Clockwise from the up left. |
Salam ols. Sihat? Ape cer hari ni? Mood berblog dah ada balik. Sementara boleh ni, update je la eh. Berkenaan event office aku hari Sabtu (14hb May) tu nanti la ye bila dah ada gambar baru upload. La ni aku nak cerita pasal orang kita punya attitude masa driving.
Gambar kat atas tu aku ambik Isnin (16 May) lepas. Time ni aku tengah carik parking kat area shop lot Seremban 2, berdepan ngan JJ S2. Aku terpaksa menunggu sampai kena honk dengan orang belakang. Sebabnya seperti apa yang korang nampak tu la. Apa yang boleh korang describe dari gambar atas tu?
Situasinya:
Time ni aku betul betul depan Casa Moda tu. Aku nampak banyak kete, aku slow la. Memang punya banyak keta time tu. Aku pun bukan nak rush ke mana kan. Lagi ada passenger kecik, kena la extra cautious. Aku perasan ada kereta waja nak keluar parking. Ok la, bagi chance. Masalahnya, tempat tu betul betul dekat simpang orang keluar masuk. Yang nak keluar simpang tu tak reti nak sabar, yang nak masuk pun tak reti jugak nak bersabar. Sudahnya jadi la macam yang kat atas tu.
Orang yang nak keluar simpang tu pun dah nampak orang nak keluar parking apa salahnya bagi jalan. Dan dan Waja tu selamat keluar, Perdana sebelah tu pun dengan tak menyabar nyabarnya reverse jugak. What the! Ko tak reti nak sabar ke. Waja tu baru je nak dapat clear line, ko dah menyemak plak. Sudahny waja tu masuk ke simpang tu. But satu hal pulak kat simpang tu. Tetiba ada Van Celcom potong que overtake Waja itam yang dok dari tadi menunggu nak masuk. Bengong!
Yang kelisa merah tu pulak tak reti nak menyabar overtake aku and laju je nak jalan. Sekali Perdana tu pun tak habis reverse lagi. Menunggu jugak sudahnya.
Time aku kat JJ ni dalam pukul 12.30 camtu. Lunch time. So masing masing dah lahap agaknya nak g makan. Tu yang tak reti nak menyabar semuanya. Weyh, ape salahnya bagi jalan kat orang lain. Bukannya lari arah tujuan ko tu. Ape yang ko dapat kalau la katakan eksiden time tu. Tak ke lagi lambat korang boleh blah.
Lagi satu, selagi dapat semua nak parking depan pintu kedai. Tuhan dah bagi kaki, gunakan la. Itu lah masalahnya orang orang kita ni. Pemalas nak berjalan! Lagi suka tersekat beratur bersusun semata mata nak tunggu parking dekat. PELIK!
Kalau aku, biarlah aku jalan jauh sikit dari nak bersesak sesak duk berbaris semata mata nak tunggu parking nan sekerat camtu. Hissh. Tak kose.
Ok la. Dah terlebih bebel plak. Jangan terburu buru memandu. Ingat! Nyawa takda ganti. Bukan boleh beli kat hardware ke kat TESCO ke nyawa tu. Jangan jadi penyebab eksiden. Menyesal tak sudah lagi lagi kalau melibatkan nyawa orang lain. Drive safely and have a great day.
PS: Nak laju ke nak wheelie ke pastikan la di tempat yang betul dan kondisi kereta tu baik. But, malang tu tak berbau kan. So, berpada pada lah.