Friday, December 31, 2010

Tak Tau Nak Kata Apa Dah

Salam 31 Dec 2010 ols. Weee. Dah tiba kita di hari terakhir tahun 2010 yer. Dah tanam azam baru belom? Hmm.. Ape je nak cerita kat korang ni yer? Aku jadi blur la nak update ape. Banyak nak tulis, tapi sebab dah banyak tu trus jem kepala otak den. Hahahaha

First of all, selamat bercuti la yer. Hohoh. Public holiday woo. Sempena kemenangan team Harimau Malaya di Piala Suzuki kan. So, congratulations. Buka blog sana sini bersepah update pasal kemenangan ni. Aku je lambat cerita kan. Bese la, slalu tertinggal tren kan. 

Pape pun aku nak wish korang very very the happy New Year 2011. Antara tarikh tarikh cantik tahun ni ialah 01.01.11, 11.01.11, 09.10.11, 11.11.11.  Ape lagi ek tarikh cantik.? 6.6.11 cantik tak?? Hohohoho




Ok ler. Otak dah jem nih. Ingat nak kene tido lu kot. Mana la tau ada mimpi datang nak buat entry baeeeeeeek punya kan. 

Eh jap. Korang sambut new year besenya buat ape eh? Or celebrate ngan sape? Kat mana? Huh, banyak la tanya aku nih. Apa apa je la. Janji jangan buat perkara perkara yang melanggar hukum agama dan sewaktu dengannya. 

Ok la. Nak tido la. Esok nak bangun awal sebab ada duty tak berbayar kene buat. Hohoho. Good mornight ols. 




Wednesday, December 29, 2010

Tips Tips Langsing Tanpa Ubat Ubatan - Bhgn 2

Salam ols. Jumpa lagi kita. Hehehe. Ape cer je korang hari ni? Tinggal lagi beberapa hari je lagi kita nak ke tahun baru 2011 kan. Dah ada nak tanam azam baru ke. Mana azam yang tak kesampaian tu, bawak bawak la ke tahun depan eh. Kot leh tercapai kan. Insyaallah. 

Ok, seperti yang telah dijanjikan, ni sambungan tips yang lepas. Sapa yang dah terlepas Tips 1 hingga 5 leh terjah kat SINI.. BTW, Good Luck eh. 

Klik Jom Terbang tu.



Tuesday, December 28, 2010

Tips Tips Langsing Tanpa Ubat Ubatan - Bhgn 1

Salam ols jumpa lagi. Hari ni aku nak share ngan korang tips kesihatan sket. Bukan abang darkbatman aje yang tau pasla kesihatan ni taw.. Kehkehkeh..  Gurau je Aie. Pinjam nama jap eh.

Ok la. Ni tips langsing ada 3 bahagian yang akan disiarkan secara berperingkat. Total tips ada 26. Jangan lupa baca dengan bersungguh sungguh yer demi untuk mendapatkan hasil yang maksimum.. Hehehehehe

BTW, thanks to member group Taman2 Syurga. Ihsan emel dari group ni yer. Klik Tebang Lagi untuk kisah selanjutnya....


Rahsia Hati

Salam ols. Ape cer hari ni? Ada baik ka? Amacam hujung minggu korang? Hohohoho..:). Dah hari Selasa baru nak tanya kan. Ape punya tuuur la..Hehehehe.. Walaupun agak lewat nak update sal weekend aku aku tetap update jugak.. Ngeeeee

Pantai Blue Lagoon..


Kisah hujung minggu aku bermula seawal pagi kol 8. Perghh..Giler ah. Awal tu. Macam g keje la pulak. Hehehe. Tapi PD punya pasal, aku relakan jua. Kalau entry lepas kata nak meronda ronda kan. Memang hakikatnya aku meronda la. Tapi orang kata menyelam sambil minum air. Wooiit. Bukan aku g menyelam taw kat PD tu. Kot la kan ada yang tak paham peribahasa. Maksudnya buat double kerja dalam satu masa la ( Aku kantoi bab bab menterjemah ni.. Hehehehe)

Nak tau lagi?? Klik butang jom terbang lagi.



Friday, December 24, 2010

Esok Cuti..Yeaaay!!

Salam Jumaat ols. Di pagi yang indah dan meriah ni (meriah la sangat kan) aku nak wish Selamat Hari Jumaat. Hahahaha. Well, nape lak aku tetiba eksaited esok coti? Kalau ikutkan memang setiap Sabtu aku coti pun kan. Cumanya minggu ni ada lain sket bukan sebab esok Hari Ho Ho Ho..Tapi sebab esok tak payah datang keje. Hahahahahaha




Wednesday, December 22, 2010

[Tag] Q&A

Salam malam ols. Pe cer hari ni? Hari ni takda cer sangat nak storymori. Hehehe.. Tapi tetap nak update sebab semalam dah coti berupdate kan.. Ada idea nak update masa tengah berblogwalking, singgah kat blog Brader Qamarguyz n tengok ada pulak tag cam menarik. Tanpa berlengah, aku pun mintak hizin la nak tag diri sendiri ..hahahahahah Tak malu kan..kehkehekh.. 

Instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly

Name : 
RerameUngu, Rerame, Ungu


Tuesday, December 21, 2010

Link Between Man & God

Salam ols. Jumpa lagi di hari Selasa nih..Ape cer? hehehe.. Ni aku ada nak share dengan korang di hari Selasa yang indah ni.. Sedang aku belek belek emel tadi, ada lak jumpa satu emel ni yang menarik perhatian aku. Tajuknya "Worth Reading...Link Between Man & GOD"

The conversation you might read below aku copy directly from the email. So, enjoy reading. :)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Don't miss even a single word.... It's Too good

Monday, December 20, 2010

Monday Blues Yang Tak Blues

Salam Isnin ols. Pe cer hari ni? Ada sehat ka? Kalau tak sihat tu cepat cepat g jumpa doktor la eh. But, jangan pulak ada yang pura pura sakit sebab malas nak datang keje. Tak baek wooo. Almaklumlah, hujung tahun dah kan. So mood tu mungkin ada yang terkurang daripada biasa la kan. Lagi lagi pulak time time cuti sekolah ni. Dalam kepala nak bercuti je. Aku pun. Tapi tengah carik tarikh dan hari yang sesuai nak bercuti ni. Cuti sekejap pun jadi la kan. Hehehehe

Ok la. Bagi yang Monday Blues hari ni tu, sila jangan. Ni ada few quotes yang boleh direnung renungkan...Ngeeehehehehe.

"Move out of your comfort zone. You can only grow if you are willing to feel awkward and uncomfortable when you try something new - Brian Tracy"
"Some people see things as they are and ask why. Others dream things that never were and ask why not - George Bernard Shaw "
 "To be blind is bad, but worse is to have eyes and not see - Helen Keller"

Ni ada lagi bagi menjamu mata korang...

