Thursday, December 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah



Salam Ma'al Hijrah 1431 kawan2..Esok kita bakal menyambut tahun baru Islam yang mana kebanyakan dari kita kadang2 terlupa tentang perkara ini. Yang di gah2kan tahun baru masihi. Pelbagai sambutan dan perayaan dirancang dan dilaksanakan sedangkan tahun baru Hijrah ada yang tak ambil peduli.

Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Apa pulak azam tahun baru kali ni ek? Apa2 pun yang diazamkan moga2 terlaksana dan tercapailah hendaknya..Hehe..Aku pon kekadang jarang nak buat azam ni. Buat azam yang biasa2 jek..Mcm 'berharap untuk jadi yang lebih baik dari tahun lepas'..Macam tu la lebih kurang.Kehkehkeh..Bukan pe xnk buat azam kaw2 nyer, normally akan menyimpang dr apa yg diazamkan tu. Yerla, kita ni hanya merancang, Tuhan yang Maha menentukan..Takkan pulak nak menidakkan Qada' dan Qadar Allah kan..Heheh...Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah..

Eh dah macam menyimpang jek ni..heheh..Apa2 pun, Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431..Semoga tahun baru ni penuh dengan azam baru dan juga semangat baru..Hikhikhik..dah xtau nak ckp per dah ni..Dari aku melalut panjang2 pening2 bek aku ciao lu..Haha..Tata..

4 comments:

  1. SaLaM MaaLHiJraH~~~ ThanX CoZ BeiNg A FreN oF MiNe~~~(-_-")

    ReplyDelete
  2. thanks to u too...hope our friendship last long forever...=) peace

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah juga buat kamu~~

    ^__^

    ReplyDelete

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---