Salam semua.. Apa khabar korang hari ni? Aku tak berapa nak okay la...Macam nak belah je badan ni jadi dua tau..Nak tau apsal aku macam nak belah badan, teruskan baca..
Tak lain tak bukan sebabnya ialah tender. Hari ni terlalu banyak tender sampaikan tak menang tangan nak layan. Suma pulak tu kerja yang bos dah aim.Haiyaa..Kene pulak lagi lari dari satu PC ke satu PC..Haiishh.
Bukan setakat sibuk dengan tender jek, sibuk jugak nak layan call dari bos, orang perasan bos dan sekutu-sekutunya. Call tu walaupun regards the tender memang very disturbing. Sampaikan dah confuse dan tensen. Dah sudahnya satu pun tak dapat. Dengan nak concentrate lawan tender, nak jawab call dan internal server problem macam mana bai. Memang la tak menang tangan. Plus pulak semuanya tutup on the same time. Hadooi..
Sebab kan dah tak dapat tu aku jadi mangsa bebelan bos, someone so called bos tu and anak bos. See, aku jugaaak yang jadi mangsa. Padahal masalah teknikal tu bukan aku yang handle dan aku pun tak tau benda nak jadi camtu kan..Yang giler buat aku hangiin tu, si anak bos ni main sedap mulut mengata aku tak reti buat kerja. Caiitt..! Memang hangin giler la aku kan. Bos aku tak pulak nak marah-marah (dia bebel-bebel jek, buleh trima lagi la), dia lak nak lebih-lebih..Buleh blaaah!
Tak lama lepas tu diorang balik ofis nk terus terjah aku. Si anak bos tu buat muka seposen sengeh macam kerang busuk depan aku. Aku ape lagi tak lepas peluang terus sound,
'U nak ape? Nak marah I lagi? Marah lah!' (Suara nyaring beb..Heheheh)
Dia senyap jek, tapi tak habis lagi buat muka kambing..Aku pantang betul kalau orang suka hati nak cakap aku tak buat kerja ni kan. Pastu dia ni memang tak da manners. Mulut cam longkang.! Hambik kau ..Geram aku..Macam dia yang bayar gaji aku..Lagi kan dah terang-terang bukan aku punya salah tak dapat tender tu. Aku dah buat sehabis baik dah..
Tapi takpe. Aku malas nak panjang cerita aku buat bodoh je ngan dia. Sebab aku tau nanti dia sendiri akan datang carik aku kalau apehal berkenaan tender ni. Hahah..Lagipun aku tak nak la marah-marah, nanti cepat tua..Tak gitu..Hahahahahaha...
Sapa stress leh buat camni. Tapi aku tak sampai tahap nak buat camni lagi..
Ok la geng.. Ni pun dah curik masa dah ni..Sorry tak sempat nak blogwalking hari ni. Ada masa kang insyallah aku terjah ek..Take care..:)