Sunday, September 05, 2010

Happy Anniversary To Me!

Salam ols. Ape cer korang hari minggu di minggu terakhir puasa ni? Hari ni aku just melepak di rumah je sementelah rancangan untuk ke KL dibatalkan atas hal hal tak dapat nak dielakkan. So, seharian la aku melayan kerenah si kecik Dina tu. Hehehehe...

Hari ni bersamaan 5 September merupakan hari ulang tahun pertama aku. Haa. 


Ulang tahun pertama?

Takkan la pulak aku baru setahun kan. Tak logikkkk......

Nak kata aku celebrate wedding anniversary lagi la TAKK!!! Bila aku kawen weyh!!?!


So, apenye? Ok la. Aku bagitau. Actuallya hari ni genap setahun usia belog aku nih.  Kiranya hari ni besday belog aku la kan. Lalalalal. Masih setahun jagung lagi.. Tak sedar pun dah setahun rupanya aku berblog eh. Banyak rupanya perkara yang aku dapat pasal blogging ni setakat setahun ni. Dari zero to hero. Hehehehe..Tapi tak la hero mana pun pasal blog ni. Masih in learning stage.  

Apepun, aku tak sangka jugak blog ni boleh bertahan sampai ke hari ni. Sebab pada mulanya, tak terlintas pun nak ada blog sendiri. Dan dulu tak tau pun blog ni apekebendanya. Awal penubuhan blog ni semata mata nak ikut kawan je. Dulu aku aktif dengan YS (Youthsays). Ramai geng kat sana yang ada blog sendiri sehingga aku sendiri terikut ikut pulak trend berblog ni masa tu. Padahal satu benda pasal belog pun aku tak tau. 

Nak create blog tu mula mula pun tak tau bai. Bayangkan betapa bengong nya aku masa tu. Tapi terima kasih  pada cik Kuz sebab sudi bagi tunjuk ajar untuk aku mula mula kenal blog ni apa bendanya kan. 

So aku mulakan dengan baby step iaitu bagaimana nak membina sebuah blog. Setup email, pening fikir nama blog, description dan tujuan blog, apa aku nak isi/ share dalam blog dan macam macam lagi la. Suma tu aku belajar perlahan lahan dan hasilnya ada lah belog aku sekarang ni..

Berbanding tulisan aku dulu dan sekarang aku sendiri dapat tengok la perbezaanya. Tak tau lakan kot aku yang SS (hahahahaha), tapi ada jugak la perubahan tu. Identiti blog kena ada kan. Heheheheh

Seingat aku baju blog ni dah bertukar sebanyak 4 kali. Dan ini adalah yang terbaru (baru tak baru ada gak dekat 6 bulan kot). Kemungkinan aku nak tukar baju blog ni masih rendah lagi. Sebab aku sayang pulak nak tukar baju yang sekarang nih.. Hahahahaha..

Pape pun ols, terima kasih bebanyak pada semua pembaca dan penyokong blog aku ni. Takda korang, aku pun tak kemana la kan. Terima kasih jugak buat korang yang rajin menjenguk belog aku ni walaupun kekadang aku tak balas pun jejak korang tu. Terlepas pandang mungkin. Kepada silent reader pun, thank u sudi singgah jenguk.:).. Sayang la kat korang...:D

Akhir kata, teruslah sokong blog aku eh. Hehehehe... Sebab dengan adanya sokongan korang kat blog aku ni, aku pun makin semangat la nak menulis dan menambah baik blog so~so~ ni kan. Insyaallah akan jadi lebih baik dan lebih baik. Kalau mana yang terkurang tu, maaf la eh. Dah namanya pun manusia kan. Tak sempurna..



PS: Ada keinginan nak anjurakan contest/giveaway/lucky draw sempena ulan tahun ni. Insyaalah jika ada keizinan waktu. Just wait and see la eh:)

Catatan Ringkas

---