Thursday, December 16, 2010

Design Baru

Salam ols. Pe cer? Lama tak update belog sayang so~so~ nih. Heheh. Hari ni agak free sket, so sesaje la nak ubah penampilan rupa blog aku nih. Cam dah boring pulak tengok yang lama tu. Hehehehehe.. 

So ni la rupa baru blog aku. Apa pandangan korang?? Komen komen la eh.. Thanks in advance..

BTW, yang lama ropenye macam ni...:)





Ok.. Selamat makan tengahari yer :)

Monday, December 13, 2010

Pemanasan Enjin Yang Betul

Salam ols. Selamat Hari Isnin. Ape cer di pertengahan bulan December nih? Dah agak lama aku tak update belog dengan cerita yang panjang kan. Hehehe. Lately masa tak berapa nak mengizinkan ditambah mood nak menaip panjang panjang tu tak mai lagi. So selesa dengan update by phone je. Walaupun agak kelam kabut sket kan pengisian tu. Hahahaha.

Ok, dikesempatan yang ada ni aku nak la berceloteh pepanjang sket. Hehehe. Pemanasan enjin yang betul? Saja je pilih tajuk tu bukan nak bagi korang cara cara memanaskan enjin kereta atau motor korang yer.Baca la nak tau lanjut.



Saturday, December 11, 2010

Plan Yang Tak Menjadi


Plan Yang Tak Menjadi
Originally uploaded by Rama2Ungu
Salam Sabtu ols. Pe cer hari ni? BTW, selamat berhujung minggu la eh.. Harini aku kerja tapi dengan terpaksa. Actually harini ada pre launch event kat ofis ni. Rumah double storey terrace. Sapa yang tengah mencari cari rumah yang sesuai, moh la datang ke Kota Seriemas, Nilai ni. Kot la kan ada yang terbekenan. Hmm, dalam sibuk menyibukkan diri ni ternampak lak sorang customer bawak baby girl. Otometik teringat kat arwah baby Dina. Tetiba rasa cam habuk masok mata (colek kata2 mario). Tapi cepat cepat la cover. Kang heran lak diorang ni kan. Hahah.. Kalau ikutkan hati aku memang cam malas je nak datang hari ni sebab ingat nak rehat puas puas. N mood kerja tu tak datang lagi. Tapi sebab dah trima arahan, datang je la kan.. Ni pun tengah tolong tolong mana yang patut. Boring bila buat kerja yang x sepenuh hati..

Thursday, December 09, 2010

Duduk Renggang Renggang


Duduk Renggang Renggang
Originally uploaded by Rama2Ungu
Salam ols.. Ape cer hari ni? Dah 5 hari aku cuti n ni baru masuk kerja balik. Dan belom apa apa dah kene suruh g HQ awal pagi. Sabar je la.. So ni masih menunggu arahan seterusnya.. Hehehe. Belom dapat nak get the groove balik. 
Hmm, dah dua hari baby xda.. Kadang kadang teringat kat dia. Teringat gelagat dia n kekadang cam terngiang ngiang je suara dia kat telinga ni. Tapi aku xnak terlalu layan perasaan sangat. Kang terbawak bawak susah plak. Kita yang hidup ni perlu teruskan kehidupan kan.. 
Ok,ni gambar masa malam terakhir kami berkampung di depan ward PICU tu. Dua orang sepupu aku tengah makan beradab. Hahah.. Apa apa je lah.

Tuesday, December 07, 2010

Baby Irdina Meninggal Dunia

Salam ols.. Salam Awal Muharram 1432H.. Hari baru dan permulaan kita di tahun baru Islam.. 
Di awal pagi tadi (7 Dec), kami telah dikejutkan dengan berita pemergian baby. Setelah bertarung nyawa dan pelbagai usaha juga sudah dilakukan untuk menyelamatkn baby. Tapi ternyata Allah lebih sayangkan baby. Jenazah baby telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di sini sebelum Zohor tadi.. Kehilangan baby memang cukup besar impak dengan kami semua. Apatah lagi kami baru saja kehilangan atok lebih kurang dua bulan lepas.. Memang cukup terasa baby dah takda. Air mata ni cukup mudah mengalir bila terkenangkan baby. Baby yang sering menarik perhatian kami semua dari yang kecil sampaila yang besar. Tapi kali ni merupakan perhatian yang berlainan sebab ini kali terakhir kami menatap muka baby.. Sebak, sedih semua ada. Tapi aku redha kalau itu yang terbaik untuk baby. Allah lebih sayangkan dia kan. Al-fatihah. (Gambar terakhir baby di PICU yang sempat aku snap)

Monday, December 06, 2010

Si Rambut Pacak di HUKM


Si Rambut Pacak di HUKM
Originally uploaded by Rama2Ungu
Salam tengah malam ols.. Kala aku menulis ni aku berada kat HUKM. Menanti. Menanti dan terus menanti perkembangan baby Dina. Jam 10 lebih tadi aku terima SMS dari makcik bagitau baby kritikal di HUKM. Aku tak dapat nak tafsirkan apa perasaan aku masa baca SMS tu.. Bercampur baur antara marah, geram, tekejut n kosong lepas tu.. Jangan tanya kenapa dua perasaan awal tu ada.. Sekarang ni kalau ikut kata doktor harapan dia tipis.. 2 kali pernafasan dia xda dan 2 kali jugak CPR dilakukan. Now we just wait, pray n hope for miracle.. Yang hanya membantu baby bernafas dan bertahan skarang hanya mesin bantuan pernafasan.. Guys, tolong doakan baby yer.. Aku belom berkesempatan lagi nak masuk tengok baby. At this hour, they normally wont allow visitors. But since this is different case they make an exception. I definitely will see her. Plus when the docs said call the other relatives to come.. Hmm. Whatever it is, Ill stay positive as i possibly can.. Im on EL for sure tomorrow. [Live Update]

Wednesday, December 01, 2010

Selamat Bulan Baru, Bulan Terakhir Tahun

Salam 1 December ols. Wow! Dah December dah ooo..Lagi 30 hari je lagi nak ke tahun baru. Weeeeee.... Secara rasminya in iadalah first entry untuk bulan DECEMBER. Kehkehkeh. (Dah terang nyata lagi bersuluh ye dak)

Ok la. Ni saja nak share info 1 December ngan korang. Apa yang terjadi pada 1 December ni.

