Salam semua. Apa khabar hari ni? Sihat tak? Dah Khamis yer. Dan nasib baik la hari ni tak kecoh macam semalam. Ada cool sket la. Hehehe..Tender ada jugak dan alhamdulillah dapat la jugak..Heeee
Ok, sekarang ni suma orang dah tau pasal sambutan Hari Belia Negara 2010 ni. Ada lagi ke yang tak taunye? aku pun baru jugak la dapat tau pagi tadi lepas meronda-ronda terjah blog kawan-kawan kan. Heheh..Ketinggalan kapal terbang betul ek aku nih..Hahah...Takpe la..Ada lagi masa nak google ape kebendenya sambutan Hari Belia Negara ni.
Pada yang tak tau tu, Hari Belia Negara 2010 akan diadakan pada hujung minggu ni pada 14 - 16 Mei 2010 bertempat di Putrajaya. Nak tau lanjut pasal aktiviti dan segala apa yang ada sana meh la cek kat FB HBN dan juga kat web HBN2010.
Aku nak gak la highlightkan antara aktiviti yang aku rasa menarik. [...]
Derma Darah : Ni confirm aku akan join kalau takde halangan la..Heheh..Dah lama aku carik tempat nak g derma darah ni. Bukannya aku tak bleh nak pergi kat spital gomen tapi masa tak mengizinkan la. Klinik Darah bukak time office hour, so susah la kan aku nak pergi. Hehehe..So sini la masa yang sesuai aku rasa untuk menjalankan niat aku tu.Hehe
Tempat: Lobi KBS, Presint 4
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tarikh:14 May - 16 May 2010
PC Fair : Heee..Kepada peminat-peminat komputer dan barangan elktronik komputer buleh la terjah sini. Memang harga buleh tahan la..Murah aku rasa la kot. Dan banyak offer yang takda dapat kat tempat lain la pendek katanya. Heheh..
Tempat: Menara MECD, Presint 3
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tarikh:14 May - 15 May 2010
Pameran & Jualan Rakan Niaga Youth Town : Haa, Ni aku tak berapa pasti la apa barangan yang ada. Tapi aku percaya pelbagai jenis barangan la adakan. Heeee..Apa-apa pun jom la kite sama-sama terjah nanti kan..So Jangan la lepaskan peluang yer.
Tempat: Persiaran Perdan , Presint 4
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengah malam
Tarikh:14 May - 16 May 2010
Actually banyak lagi aktiviti menarik untuk semua..So rajin-rajin la datang terjah sana yer..Hehehe..Dan tak silap pun akan ada Jom Heboh jugak kan...Ni mesti ramai tak lepas peluang nak terjah gak ni.. Hujung minggu g bawak family jalan-jalan smbil beriadah..
Aku dah tentu akan terjah Putrajaya gak..Jauh tak jauh gak dari rumah..So sure la..Sabtu macam biasa la kene pergi kerja dulu kan.. Lepas kerja insyaallah takda halangan dan ada geng buleh la terjah. Kalau tak sempat Sabtu, Ahad la aku terjah..Hehehehe..Aku tengah carik geng nak g terjah Putrajaya ni.. Ada ke sesape nak join aku nanti..??Roger-roger ek..
Ni mesti Putrajaya sibukkkk giler-giler kan..So most probably akan jammed la..So kene carik alternatif ni..Ada perkhidmatan bas kat Park & Ride tu..So buleh digunakan. Dan kene tau jugak la mana jalan-jalan yang akan ditutup supaya tak da la apa-apa jadi kan. Hehe..
Rancang perjalanan anda ok.:)
PS: Jom jom jom jom jom heboh heboh kat HBN + Jom heboh..Heee