Saturday, December 19, 2009

10 Perkara..


Entry lepas aku ada bercerita mengenai 10 perkara yang menyihatkna otak. Pada entry kali ini, aku nak kongsi dengan korang suma 10 perkara yang boleh merosakkan otak pula. Teruskan membaca dan elakkan dari mengamalkan perkara2 tersebut untuk memastikan otak kita sentiasa sihat..hehe

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
*Kepada sesiapa yang selalu sangat skip sarapan pagi, lupakan habit tersebut dan mulakan hari anda dengan sarapaann..Yeeeeaaa...*

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
*kurangkan makan..kehkehkeh*

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
*Kepada yang merokok tu, hentikan dan katakan tidak! pada rokok..*

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
*Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman..Ngeeeeeeeeeeeee..*

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
*So, sama2 la kita menjaga bumi kita..Go Green guysss...!!*

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
*Kepada yang suka tido extra hours tu, berhati2 la..hehehe..*

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
*(Science time- kita menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida..lu pikir la sindri..heheh)*

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
*Jangan paksa diri untuk bekerja bila sedang sakit..Rehatla..Badan tu nak pakai lama (kawan2 aku nye nasihat..hehehe)*

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun..
*Uiks, jangan imagine benda tak elok taw..imagine la diri anda jadi PM ke, jadi tuan direktor ka, jadi stephen speilberg ka..ikot suka korang la nak imagine ape..hehehehe*

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
*Banyak2an berfikir..tapi jangan plak 24 jam berfikir..otak nak rehat jugak weyh..hehe*

So, dah tau kan apa perkara boleh merosakkan otak? Jadi, jagalah otak kita baik2..Nak pakai lama tu..

5 comments:

  1. yg no 9 tu i buek...yang lain2 tu..isk..sob22

    ReplyDelete
  2. ceh!!! x suke yg no 3...;P ngehahaha...~~~ wek...;P

    ReplyDelete
  3. azlan: hehehehe......

    yusenze: waaaahh....ape barang mrokok bai...ronti22 an la....nanyuk copek ekau esok...hahahah

    ReplyDelete

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---