  • Ni baru aku tau pagi tadi la. Minyak RON 97 dinaikkan harga sebanyak 15sen daripada sebelum nih. [Kosmo Online]. Heh. Aku gune Ron 95 jek...Hehehehehe
  • Event anjuran Ministry of Tourism. (Basically throughout December punya event la) - [LINK]
  • World AIDS Day - [LINK]
  • Diskaun Saman Trafik [LINK]. Korang leh cek la kot ada saman kat Myeg or kat RILEK
  • Beratur 12 Jam untuk BB Torch RM8 (Sumber Kosmo) - Perghh.. Giler ah. Aku tak berapa nak minat BB ni. So aku tak heran la kan.

Ni cakap pasal cek saman ni kan,memang tensen je aku rasa. Adeehai. Aku terai nak cek saman dari kol 9 pagi tadi sampai la ni kol seblas tak jugak aku selesai cek saman. Hahahahahaha. Ni je la window yang keluar bila aku request checking n register.



Ramai giler la ni yang nak cek saman Sebab tu la punya la seksa menunggu.  Sempat dapat sesekali page tu ada something new la. Kena register lu sebelum leh cek saman. Kalo dulu masuk leh je terus cek saman tak payah nak register register bagai. Skang ni masuk kene register lu baru leh cek. Haiiyaaa. Manyak leceh la nak register register nih. Nak cek je pun.Tak padan la ngan nama RILEK tu (Walaupun RILEK tu just an acronym for 'Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan').

So aku register la jugak. Bukan apa aku cek. Semenjak keje kat sini aku selalu travel between offices. Risau la jugak sebab kekadang ada gak ter'speeding' (tipuuuu. Takdanya ter ter tu...Heheh). Tu yang nak cek. Kalo ada, kene la paksa rela bayarkan. Dari menyusahkan di masa hadapan. Especially masa nak renew insurance n road tax.

Ok la ols. Nak sambung kerja. Kang lagi lama aku kat sini lagi aku bertambah leka la. Tak sempat lak siap kerja ni kan. Hari ni kalau boleh nak balik on time. The latest by 6 pm mesti kluar dari ofis. 


PS: Tak sabar nak tunggu hujung tahun. Bercoti2..
PSS: Tahun baru Islam pada 7 December bersamaan 1 Muharam 1432H.

[Hit Counter] Perghargaan ke-2

Salam Ahad geng. Ape cerrr?? Ada sihat hari ni? Pe lak plan korang hari ni? Hohoh.. Soalan sungguh skema. Hahahaha

Ok la. Malas la nak intro berjela jela. SO dipendekkan cerita aku nak bagi penghargaan lagi ni kat korang pembaca dan pengunjung setia aku (Ada ke ??).

Macam Penghargaan Pertama September lepas, Kak Ngah telah mengotaikan diri dengan dapat hadiah tu. Kali ni sapa pulak yer? 

So, syarat penyertaan??? Sapa kata takda ada... Moh la terbang lagi ngan aku.


Tuesday, November 30, 2010

Backup Plan

Salam ols. Jumpa lagi. Pe cer korang hari ni tadi? Ok ke? Well, aku punya cerita macam entry sebelum ni la. Yang tak tau tu sila la jengah jengah kat SINI

Purpleeeee woooooooo!!! I Loikeee... Tengah cuci mata dalam JJ tu skali terserempak ngan selonggok kaler purple punya peralatan. Perrrrgghh. Terpana den kojap. Hahahaahaha

Monday, November 29, 2010

Si Rambut Pacak Yang Comel

Salam Isnin.. Pe cer? Tengah boring ni. Saja nak update gambar baby masa dia 6 bulan. Sapa kata rambut pacak layak untuk lelaki je. Ni baby girl pun boleh taww.. But satu special tak guna minyak rambut pun.. Original pacak! Weee...

Saturday, November 27, 2010

Hari Ni Hari Sabtu

Salam ols. Hari Sabtu dah. Tapi aku saja datang keje buat OT. Sebab duk umah tak buat ape kan. Lagi pulak bila dah biasa kerja hari Sabtu. So, takde hal punye nak OT. Keje pun ada jugak nak kene settlekan. Why not kan.

Tapi aku takda la nak duduk seharian kat opis ni buat kerja. Ingat kan nak g terjah MAHA Ekspo 2010 kat Serdang tu, tapi aku malas pulak nak pergi sorang sorang. Tak best takda geng. So batalkan je niat. But that soesnt mean aku tak buat ape ape hari ni kan.  Backup plan mesti kena ada. Hehehe. Ape Bakcup Plan aku? Jom la baca lagi.

Thursday, November 25, 2010

[Live Update] Hujan


Hujan
Originally uploaded by Rama2Ungu
Salam ols.. Ape cer hari ni.? Its quite a busy day for me as today got lot of work do one, and have few meeting to coordinate as well.. And because of that i forgot to eat.. Hahah.. But, nvm. Ill eat later.. I have dominos garlic bread heeere..hehe 

Ok, talk about the picture shall we.. Raining! And very very heavy rain as i type this entry.. Tengok gambar tu macam dah malam padahal baru je pukul 3.30.. Huhu.. 

OMG! Dah blackout.. Petir kuat woo.. Guruh lagi.. Lama dah tak hujan lebat giler camni. Kilat tu x habis habis memancar. One after another.. Guruh pun samala.. Ibarat irama dan lagu kan.. Ada kilat,adalah guruh.. Hehe. 

Ok la ols. Nak buat apa yang patut la. Aku ni dah tekejut tekujut dah sebab kilat nih.. Lagi lagi ofis aku ni keliling kaca. Macam ada extra effect plak..

Ps: Jangan main hujan. Nanti demaamm...(n_n)\/

Tuesday, November 23, 2010

[Live Update]Still Working.jpg

Walauweyh geng..Im still at the office rite now.. Pening dah kpala ni sitting depan lappy ni dari tengahari tadi..Bilo nak abih ntah ni..

Kalau Berpacaran

Salam Selasa ols. Ape khabar ols? Ada sihat? Budak budak skolah dah mula bercuti panjang dan pelajar pelajar Form 5 n Form 6 sedang berhadapan dengan peperiksaan besar mereka. I wish u ol da best for the exam. Adik pun antara salah seorang calon SPM tahun ni. Aku harap dia buat yang terbaik sebab ada ganjaran untuk dia dari aku kalau keputusannya gempak. Hohoho..

Dan kepada ibu bapa jangan la lupa nak bawak anak anak anda berjalan beriadah dan bercuti. Terutama ibu bapa yang sibuk bekerja tu kan. Masa maca camni la nak spend time (quality time) dengan anak anak. G la bercuti ke tempat tempat menarik dalam Malaysia ni. Banyaaak wo. Antara nak n tak nak jek. Hee..

Ok la. Panjang pulak intro aku yer. Hehe. Klik la terbang lagi for more.

