je. 
Budak B: Tak bleh kak...Kita limitkan 3 ekor je sorang. (balik-balik work yang sama je)
Aku: Ala..Bukan tak biasa beli sini. Sebelum2 ni ok jek. Apsal tiba2 pulak ada limit. (Time ni dah ada sikit geram) Hehehehe
Budak A & B: diaaamm....
Aku: Takpe la..(Terus pilih cukupkan 16 ekor)

Punya lama aku berdiri kat situ suruh dia timbangkan  Budak A tu buleh buat dono jek. Nak masuk dalam plastik lagi la tidak..Hulur plastik pun tidak ..Aku dah start bengang. Aku mintak plastik itu pun tehegeh-hegeh je. Dia bagi plasitk besar terus. Nipis pulak lagi plastik tu. Aku bertekak la mintak dabel kan plastik tu. Dia tak bagi. Haa. Ni memang aku dah bengang giler dah ni. Ape masalah diorang ni. Tak fikir ke dengan plastik besar tu isi 16 ekor ayam, tak ke bocor plastik tu. Dah la nipis giler plastik. Sudahnya aku masukkan ayam-ayam tu dalam plastik-plastik kecik..

Then, sedang aku masukkan tu datang pulak budak C kata tak boleh ambik ayam banyak-banyak ni. Ada limit untuk sorang. Berapa limit tu pun aku dah tak dengar pasal aku dah memang haaaangiiin giler time tu. Aku ape lagi dengan geram panas hati aku bahasakan la..Bukan nak kurang hajar tapi memang aku dah bengang giler.. Kejap itu tak boleh, ini tak boleh. Macam-macam hal.

Hahaha..Tak la sampai macam ni..

Aku: Ni ape masalah lagi ni??? Potong tak buleh, mintak plastik lebih tak buleh..Ambik ayam lebih tak buleh. Semua berlimit bagai..Aku bayar la..!! Tadi apsal kata boleh.. Ni tetiba tak boleh pulak.?? Yang orang ambik 10 buleh pulak???Sebelum-sebelum ni datang takde masalah macam ni tetiba skarang pulak ada masalah ape pasal??!! Hisshh! Dahla..Timbang ayam-ayam ni cepat sikit boleh..Lambat!!

Suara geraaaam giler tu..Muka aku tak yah cakap la macam mana..Hahahha..Dak kakak kakak makcik makcik pakcik pakcik yang ada situ semua senyap still tengok aku bertekak ngan budak tu..Time tu aku memang tak pedulik dah orang nak kata apa..Hati kering la time tu kan..Hahahahaha

Ada la sikit kot nak buat camni tadi..Hahhahaha


Budak tu pulak keep mentioning the same thing..'Kita ada limit untuk sorang'..Caaiit..Kerek la kau!! Kalau ko nak buat limit kurang-kurangnya bagi la tau awal-awal..Tampal notice ke apa kat pricing tu.!! 

Tak pernah-pernah aku hangggin sampai tahap macam ni. Kalau ada tu takda la sampai tinggi suara sampai macam tu skali..Haiiishh..

Nasib hangiin aku tu kejap je..Bila dah start driving dah cool down balik. Hehe..Ubat tu..

Itu la dia cerita 1 May aku.. Korang lak macam mana?


PS: Mudah marah, cepatttt sejuk..Heeee

Catatan Ringkas

---