Thursday, May 12, 2011

Aku Meroyan?

Salam Khamis ols. Ape cer hari ni? Sihat ke idak? Dengan keadaan cuaca tak menentu sekarang ni, ada baiknya jaga kesihatan bebaik. Mencegah lebih baik dari mengubati kan. 

Haa, tajuk tu apekeynye pulak aku meroyan tu? Nak tau, jom baca lagi.. Semuanya gara gara gambar ini..(Tapi gambar cilok dari Pak Gel je eh)






Kol 10 lebih tadi dapat call dari colleague mintak g authority, untuk amend drawing. Ngko bior betul. Bila pulak keje aku amend drawing ni. Takpe, aku pegi je. Kot kot macam semalam punya tacap je. Tolong kawan kan. Dah pegi sana, lain lak halnya. Nak kene amend itu ini lak lagi. Benda yang aku tak tahu nak buat. Haddeh, aku dah la buta and 0 knowledge pasal building drawing ni. Tengok tau, tapi lambat la nak fahamnya. 

So, dipendekkan cerita dia suh aku bawak balik that drawing and mintak aku betulkan. URGENT katanya sebab nak dapatkan approval for that drawing. TODAY! Time tu aku dah start bengang dah. Mana la aku reti nak buat mende alah tu. Aku cakap kat dia, call the architect in charge and ask him to come and amend the drawings. Done, tapi architect lambat. And insist gak aku buat. Time tu memang dah tersangat bengang. Sebab apa?

Sebabnya 1, bukan kerja aku nak buat mende alah tu. Kedua, aku taknak aku tersalah buat, and lagi bertambah masalah. Ketiga, Aku tak tau ape aku patut buat. Lagipun, itu original drawing, buatnya salah tak ke lagi haru nak reprint baru pulak. 

Aku sangat tak kisah untuk saling tolong menolong antara colleague ni, sebab aku tau we are a team. And its good to help each other. Tapi bukannya menolong for something yang macam ni. Sebab aku memang tak tau technical thing pasal drawing ni. Yes, im an engineering student back then. But I was in electrical engineering. Its a big gap with electrical drawing and building drawing.  Lagi pulak, memang bukan field aku nak ngadap drawing drawing ni. So, knowledge aku pasal drawing drawing architectural ni memang selow giler la.. 

Aku meroyan sebab benda tu dah la nak urgent, ngan aku tak tau amende nak buatnya, pastu main paksa paksa lak suh jugak buat, ha maunya aku tak meroyan. Hahaha. Tapi takpe. Aku besa meroyan kekejap je. Tak reti nak meroyan lelame ni. Paling paling 15 minit. Hahahaha. 

Ok la ols. 


PS: Aku memang tak kisah nak menolong mana yang patut, tapi biarlah kena caranya. Ko nak mintak tolong orang, lepas tu nak bagi pressure plak, memang nak kene hempuk la kan. Pastu bila dah tolong ko buat taik ngan aku memang jangan harap aku nak tolong balik.. 
PSS: Tolong menolong amalan mulia. Jangan menolong kalo semata mata nak mengharap balasan. 


Catatan Ringkas

---