Sunday, November 21, 2010

Sehari Berjalan

Salam ols. Seperti yang dijanjikan, ni entry update untuk entry semalam. FYI, entry tu di post secara live dari Melaka menggunakan MMS je. HEehehe. 

Ok. Cerita Sabtu aku bermula apabila aku bangun pagi. Kehkehkeh... Ok gurau. Nak tau lagi jom la terbang lagii.

Ini bukan aku for sure.. Heehehe

Saturday, November 20, 2010

Dataran Pahlawan, Melaka.jpg

Salam Sabtu ols. Buat pe u ols? I am at Melaka rite now..Saja jalan jalan spending the day. Satu perjalanan x dirancang..
Ok ols. Ill update u once im home..

Friday, November 19, 2010

Irdina Menjeling Jeling

Originally uploaded by Rama2Ungu.


Jeling jeling (Updated:)
Salam ols. Saja je nak update kejap. Gambar tu aku upload melalui live blogging Flickr. Lepas tau dari blogger bardbakhtiar malam tadi. Heheheh. G la terjah blog beliau eh untuk tau lebih lanjut. Ini percubaan ke dua aku upload. Senangnya upload guna maxis je. Celcom agak pening hasilnya.


Thursday, November 18, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris? =)

Haluuu. Jumpa lagi. Ni nak buat entry giveway tag by zRul. Thanks zrul tag kite..

So, tebang lagi n scroll down for more.


www.nadiafarahida.blogspot.com



Shoutmix Under Maintenance

Salam Khamis ols? Ok ke raya korang? Hari ni aku dah mula kerja balik. Mood nak kerja tu kurang la walaupun takda la beraya sangat pun. Cuma satu alasan untuk taknak duk umah. Tensen la. Keje lagi baik kan. Hehehe. Lagi pulak baru keje, so tak layak lagi nak cuti. 

Ok, abaikan pasal tu. Jom terus ke tajuk. Pagi ni bukak je blog memang akan cek ke shoutmix tu dulu. Baru nak login admin skali tengok ada mende alah ni....

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha







Salam Selasa ols. Dikesempatan yang ada ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua rakan rakan di alam maya ni. Berhati hati la semasa balik ke kampung, Berhati hati jugak masa makan rendang, lemang dan segala hidangan yang ada. Dan jaga diri bebaik. Hehehe

Aku cuti sehari je yakni esok je la. Lepas tu kembali bekerja macam biasa la. Nak cuti nanti takda pulak orang kat ofis sebab kebanyakannya bercuti. So, im the queen la nanti. Hahahaha.. Takde la. Banyak keje nak kene buat, so simpan je cuti tu for something else.

Ok la. Hari ni boleh balik pukul 3. Jap lagi balik boleh la buat ape yang patut kat umah. Ada mini projek aku tak terbuat dari Ahad lepas. So hari ni mesti buat. Nak tau ape dia, nantikan next next entry. Hehehe

Ok la. Take care n have a safe holiday.



PS: Ada sesuatu menarik menanti anda di sini.. Nak tau apa? tungguuuuuu....

Monday, November 15, 2010

Peluh Ahad

Salam ols. Ape khabar di hari Isnin ni? Amcam weekend korang? Well, ni aku nak story morry sket la pe jadi ngan weekend aku. Hehe

Pertamaya hari Sabtu aku kerja la. Saja nak OT siapkan kerja yang tak sempat siap hari Jumaat tu. Masuk kol 10 pagi dan keluar kol 4.00 petang. Ahadnya aku banyak lepak di rumah je. Nak tau lagi lanjut, moh le baca..

Saturday, November 13, 2010

Award: Blog Cantik

Salam Sabtu ols. Ape cer hari ni? Hoho. Kala ni aku ada di ofis untuk menyiapkan beberapa kerja yang tak sempat siap semalam. Dok umah pun bukan de buat ape kan. Baik keje.. Huahuahuah..

So, di pagi Sabtu yang agak comey cuacanya ni aku nak buat la award yang diberikan oleh Dato Kay. Dah agak lamo den tak dapek award kan. Ni kira dah julung julung kalinya la ni.

Ni ha award yang den dapek dari Dato Kay ni.


 Dan seperti biasa la kan mestinya ada soklan nak kene jawab. Hoho..

Wednesday, November 10, 2010

Kosong

Salam Rabu ols. Pe khabar ? Lama gak aku tak upload eh..Sorry la kalo korang masuk entry lamaaaaa je kan..Ni pun sesaje nak update..

Hehe. Insyaallah nanti aku update. Ada la dua tiga idea nk menulis ni. Tapi bila nak start type je terus lintang pukang idea tu. Hahahahaha

Hampun la yer. Ok, take care ols. See u soon in next entry..:)



Thursday, November 04, 2010

Aku Rasakan.....(2)

Salam Khamis ols.Waaah. Kejapnya dah hari Khamis. Tak rasa pun cam dah Khamis. Tu tandanya kiamat dah dekat la tu. Jom sama sama la kita beringat eh.

Ok, bukan nak tazkirah ke ape ni. Ni nak buat sambungan entry semalam. Alah, yang aku nak tampar orang tu. Mesti pelik je kan tetiba entry garang. Haha.. Garang ke tu? Aku pun tak tau la pulak.

Sebenarnya memang aku bengang giler la kan. Ada la sorang mamat ni call nak carik gaduh pulak. Huh! Ape kes??


Wednesday, November 03, 2010

Aku Rasakan.....



Tuesday, November 02, 2010

Drama Cinta, Kedai Tayar

Salam ols. Ape cer? Hehe. Opening entry yang sungguh klise kan buat blog aku  nih. Tak reti aku nak buat bahasa bunga bunga ke hape ke. Aku suka welcoming yang macam ni. Okeh..

Abaikan pasal ke'klise'an opening entry aku. Ni ada cerita nak story sama u ols. Actually perkara ni jadi semalam. Bukan dekat aku, tapi dekat aku jugak. Camana tu? Nak tau baca la lagi.. Tu, butan gterbang lagi kasi tekan..


Monday, November 01, 2010

I LOVE YOU!!

Salam ols.. Ape cer hari ni? Keje on Monday Blues ok tak? Kehkehkeh... Pape pun, selamat beristirehat la eh. Get a good sleep okeyh. To gals, try to get beauty sleep. Heheh

Tajuk tu cam ape je kan. Memang. Memang dalam hati aku sedang ada taman skang nih. Sukeeeeee sangat sangat sangat sangat. 


Saturday, October 30, 2010

Hari Ini Dan Semalam

Salam ols. Selamat hari Sabtu dan selamat berhujung minggu yer. Ape pulak plan korang minggu ni? Tak kira la ape pun yang korang lakukan, make sure give safety a priority. Memandu ke, beriadah ke, joging ke dan segala apa yang korang lakukan, pastikan keselamatan diri dan keluarga serta persekitaran anda menjadi keutamaan. 

