Saturday, December 19, 2009

Dari Ward Hospital...


Baca jek mukadimmah tajuk tu macam gerun jer. Hospital la katakan..Jangan pelik bila aku katakan semasa aku menulis entry ini, aku memang berada di hospital. Ya! Ketika ini. Hish, jangan fikir yang bukan-bukan. Aku sihat jek..Tapi....


aku tolong jaga Irdina. Heheh...Ya, Irdina yang sakit jantung hari tu. Sekarang dia masih dirawat di HJTS di ward ICU 5D. Alhamdulillah, dia semakin ok. Okay, sebelum aku bercerita mngenai Irdina mestikorang tertanya-tanya mengapa aku pulak yang menjaga dia kan. Sebenarnya, Ibu dia minta tolong aku jagakan Baby sebab dia nak balik rumah untuk berkemas. Memandangakan dia akan berpindah ke KL tak lama lagi. AKu dengan senang hati tolonglah jagakan. Lagipun, Baby dah biasa dengan aku. Heheh..

Ok, mengenai Irdina. Dia semakin sihat. Tapi keadaanya susah untuk dijangkakan. Macam yoyo..Sekejap ok dan dalam masa yang sama akan jadi tak ok. Dia ada masalah jantung, dan sebab itu dia ada masalah dengan pernafasan dia. Mungkin masih diperingkat awal. Yela, baru je 2 bulan lepas pembedahan dia. Apepun, dia memang seorang anak yang kuat. Boleh bertahan sampai sekarang. Alhamdulillah, dia memang tak sukar untuk dijaga. Baby juga tak banyak kerenah. Moga-moga Irdina cepat sembuh. Amiin..

Untuk tatapan semua yang menyokong Irdina (chewaaah, menyokong ek..kehkehkeh) ini antara gambar-gambar Irdina.






Ni time baby kene pakai headbox..



Kesian baby..Rimas dia guna tube tu..



Ni sebelum dia masuk ICU




Ni masa sebelum dia 'discharge' mula2 dulu..

Itulah dia sedikit sebanyak gambar dan tentang baby yang aku nak kongsi buat masa ini..Insyaallah kalau ada lagi berita, aku akan poskan di lain entry. Salam ketemu lagi..Ngehngehngeh..

Ps: Tolong doakan Baby sihat seperti biasa..Insyaallah dengan berkat doa kalian baby boleh cepat sihat.Namun semuanya atas izin Allah juga. Kita hanya berusaha dan berdoa..

=)

6 comments:

  1. di harap baby ni akan cepat2 sembuh...amin...

    ReplyDelete
  2. thanks zella...same2 ktdoakan utk baby yer..=)

    ReplyDelete
  3. thanks mario..insyaallah..she's getting better..smalam jg dia lg..hehe

    ReplyDelete

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---