Monday, September 27, 2010

Cerita Di Hujung Minggu

Salam Isnin ols. Ape cer hari ni? Perrgh. Dari pagi tak sempat nak berblogwalking. Sebab datang datang je opis, belom panas pun kerusi aku duduk, dah kene halau keluar ke site visit. Ke KL pulak tu. Area Pantai Dalam. Nasib la tak pergi sengsorang. Kalo tak maunya aku sesat kat sana. Mana penah pegi site visit sampai KL weyh...



Ok la. Tak usah la bercerita pasal keje aku hari ni. Ni nak story kat korang ape cer weekend open house aku eh. Hehe..Dalam sibuk beropen house tu aku langsung tak menjengah blog ni. Haha. Pecah rekod jugak la weekend tak online. Letih la weyh.. Minggu ni aku banyak rehat je. Nak free kan mind. 

Nak tau lagi. jom la terbang sama sama aku...



Aku gerak ke Rawang jam 5.30 petang. Ambik jalan dari KLIA Dengkil je la. Senang. Jalan pun besar kan. Risau nak ikut KL takut jem. Dan memang jem pun. Baru tadi ada budak ofis ni cakap. Perggh. Selamat aku. Kalo tak maunya open house kat tengah jem tu kan. Hahahaha

Gambar ehsan Pak Gel. Macam ni la lebih kurang situasi petang tu. Jem dalam hujan manje manje.

Tapi korang, masa OTW tu dah sampai kat persimpangan USJ ke Petaling Jaya tu kan, tetiba lak jem. Nasib tak teruk. Kalo tak patah jugak kaki ni main clutch je. Ehehehe..Perjalanan diteruskan dalam hujan membasahi bumi. Dan sekali lagi, tiba di persimpangan Rawang/ Batang Berjuntai jem lebih kurang 1km dari persimpangan tu. Perggh. Nasib aku tak masuk ikut exit tu. Kene jalan sampai exit Bukit Beruntung. Lagi senang dan dekat ke umah akak aku tu. 

Tepat jam 7 petang, aku selamat tiba ke destinasi. Walauweeeyh. Penat gak. Sampai sampai je, terus masuk dapur tolong mana yang patut sebab tetamu akan start datang jam 8 malam. Aku je eksen datang awal. Hahahaha..

Menunya ialah: Nasi impit dan kuah kacang & Mee/Mihun Sup. 

Memang maveles la akak aku masak. Namun, kek batik tak sempat nak buat la. Dia pun buat dalam tak sihat. So takpe. Esok masih ada ape. Hehehehe. Majlis selesai dalam kol 10.30 malam. Tapi keje kemas mengemas settle dalam kol 12 malam. Tido lak kol 3 pagi. Berbughak ngan akak aku sebelum tido. Macam tak jumpa setahun ye tak. Hahahah. Kitorang memang camtu. Dah jumpa tu tak habis habis la berborak cam tak ingat dunia kekadang. Tu nasib tengok jam dah kol 3, masing masing pun makin layu. Kalau tak tengok la jam time tu, sah sampai kol 5 masih berboraaaaak je.

So keesokan harinya masih melepak kat umah akak aku. Berehat bersantai je la. Breakfast pun makan mihun goreng. Balance mihun semalam. Hehe. Janji nak g beraya umah makcik kat Sungai Besi tertunda ke petang sebab syiok sangat berehat bersantai. Sebab dah janji nak datang tu rajinkan jugak la diri bersiap gerak. Kalo tak, memang balik ke petang la aku melepak kan. Hahahah

Kat umah makcik pulak sampai dalam kol 6. Rawang ke Sg. Besi dalam 40 minit camtu la. Semalam kereta pun bleh tahan banyak kan. So lewat sket la. 

Menu makanan kat sana plak: Nasi himpit +  Kuah kacang +  Rendah ayam + Rendang itam + Spaghetti + Nasi panas+ telur dadar+ikan masin.

Hahah..Giler kentang banyak kan. Itu la dia. Kalau dah pegi umah makcik aku memang camtu la. Dari kol 6 sampai tu melepak sana patutnya beraya kejap je la kan. Ni tak. Dengan berborak nya lagi, makan minum sudahnya sampai ke dinner. Gerak balik ke Seremban dalam kol 10 malam. Aku sampai umah kol 11. Sg. Besi ke Seremban dalam 30 minit je. Tapi sebab nak kena anta kawan aku balik lu, tu yang lewat sket. 

Hehehe. Tu la citer weekend aku. Sepatutnya nak pegi Kpg. Melayu Subang umah makteh. Tapi dia ada hal pulak, tu yang ke Sg. Besi je. Nak merewang ke KL pun jadi malas pulak. Dah lewat kan. Yang penting aku leh berehat dan bersantai dengan happynya. Time tu memang tak pikir pasal rumah, pasal keje pun takda dalam otak. Kan best kalau hari hari camtu. 

Okeh. Sudah sudah la tu. Muak korang baca citer aku ni. Dah berjela jela panjang. 


PS: Mesti ada yang tak habis baca tu kan. Jangan tipu =p
Pss: Nanti update gambar kek batik sempat buat semalam. Sedaaaaaap..Nyumnyumnyum..Hehhe



Catatan Ringkas

---