Ok. Aku bukan nak cerita pasal keselamatan di sini. Aku just nak story mory apa yang recently jadi in my life. Tak banyak, tapi cukup sekadar memberi peringatan pada aku.



La la la la..Kerja

Yup. Kerja. Minggu depan (4th November) genap la usia sebulan aku bekerja di tempat baru ni. So far so good. Walaupun kekadang tak bleh nak catch up semua perkara dalam satu satu masa. Well, baby steps la kan. Baru je sebulan. Ngeeeee

Thursday, October 28, 2010

SPAMMING!!!!

Salam ols..Sihat hari ni.? Lama gak aku tak hapdet eh. Takda mood la nak tulis entry. Hahaha. Bese la kan..Ada masa angin kus kus tu.

Tak semena mena hari ni pagi aku dah ada mood pulak nak tulis ape. Ni pun jadi masa aku cek yahoo mail aku tadi. Settle cek kat inbox, terjah la pulak spam box. Kot kot la kan ada emel penting sesat ke sana plak. Cek punya cek memang baaanyaaaaak...

Sunday, October 24, 2010

Kereta Oh Kereta

Hancusss plan aku hari ni!! Waaarggghhhh (belum tahap hijau lagi yer)

Salam ols. Apehal lak tetiba memekak tu kan. Well, seperti yang aku katakan, apa yang dirancang belum pasti dan tentu berjalan. Kita hanya merancang. Dah betul la tu. Aku sekadar merancang nak melakukan aktiviti untuk hari ni, tapi ada penghalangnya.




Alah, korang tengok tajuk tu mesti dah paham la pasal apa. Kereta aku la buat hal tetiba. Adeeeh. Sakit kepala la camni. Tapi takpe la. Dugaan namanya.

Hobin Jang Hobin

Salam tengah malam ols. Ada sesapa lagi masih berjaga tengah tengah malam ni? Takkan awal sangat tido kot malam malam minggu camni. Tak remaja la weyh.. Hahahaha...Ayat bese aku dengar la masa dolu dolu kan. Skang pun ada g cuma dah jarang kedengaran kat telinga sendiri.

Ape da aku memebebel tetengah malam nih kan. Saja nak update walaupun tengah kekeringan idea nak bercerita pasal apa. Mood agak terlebih nak berupdate memalam buta ni.

Walaubagaimanapun, ni ada beberapa perkara nak share ngan korang..

Saturday, October 23, 2010

Nothing

Salam Sabtu ols. Pe cer hari ni? Buat ape je? Hari ni aku tak buat ape pun. Macam boring pulak lepak kat umah  je. Yela, dah biasa Sabtu kerja kan. Even half day at least got reason.



Now, seharian duk umah tak buat ape. Boring teramat la. Tadi kira plan nak kluar, tapi belum apa apa dah ujan pulak turun mencurah curah ke bumi. Potong niat. Dah alang alang nak keluar ni ingatkan nak terus g cuci kete inside out. Then baru g tengok wayang ke kan. Bila dah hujan, nak keluar sengsorang lak, memang potong habis la..Takpe esok je la aku jalan jalan.

Hari ni just lepak je kat umah tengok TV. Tu pun tak da sangat citer best best. Huh. Sabar je la. Padan la muka aku takda kawan kat sini. HAhahah

Friday, October 22, 2010

Mesti Tengok Punyaa!!

Salam pagi Jumaat ols. Ape kes hari ni? Hahaha..Awal lagi so tak tau ape kes akan jadi hari ni ye tak? Pape pun aku harap hari ni bakal menjadi hari dalam kenangan dan sebagainya lah. Have a great day hopefully.

On my top list a must see movie...Hahahaha..Cam lawak je citer ni. Lagi plak ada The Rock n Samuel L Jackson tu.
Ok. Hari ni dah Jumaat dan hari last bekerja untuk kitaran minggu ni kan. Esok dah Sabtu so ape agak agak plan korang esok? Aku semenjak dah bekerja 5 hari seminggu ni cam kekok lak nak berhujung minggu cam biasa. Hahaha.. Yelah, selalu tersasul hari Sabtu bangun awal nak g keje. Kehkehkehkeh.. Takpe, lama lama nanti ok la kan..Heeee

Tuesday, October 19, 2010

Satu Kehidupan

Salam ols. Agak lama aku menyepi dalam menulis entry ni kan. Well, aku masih dalam pencarian untuk penentuan matlamat. Hahahahah.. Cam bagus je ayat tu. Takda maknanya. Buat masa sekarang memang limit la masa untuk aku kembali berblogging seperti sediakala.


Wednesday, October 13, 2010

Pergi Tak Kembali

Salam Rabu ols. Baru bepeluang untuk aku online masa ni. Mencuri sedikit waktu sebelum beradu. Kalau diikutkan kondisi mata ni memang tak dapat bertahan since aku tak dapat melelapkan mata untuk lebih kurang 40 jam kini. Maka, dikesempatan yang ada ni aku nak mengkhabarkan satu berita. Boleh diklasifikasikan sebagai sedih. 


Tepat jam 12.05 pagi tadi, Atuk aku telah kembali ke rahmatullah. Sesuatu yang agak mengejutkan bagi aku walaupun aku telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan semenjak Atuk terlantar. Setelah hampir setahun terlantar, di tanggal 13.10.10 Atuk menghembuskan nafas terakhirnya. Dengan mudah, Alhamdulillah. Cuma aku berasa sedikit terkilan sebab tak berada di sisi Atuk semasa pemergiaannya. Nasib uwan ada dan sempat ajar Atuk mengucap. 

Sekian.



PS: Maaf andai tulisan kali ni agak kelam kabut dan tak teratur. Sebabnya, kepala dah tak berapa nak centre sebab lebih membayangkan bantal je ni. Hehehe..Papepun, Insyallah aku akan cuba update lagi setelah segalanya selesai.






Friday, October 08, 2010

Rumah Terbuka Hari Raya

Salam Jumaat ols. Hari ni merupakan hari terakhir di bulan Syawal. Permulaan Syawal di hari Jumaat dan pengakhiran Syawal juga dihari Jumaat. Penghulu segala hari. Di kesempatan penghujung Syawal ni, masih ramai yang menganjurkan/mengadakan rumah terbuka. Dan salah satu daripadanya ialah syarikat tempat aku kerja ni. 



