Friday, May 14, 2010

Park N Ride Putrajaya

Salam semua. Selamat hari Jumaat yer..Ape cer hari ni? Esok dah cuti, apa plan hujung minggu?? Sape je nanti akan terjah Putrajaya?

Pasa sesapa yang bakal menerjah Putrajaya hujung minggu ni, ni nak habaq mai kat deme ni..Gunakan kemudahan Park N ride tu sebaik-baiknya. Sebab banyak jalan yang akan ditutup esok bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. 



So, ni nak bagi sikit panduan la kepada sesapa (termasuk aku jugak ni) yang terjah Putrajaya nanti yer..

Antara jalan-jalan yang akan ditutup nanti ialah: 
Lebuh Wawasan, Jambatan Saujana, PICC/Pullman, Lebuh Setia, Lebuh Bestari, PICC/Equestarian dan Persiaran Perdana

Maka, pengunjung digalakkan menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan secara percuma. Bas-bas Nadiputra akan membawa anda semua ke lokasi dan trem pengangkutan akan memudahkan perjalanan anda untuk ke tapak-tapak pameran/expo. 

Baca lanjut untuk tau route pengangkutan awam yang disediakan. 


KLIK SINI untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan dan jadual bas serta tempat parkir yang disediakan. 

Ini pulak petikan dari Berita Harian Online:
Bagi pengunjung berkenderaan yang melalui Presint 1 boleh meletakkan kenderaan di tiga lokasi parkir awam di Park ‘n’ Ride berhampiran pusat membeli-belah Alamanda.
Orang Ramai dibenarkan meletak kenderaan di sepanjang tepi jalan Oval Route, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang boleh menampung 2,000 kenderaan. 
Presint 7 pengunjung boleh meletakkan kenderaan di parkir awam ERL dan Park ‘n’ Ride Putrajaya Sentral di tapak cadangan Pusat Kanser bersebelahan Hospital Putrajaya. 
Manakala di Presint 18 pula pihak penganjur menyediakan tiga tapak parkir yang boleh menampung 1,600 buah kenderaan dan 2,000 ruang di sepanjang jalan yang dibenarkan di kawasan tersebut. 
Sementara itu, orang ramai yang datang dari laluan lebuh raya MEX, LDP dan PLUS (Exit Putrajaya), Cyberjaya dan Dengkil dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan khas di Presint 20 atau Presint 7. 

So, you all yang nak terjah Putrajaya tu jangan lupa rancang awal perjalanan anda bagi mengurangkan kesesakan dan juga ikut arahan papan tanda penunjuk yang disediakan..Jangan main terjah aje tau..Nanti bukan menyusahkan diri sendiri je, tapi bakal menyusahkan pengunjung /pemandu lain..

Tak silap ada laluan yang khas untuk bas dan kenderaan berpelekat je. So kene extra careful yer jangan salah ikut laluan...Kang tak pasal-pasal kene saman ke pulak (ada ke tak tak tau la)..Hehehe..

Ok, harap info ni boleh digunapakai la yer..Selamat berhujung minggu dan beriadah sihat di Putrajaya. :)
Harap jumpa la korang kat sana. Hehehe...Aku lak, Ahad komfem terjah la..Sabtu tengok keadaan dulu. Hehehe..


PS: Terjaaaaaah! 



Catatan Ringkas

---