Salam ols. Dah Jumaat yer. Ape plan hujung minggu? Macam baru je semalam bercoti berjimba berhujung minggu kan. Ni dah nak hujung minggu balik. Haaishh.
Well, seperti yang penah aku mention dalam entry gath and entry jimba tu. Minggu ni weekend aku full lagi. Teruskan baca nak tau lanjut.
Hari Sabtu ni, ada Hari Terbuka Kolej KPJ Nilai ni. BTW, Kolej ni belakang office aku je pun. Jalan kaki agak mengah la jugak. Tapi sampai dalam 10 minit lebih kurang. Ok merapu dah.
Acara ni diadakan sempena Sambutan ke 20 Tahun KPJ. Lokasi adalah di perkarangan Kolej KPJ Nilai, bermula dari Jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Jom ramai ramai join. Banyak aktiviti dan booth yang akan dibuka pada hari tu nanti. Dan salah satu booth tu adalah booth Sales KSE. Aku akan ada kat sana sesi pagi. Dalam pada berduty tu nantu boleh la menyelam sambil minum air. Oiit, bukan buat apa pun taw. Nak pergi menderma dare ;p darah je.
Kebetulan on that day KPJ College ni ada anjurkan jugak Kempen Menderma Darah. So aku ambik peluang la sementelah dah 3 tahun tak menderma. Last aku derma darah masa masih belajar dulu. Dah agak lama. Huhuhu.
Aku suka tunggu time time macam ni nak menderma, bukannya apa. Harap nak pergi hospital menderma sendiri jangan harap la. Susah wo. Korang sendiri fikir la eh. Aku nak pergi hospital (Klinik Darah) tu time lunch, klinik tu TUTUP! Sebabnya follow working hours. Weekend tak bukak. Sabor je la. Nak pergi time kerja kang susah pulak. Takda geng bleh hangkut. Hehehehe
Nak tunggu kempen derma darah kat area Seremban - Nilai ni pun susah nak jumpa. So dikesempatan yang ada ni memang tak lepas peluang la. Insyaallah. Cuma kene prepare diri baik baik sebelum menderma tu. Sebab nanti silap haribulan tak cukup syarat, tak boleh plak menderma kan. Rugi woo.
Ni antara info yang perlu diberi perhatian sebelum dan selepas menderma darah. Bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku.
Opps, terkeluar tajuk plak. Jom ramai ramai meriahkan open day tersebut dan meh la datang booth KSE. Kot kot la ada rumah yang diminat nak dibeli kan. Sales Gallery akan tetap dibuka jugak. Nak dapat info lanjut boleh la datang nanti yer.
Ahad pulak, seperti yang telah diwarwarkan aku join Mak Lagenda untuk Majlis Bisik Bisik Gathering.
Ok la ols. Have a great day and wonderful weekend ahead.
PS: Minggu depan pun ada lagi kene Duty on Saturday. This time ada event Sport Tournament dengan Anak Anak Yatim. Dari mana aku tak sure, but aku dengar ada artis nak join. Sapa? Nantikan la eh.
PSS: Insyaallah, akan ada live update dari RU.
PSS: Insyaallah, akan ada live update dari RU.