Kampung aku malam tadi pun ada rumah terbuka. Tapi aku tak tau sebab tu tak pegi. Kalaupun ada jemputan tak tentu lagi aku nak pegi pun. Hahahah.. Meriah jugak la aku tengok. Dah buat depan rumah aku, nampak je dari tingkap umah. Lokasi kat pondok polis sebab kawasan laman dia luas. Siap ada karoke lagi u. Aku sampai sakit telinga la dengar diorang ni melalak 'menyumbangkan' lagu. Tak la nak mengutuk, tapi berkata kata je. NGeeeee...Dari ke lagu raya sampai la ke lagu masa kini. Kebanyakkannya bersuara seakan-akan Dato' Siti dan Jamal Abdillah. (Dah lagu di karok pon lagu depa, adeeh)

Wednesday, October 06, 2010

Truly Appologize

Salam Rabu ols. Ape cer hari ni? Hari ni aku rasa tak berapa sihat dan selesa untuk bekerja tapi tak best pulak nak ambik cuti kan. Hehehe. My perasaan je tu kot. Its ok. Masih boleh bekerja ni.

Ape kes ngan tajuk aku tu siap mintak mintak mahap lagi tu? Nak tau baca lagi la eh.


Monday, October 04, 2010

Hari Pertama

Salam Isnin ols? Ada ke yang ber'Monday Blues' hari ni? Harap harapnya semua ok lah yer. Macam aku. FYI to those who don't know, hari ni merupakan hari pertama aku bertugas di tempat baru, bos baru, suasana baru dan job scope yang agak baru jugak. Hehehe.. 

Nak tau ape jadi kat hari pertama aku bertugas hari ni, jom terbang lagi yer..

Saturday, October 02, 2010

Permulaan Baru, Di Hari Jumaat

Salam ols. Selamat hari Sabtu. Hari ni hari ke-dua aku tak perlu pergi kerja. Hehehe. Dah berhenti di tempat kerja lama. Best jugak kan lepak lepak ni. Tapi aku ni dah biasa kerja, so setakat seminggu ke bawah tu ok lagi lepak lepak. Dah masuk minggu ke dua bleh jadi sawan tak kerja. Hahahaha

Ok, merapu lak intro tu. Ni saja nak update entry je. Nak story la pasal my pre-employment preparations. Semalam, as in Friday 1st October aku dah tak bekerja dan aku ambik kesempatan tu untuk menguruskan pasal kerja baru yang mana aku bakal memulakan kerja 4hb ni nanti bersamaan hari Isnin. Antaranya ialah g sign/ ambik offer letter and also buat medical check up n open up a Maybank account. 

Nak tau ape cer? Jom la terbang sama...

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Kedai Gunting

Salam malam ols. Ape cer hari ni? Ni ada cerita nak story kat u ols. Hal ni berlaku petang tadi la. Bila aku ingat balik nak gelak je rasanya. Adeehai..

Gara gara gunting ni la..

Jalan Jalan Cari Jalan

Salam ols. Selamat hari Rabu. Semalam seharian blog aku sunyi tak da new entry. Tetiba perasaan malas nak update tu tiba pulak. Adehhai. Nasib malas nak berblogwalking pun tak serentak datang. 



Hari ni pun cam malas je rasanya. Nak keje pun takda mood. Mementang la nak berhenti ye tak, terus malas nak kerja. Esok last day aku kat sini, so hopefully semua kerja aku bleh settle la. Ni ada
  

Monday, September 27, 2010

[Gambar] Kek Batik

Salam malam ols. Wee. Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, ni nak persembahkan kat korang kek batik yang sempat aku buat semalam (Ahad) kat umah akak aku. Gambar masa buat tak sempat nak snap la. SO ini la gambar yang dah siap dan dah dipotong potong. Lagi sedap kalau letak kacang badam dah cincang tu. Ada jual kat kedai. 

Tapi dalam kek batik ni tak letak la. Heheehe

Cerita Di Hujung Minggu

Salam Isnin ols. Ape cer hari ni? Perrgh. Dari pagi tak sempat nak berblogwalking. Sebab datang datang je opis, belom panas pun kerusi aku duduk, dah kene halau keluar ke site visit. Ke KL pulak tu. Area Pantai Dalam. Nasib la tak pergi sengsorang. Kalo tak maunya aku sesat kat sana. Mana penah pegi site visit sampai KL weyh...



Ok la. Tak usah la bercerita pasal keje aku hari ni. Ni nak story kat korang ape cer weekend open house aku eh. Hehe..Dalam sibuk beropen house tu aku langsung tak menjengah blog ni. Haha. Pecah rekod jugak la weekend tak online. Letih la weyh.. Minggu ni aku banyak rehat je. Nak free kan mind. 

Nak tau lagi. jom la terbang sama sama aku...

Saturday, September 25, 2010

Jom Berambeh Weyh!

Salam Sabtu ols. Pe plan u ols hari ni.? Apapun plan korang semua, selamat berhujung minggu la eh.



Hari ni plan aku nak ke Rawang.
.

Friday, September 24, 2010

Menghitung Hari

Salam  Jumaat ols. Ape kisah hari ni? Semoga hari ni lebih baik dari hari hari kerlmarin la eh.. Aku kat sini sedang menghitung hari.

Hari apa? hariiiiiiii


Thursday, September 23, 2010

[Keywords] Resipi Kek Batik

Salam Khamis ols. Sihat hari ni? Ape cer? Kepada yang berpuasa 6 atau mengganti puasa tu, Selamat Berpuasa la eh. Hari ni nak story pasal keywords lak. But this one is last month punya la. 

Nampak ape yang paling on the top.?? Ngeeeee

Tuesday, September 21, 2010

Malware Attack!

Salam petang Selasa pulak ols. Seharian semalam kebanyakan blog terutamanya yang ada memasang innity mengalami masalah. Aku pun turut terkena tempiasnya. Aku sendiri nak bukak blog pun tak buleh.. Memang paraaah la kan..Dan masalah tu berlanjutan jugak sampai hari ni. Cuma agak kurang.

Sebabnya, ada link blog blog tersebut dalam blog aku ni kan. Mula mula terkejut jugak. Sebab hampir semua blog yang aku pegi lawat tu keluarkan warning yang sama. 


Macam ni la ropenye warning tu. Tokojut den te kau..

Pemenang Bertuah

Salam pagi ols..Just nak short update je ni eh. Berkenaan Hit Counter 606 tu. Dah dapat pemenangnya.


Sunday, September 19, 2010

[Hit Counter] Perghargaan Pertama

Salam semua pembaca blog RerameUngu. Apa khabar di hari Ahad ni? Plan ke mana hari ni? Hari ni aku just plan melepak bersantai berehat di rumah je la kot. Nak meronda pun tak tau nak g mana dah kat Seremban ni. Lagipun, member kaki jalan aku dah takda kan. Hahaha

Ok, abaikan pasal plan aku. Sekarang ni aku nak inform satu berita gembira kat korang semua. Sempena usia blog aku ni setahun 5 September lepas, aku nak beri penghargaan kat korang pengunjung blog aku ni. Macam entry semalam korang dah tau kewujudan hit counter tu kan. So ini la tujuannya aku adakan hit counter tu.


Saturday, September 18, 2010

Kaunter Rerame

Salam Sabtu ols. Sihat hari ni? Ada jemputan ke open house ke kenduri kawen tak hari ni? Aku ada satu open house kat umah kawan, tapi tak tau nak pegi ke tak. Segan la nak menapak sengsorang. Even tu umah kawan. Hahaha..Tengok la karang..

Ok la. Hari ni tak banyak sangt kerja kat office. Just update kerja untuk hari Isnin je. Kebanyakan masa aku menghadap PC ni je memblogging dan berblogwalking je. Ni pun jam dah kol 1. Dah time balik. Kejap lagi la balik. Hohoho..

baru 2..so far la..hahahaa

Friday, September 17, 2010

Cuti 16 September

Salam ols. Salam Jumaat dan 8 Syawal. Hoohoho..Sejuk weyhh.. Hujan dari tengah malam tadi. Ikut hati malas ni memang nak membongkang je lagi kat katil. Tapi apakan daya la kan, aku kerja hari ni. Nasib gak keje tak banyak. Suma pun mood raya lagi. Staff kat ofis ni pun belom bertambah kepala lagi. Huhuhuh



Saja nak story mory aktiviti kat umah semalam. Semalam kan cuti Hari Malaysia. Nasib bos bagi cuti. Kalo tak, keje la kan. Hahahah.. Sempena cuti semalam tu macam macam jugak sempat aku buat. Hehehe.. Tetiba terajin

Wednesday, September 15, 2010

CONTEST: Dunia Dayat Domain Giveaway

Salam ketemu lagi ols. Di malam yang agak hening ni (hening la sangat eh dalam hiruk pikuk dah sepupu beramai kat umah ni) aku melayan blog so~so~ ni, teringat pulak jemputan Encik Dayat untuk join contest dia. Nampak menarik dan amat ringkas. So dengan besar hati dan rendah diri aku nak join jugak la. Untung leh pakai domain .com kan. Kehkehkeh...




Setiap contest pasti ada syarat penyertaan kan. So, meh terbang bersama nak lihat syarat syaratnya..

Alhamdulillah, Semuanya OK!

Salam ols. Jumpa lagi hari ni di Syawal yang ke-6. Kemeriahan raya masih terasa walaupun aku dah mula bekerja. Bekerja di saat orang lain masih beraya memang tak seronok. Tapi, kalau dah namanya kerja, terpaksa la harungi jua. (ceh, bermadah madah pulak)

Semalam sekitar petang kol 4 aku pass surat resign kat bos. Dia macam boleh baca je masa aku hulur envelope tu. Hehehe. Siap tanya aku "Ape tu? U pun nak resign jugak?". Aku hangguk je la. And dia bukak surat tu tak banyak cakap. Cuma tanya je aku keje mana, post ape and bila start kerja. And then dia pun cabut blah je ngan surat aku ditangan dia. Without a word. Gigil, seram sejuk semua ada masa tu. Hahahaha..

Tak la sampai tahap camni lagi..Hahahahah..

Mula-mula berkira jugak aku nak bagi ke tak surat tu. Takut

 

Tuesday, September 14, 2010

Salam Pertemuan

Salam 5 Syawal geng. Apa khabar? Lama aku tak menjenguk dan beramah mesra kat blog so~so~ aku ni kan. Almaklumlah, menyibukkan diri beraya. Padahal tak la banyak sangat rumah yang aku terjah pun. Lebih banyak merehatkan diri je. Yela, mana lagi dapat chance nak rilek bebetulkan. 

Kuih feveret aku time reraya nih...Ngeeee

Amacam raya korang? Ada baik ka takda baik? Mesti baik baik punya la tu kan. Aku bukan nak cerita raya aku kat korang. Just nak wish welcome back to blogging world. And welcome back to work kepada sesiapa yang dah mula bekerja semula tu. Macam aku. Hahahah

Hari ni aku start kerja balik dah. Even rasa hati tu nak jugak sambung cuti. Tapi aku tau, aku sambung cuti pun bukan menyenangkan aku, malah menyusahkan sebab nanti telefon aku ni tak berhenti berdering. Ada je call dari office nanti. Sedangkan semalam dan sehari sebelum raya tu  aku bercuti pun banyak call masuk dari office ni. Adeeeh. Susah jugak bila aku sorang yang jaga tender ni. Nak cuti pun tak senang. Nak tutup phone, nanti orang lain nak carik aku pulak susah. Sabar je la.

Aku je sorang malay staff yang dah masuk kerja hari ni (exclude foreigners la). Ceeeh. Yang lain sambung cuti sampai minggu depan. Ni aku belum mengadap tuan besar lagi. Karang dia dah setlekan pekerja pekerja luar dia tu baru aku g menghadap. Terus bagi 'cenderahati' kezutan kat dia. Ngeeeee...

Ok la. Ni nak sambung kerja mana yang patut. Nanti kita jumpa dan beraya ke 'rumah maya' memasing eh. Jangan lupa sediakan kuih raya taw.:P



PS: Lepas raya nak kene mentenkan/ turunkan berat lagi sebab masa puasa dah berjaya 
kurangkan beberapa kilo. Yeeehaaa!


Tuesday, September 07, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam ols. Dah 28 Ramadhan eh hari ni. Tinggal lagi beberapa hari je lagi kan kita nak menyambut raya. Korang punya persediaan macam mana? Dah settle ke masih ada yang menanti last minute untuk persiapan terakhir. 

Monday, September 06, 2010

Berita Baik Di Pagi Isnin

Salam Isnin ols. Sihat hari ni? Jangan ada yang Monday Blue hari ni yer.. Tak best la. Keja kene semangat.. Hehehe

Tiru macam saya eh. Saya sangat semangat hari ni. (Tetiba lak so skema..Hahahaha)

Yaaaayyy!!!! Ada berita baik. Memang rezeki di penghujung Ramadhan la nampaknya ni. Baru terima satu kol tepat jam 8.43 pagi ni. Dan berita itu ialaaahhh......

Sunday, September 05, 2010

Happy Anniversary To Me!

Salam ols. Ape cer korang hari minggu di minggu terakhir puasa ni? Hari ni aku just melepak di rumah je sementelah rancangan untuk ke KL dibatalkan atas hal hal tak dapat nak dielakkan. So, seharian la aku melayan kerenah si kecik Dina tu. Hehehehe...

Hari ni bersamaan 5 September merupakan hari ulang tahun pertama aku. Haa. 


Apabila Akal Hilang Kewarasan - Bhgn 2

Salam  Ramadhan ols. Apa citer korang hari ni? Sorry la lambat update. Ada je yang ternanti nanti sambungan entry yang ni? Kalau ada sorry la eh kalau buat korang tertunggu tunggu ending nya..Hehehehe

Ok, nak dipendekkan celoteh intro moh kite terjah apa cerita lagi kan..[AMARAN: Entry ni bleh tahan panjang. So kalau nak baca tu make sure selesaikan segala urusan lain terlebih dahulu. Hahahahaha]

Ahadnya seperti dijanjikan,

Friday, September 03, 2010

Interview Lagi

Salam ols. Dah 24 Ramadhan eh. Lagi 6 hari nak raya. Aku pasti ramai yang menghitung hari nak menyambut raya tu. Masing masing dah eksaited tu. Budak budak lagi la tak payah cakap kan. Esok diorang last sekolah. 

Ni bukan nak cakap pasal raya eh. Nanti buat entry raya plak. Hehe.. Ni nak kongsi berita happy sket..

Buat kesekian kalinya aku dapat  lagi panggilan untuk interview. OMG. Macam tak percaya je. Cumanya kali ni dari PNB Development Sdn Bhd.. Weeee...Suke. Post yang ditawarkan ialah Project Officer. 

Interview tu petang esok pukul 4.00 petang. Dan kemungkinan besar memang aku akan pergi sebab takda komitmen kerja lain waktu tu. Harap harap la eh esok takda halangan. Mana la tau ada pulak rezeki aku nak tukar angin kerja. Aminn.. 

Persediaan interview setakat ni ialah nak update resume dan prepare segala dokumen yang berkaitan. Kene cuba buat yang terbaik la kali ni. Peluang tu. Hehehe. And lagi kene search la apa main bussiness and serba sedikit pasal company tu kan. 

Wish me luck okeh..

Emel yang masuk dalam inbox aku petang 1Sept, tapi pagi esoknya baru cek. Tak lama lepas cek emel tu ada call in dari company tu arrange utk interview..Heheheheh

Tuesday, August 31, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi

Salam mabang merdeka ols. Sihat hari ni? In ijust nak buat update pendek je la. Kepala masih belom in the right position. Hehehe


Anyway, Selamat menyambut kemerdekaan negara ke-53 buat semua rakyat Malaysia. 1Malaysia Menjana Transformasi. Semoga Malaysia ni lebih berkembang maju dan transform ke arah yang sepatutnya lah ek. Jangan diulang sejarah lalu dan ambilkan sejarah lepas sebagai satu pengajaran.

Jangan sambut merdeka dengan perkara-perkara yang tak menunjukkan kemerdekaan sepatutnya. Tambahan pulak di hari dan bulan mulia Ramdhan ni. Jangan nanti ada pulak kes buang bayi bersepah sepah nanti. 

Ok la. Lakukan lah tranformasi yang sepatutnya..Salam Merdeka.. Banggalah menjadi anak Malaysia. 



Monday, August 30, 2010

Apabila Akal Hilang Kewarasan..

Salam 20 Ramadhan ols. Tinggal sepuluh hari nak raya. Weee.. Sebelum korang meneruskan pembacaan korang, nak dinasihati, semasa aku menulis entry ni kepala aku ada sikit tak centre. So, kalau ada tersalah kata dan perkataan tu harap maaf la yer.. Ngeeee..Kalau nak tau sebab apa tak centre jom la terbang lagi bersama aku.

Saturday, August 28, 2010

CONTEST: Kad Raya dan Kenang Silam



Salam 18 Ramadhan ols. Hari ni sabtu ke 3 kita semua berpuasa. Tak lama lagi nak raya dah kan. So, dalam menyambut kemeriahan raya ni, ada satu contest aku nak buat la..

Contest 'Kad Raya dan Kenangan Silam' nama diberi. Ia dikelola oleh tuan puna belog Bila Tinta Bicara iaitu Incik Asraf Hamasaki. 

Nak tau syarat-syarat penyertaan? Jom la terbang bersama sama aku....

Friday, August 27, 2010

Gathering Geng Blogger (Buka Puasa)

Salam ketemu lagi untuk kali ke dua hari ni. Hehehe..Mood dan idea mencurah curah ke taman rerama hari ni yer. Hehehe.. 


Intro tak payah panjang panjang sangat sebab tengok tajuk pun korang dah tau aku nak cakap pasal apa kan. Buat kali keduanya, Geng Blogger akan menganjurkan satu gathering bertarikh esok, 28hb Ogos 2010 bertempat di Shah Alam. Korang yang ada FB mesti dah tau pasal hal ni kan. Tapi takpa, aku jsut nak menambah inform kan kat korang kot la kan ada yang terlepas pandang. 

Lagi celoteh aku jom la terbang sama sama...

Dengan Ini Diumumkan.....

Salam ols.. Di hari Jumaat yang tenang ni, aku nak mengupdate belog yang dah bersawang ni kan. Last entry aku hari Isnin. Hehehe..Lepas tu sunyi sepi je blog aku ngan entry baru. Korang yang masuk sini pun nak muntah dah kan tengok entry tu je lagi..Hahahahaha... Seperti biasa alasan skema aku ialah, kesuntukan idea tambahan masa la.. 

Demi nak menyegarkan balik blog ni, aku nak update result contest contest yang aku penah join la ek.. Korang yang slalu datang sini mesti perasan kan satu masa dulu (bajet la lama sangat kan.hahaha) aku rajin join contest n giveaway.. So demi korang, aku updatekan resultnye.. So, jom terbang lagi dengan aku..


Monday, August 23, 2010

Pecah Masuk!

Salam ols.. Hari ni dah Ramadhan ke 13. Bermakna ada lagi lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk kita menyambut raya. Dah buat persediaan raya ke korang? AKu satu benda pun tak buat lagi.. Ok, ni entry bukan nak cerita pasal persediaan raya ke ape ke..Kali ni nak story ada satu kes yang berlaku baru baru ni. Nak tau lebih lanjut, sila la baca lagi ek:)
 break-in-lg


Sawang Sawangan

Salam.. Pergh tajuk entry aku. Ada ke dalam kamus Dewan perkataan berganda tu. Hahaha.. Ape apeje la. Tu nak menandakan umah so~so~ aku nih dah masuk dalam kategori sawang peringkat pertengahan dah. Itu ikut rate sawang aku okeh. Takda kene mengena ngan orang lain. Last update Rabu lepas. Ni baru dan nak update balik. Hohohohoho

sawang1

Catatan Ringkas

---